Jumaat, 19 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SUMBANGAN AIDILFITRI DI BATU 2 1/2 JLN. MAHARAJALELA

Posted: 19 Aug 2011 08:48 AM PDT


TELUK INTAN, 19 Ogos - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri di Batu 2 1/2 Jalan Maharajalela dekat sini. Seramai 36 orang penduduk telah menerima sumbangan berbentuk barangan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain lagi.



Sebelum itu, ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan aluan kepada penduduk kampung. Di dalam ucapan, beliau banyak menerangkan tentang konsep tauhid rububiyyah dan ruhiyyah serta konsep rezeki dari Allah SWT. Beliau juga memberitahu bahawa tujuan berpuasa adalah mendapatkan anugerah taqwa.

Kemudian beliau telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung. Turut menyampaikan sumbangan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail Che Nik.
YB Anuar menyampaikan sumbangan.

Ustaz Ismail menyampaikan sumbangan.

Selain itu, Ustaz Ismail turut menyampaikan sijil keahlian PAS kepada penduduk kampung. Seramai 31 orang ahli baru telah menerima sijil ahli PAS. Cawangan PAS Batu 2 1/2 Jln. Maharajalela merupakan salah satu cawangan baru PAS Kawasan Teluk Intan.

Seorang penduduk kampung menerima sijil ahli PAS.

Pn. Hjh. Faridah bersama penerima sumbangan.


Sdr. Sarguna menikmati jamuan.

Selepas itu, YB Anuar telah berbuka puasa bersama-sama penduduk kampung.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah serta Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna.

intanhijau.blogspot.com

ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH HOSPITAL TELUK INTAN

Posted: 18 Aug 2011 11:50 PM PDT


TELUK INTAN, 17 Ogos - ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah mengadakan ziarah ke Hospital Teluk Intan. Program ziarah tersebut telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.



Rombongan ADUN dan Pemuda PAS itu telah bermula pada sebelah petang di Wad 2A, Wad 2B, Wad 2C dan Wad 2D. Ziarah tersebut telah mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Hospital Teluk Intan.
Staf di wad tidak terkecuali menerima cenderamata daripada YB.

Selama dua jam, YB Anuar dan pimpinan Pemuda PAS Teluk Intan telah berpeluang menemui pesakit-pesakit. Selain bertanya khabar tentang kesihatan, YB Anuar telah menyampaikan cenderamata kepada setiap pesakit yang ditemui. Pesakit-pesakit yang ditemui adalah terdiri daripada Melayu, Cina dan India. 

Terserlah keceriaan pada wajah pada setiap pesakit yang diziarahi oleh YB Anuar. Kebanyakan mereka melahirkan rasa berbesar hati apabila seorang wakil rakyat seperti YB Anuar telah menemui mereka pada saat mereka menderita sakit dan sebagainya. Apatah lagi, YB Anuar tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat kepada setiap pesakit yang ditemui.

Tiada ulasan:

Nuffnang