N45 Dr Halimah Ali |
BN main mercun supaya rakyat lupa isu pengundi IMPORT yangboleh menggugat kestabilan negara!! Posted: 08 Aug 2011 09:01 AM PDT Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih Harakahdaily KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. "Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. "Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini," ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama. Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam. Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi. "Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. "Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara," ujarnya. Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. "Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan," ujarnya lagi. Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. "Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat," katanya. |
Kerajaan Selangor tidak mahu bakat pimpinan pelajar SAR tenggelam kerana di'second class'kan oleh BN Posted: 08 Aug 2011 08:55 AM PDT Kerajaan Selangor mahu potensi pimpinan pelajar di sekolah agama rakyat digilap dan diserlahkan.Bahkan intan permata ini perlu berkilau dan menerangi sekeliling mereka.Inilah objektif kursus SPIES Kepimpinan pelajar diadakan untuk pimpinan pelajar di beberapa SEKOLAH MENENGAH AGAMA Selangor. Mereka didedahkan erti hidup,hakikat diri mereka,kaitan roh,jasad dan akal mereka dan diperkenalkan cara untuk memaksimakan fungsi kesemuanya supaya mampu menguasai dan mengendali emosi hingga berjaya hidup bermasyarakat secara efektif dan mampu menjadi khalifah fil ard. Konsep SPIES ini diharapkan mampu melahirkan khaira ummah kelak sekiranya ditumpukan perhatian kepada SIRI PROGRAM TINGKAT DIRI dalam pembangunan S(spiritual)P(physical)I(intelek)E(emosi)S(sosial) |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan