Jumaat, 19 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 18 Aug 2011 09:50 PM PDT

'SPR, apakah kriteria untuk meminda daftar pemilih?'
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 19, 11
11:45am
Kongsi 17
Reaksi spontan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk 'membersihkan' daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan oleh pihak media, telah menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih boleh dipinda begitu saja oleh suruhanjaya tersebut.

azlanSejak dua minggu lalu, orang ramai dan pihak pembangkang telah membangkitkan pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih, termasuk pengundi dengan dua identiti, pengundi tersilap nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

Setiapkali kesilapan tersebut didedahkan, SPR terus memperbetulkannya, sama ada dengan menukar butiran pengundi berkaitan atau memotong nama mereka daripada daftar pemilih.

Ini adalah berbeza sama sekali dengan kenyataan awal oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa data dalam daftar pemilih tidak boleh hanya boleh ditukar sesuka hati.

NONEBagaimanapun, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, 'pembersihan' daftar pemilih dilakukan setiap hari, berdasarkan maklumat harian rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem sambungan di talian (Alis) antara kedua badan berkenaan.

Setakat ini, SPR masih belum menjelaskan keadaan yang membenarkan pesuruhjayanya membuat perubahan kepada daftar pemilih tanpa berunding dengan pengundi terlibat atau mengadakan siasatan awam.

Menurut ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, mengikut klausa 14 peraturan (perjalanan) pilihan raya 1981, daftar pemilih merupakan bukti paling kuat untuk menentukan sama ada seseorang individu itu adalah pengundi atau tidak.

Oleh itu, katanya, butiran pengundi dalam daftar pemilih tidak boleh diubah dengan mudah.

"Apakah prosedur operasi lazim (SOP) untuk mengubah daftar pemilih? SPR mesti menentukannya dengan jelas," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam isu yang sama, gerakan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia sedang menimbang untuk mengheret SPR ke mahkamah.

Sumber: Malaysiakini

Posted: 18 Aug 2011 09:46 PM PDT

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong
Ogos 19, 11 9:55am
Kongsi 390
Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang