Selasa, 12 Julai 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BN nak terjemah apa ni?

Posted: 12 Jul 2011 06:59 AM PDT



Sunday, 10 July 2011

SYAHID SEORANG PEJUANG SEBAIK SELESAI IMAMKAN SOLAT

Beliau sedang membaca doa sambil seorang lelaki
berbangsa cina memegang pembesar suara

Keadaan arwah tatkala lemas terhidu gas pemedih mata.
Beliau meninggal dunia di medan tempur

Sebelum dari itu, arwah sempat mengimamkan solat
ALFATIHAH...

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.

Bismillahirrahmanirrahim ...Sahabat kita ini telah meninggalkan satu kenangan manis dalam sejarah negara. Persaudaraan diantara rakyat dalam negara ini walau ianya berbeza warna kulit dan agama.Demi menegakkan KEADILAN, ALLAH Subhallah taala membuka pintu hati diantara kedua-dua bangsa ini bersatu dan berkerjasama dalam melaungkan kalimah Allah.

Kelihatan gambar diatas seakan Allahyarham berdoa dengan khusyuknya kepada Allah sambil seorang pemuda Cina memegang pembesar suara yang kelihatan tiada apa-apa masalah diantara mereka. Semangat tolong menolong diantara kita rakyat MALAYSIA dan ini sebagai ICON/SIMBOLIK KEPADA TUNTUTAN KEADILAN.

Ingatlah firman Allah;
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)."
(Al Hujurat ayat 13)

Ini adalah satu perkara yg unik dan tidak pernah berlaku di negara ini. Ini merupakan satu kebangkitan. Suasana yang dianjurkan Islam iaitu ke arah perpaduan, saling toleransi, tolak ansur, memahami, menghormati dan sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah hamba-Nya yang beriman.

Bersatu hatilah kita semua rakyat MALAYSIA. Jangan ada diantara kita ketamakkan, hasad dengki dan perangai tercela. Haruslah kita bergabung demi NEGARA kita dan HAK kita sebagai rakyat MALAYSIA. Lebih besar dari itu DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Jangan disiakan nyawa sahabat kita dan petunjuk dari TUHAN YANG MAHA ESA.Inilah peluang kebangkitan diantara kita semua. Jika ALLAHYARHAM BAHARUDDIN boleh memberi tauladan kepada kita diatas semangat setiakawan tanpa mengira bangsa. APA mungkin kita yang hidup ini tidak boleh menyambung perjuangan beliau.

Ana cukup terkesan akan keunikkan ini. Tiada kata yang indah untuk menggambarkannya. Bermulalah kebangkitan rakyat MALAYSIA melakar sejarah negara. Ke arah MALAYSIA yang lebih baik, Ke arah Malaysia berlandaskan Islam, yang diterima oleh semua. PAS 4 ALL, TAKBIRRRRRRR!!!!
http://pemudapasbatakrabit.blogspot.com/2011/07/syahid-seorang-pejuang-sebaik-selesai.html?spref=fb

DYMM SULTAN SELANGOR DI PAMERAN ISLAM SHAH ALAM 9.7.11

Posted: 12 Jul 2011 06:09 AM PDT

 9.7.11
SHAH ALAM
9.45pagi

DYMM SULTAN Selangor berkenan mencemar duli menyaksikan pameran al Quran mashaf Malaysia, replika rumah Rasulullah s.a.w serta replika tongkat Nabi Musa, capal dan bekas tapak kaki Rasulullah s.a.w.
Turut hadir Raja Muda Selangor, YAB Menteri Besar Selangor,EXCO-EXCO Kerajaan Selangor termasuk YB Dr Hjh Halimah Ali.
Yayasan Restu telah berjaya mencetak al Quran mashaf Malaysia sudah berpuluh tahun dan menjadi tarikan kepada umat Islam dari dalam dan luar negara.
Kesenian Islam juga jelas disulami pada pencetakan naskhah al Quran itu.

YB Dr Halimah: replika musolla Rasulullah s.a.w

Nak rakyat jadi cerdik atau nak rakyat jadi bodoh?!

Posted: 12 Jul 2011 05:44 AM PDT

PAS mahu demokrasi mencerdikkan rakyat
Khairul Azlam Mohamad   
KUALA TERENGGANU, 12 Julai: "Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, jelasnya, himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 diatur oleh pertubahan bukan kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Menurutnya, mereka bukan parti politik dan tidak terlibat dengan pilihan raya.
Mereka, ujarnya adalah kalangan cerdik pandai, profesional di seluruh negara daripada pelbagai kaum yang melihat banyak perkara yang tidak kena, yang boleh merosakkan negara kerana demokrasi dirosakkan.
"Walau pun hari ini Umno menganjurkan perhimpunan, presidennya (Najib) mengatakan hendak mendukung dan menghidupkan demokrasi, demokrasi jenis apa," ujarnya ketika berucap kepada orang ramai yang menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, malam tadi.
Sambutan hebat itu dilakukan ekoran beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut ditangkap pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara, Sabtu lepas.
Selain beliau, timbalannya, Mohamad Sabu dan dua naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub turut ditangkap.
Jelasnya, demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim yang adil.
Katanya, rakyat mestilah diberi peluang untuk mendapatkan maklumat daripada semua parti yang bertanding, bukan hanya maklumat dari satu parti yang memerintah dan sedang memerintah sahaja sedangkan parti yang tidak memerintah mereka tidak mendapat maklumat.
"Dan kita mesti sedar, bagi orang Islam kerajaan yang sempurna hanya kerajaan Allah SWT sahaja," ujarnya.
Katanya, kerajaan manusia tidak sempurna dan mereka perlu ditegur dan dibaiki kerana demokrasi adalah peluang untuk rakyat mengajar parti yang memerintah yang melakukan kesilapan.
"Rakyat mesti tahu apa kesilapan dan apa kesalahan, jangan ditutup dan apa yang berlaku hari ini tv, radio, surat khabar yang disebar meluas semuanya memuji kerajaan yang memerintah, kerajaan Barisan Nasional, menutup segala kesalahannya, seolah-olah sempurna macam Tuhan.
"Ini satu ajaran salah yang sangat besar," tegasnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta himpunan aman Bersih 2.0 daripada pelbagai kaum. Melayu Islam, Cina, India dan lain-lain berarak sama. "Kita arah jangan lakukan kekasaran. Kita tidak mahu berlawan dengan polis, tidak mahu berlawan dengan pasukan keselamatan. Kita tahu yang jadi 'kepala halian' ialah Umno-Barisan Nasional.
"Alhamdulillah, pemuda-pemuda kita dari semua kaum ikut arahan," katanya.
Tambahnya, walaupun kerajaan Umno BN menyekat dari segenap penjuru dan ada orang yang diharamkan memasuki Kuala Lumpur tetapi mereka berjaya juga menyertai himpunan.
"Macam mana kita rakyat di negeri ini diharamkan masuk ke dalam negeri kita sendiri. Orang Kuala Lumpur pun diharamkan juga masuk ke Kuala Lumpur. Dia duduk di Kuala Lumpur dah, haram macam mana.
"Alhamdulillah, kita masuk dan kita adakan perhimpunan dengan jumlah yang sangat besar,"

Cengkaman KUKU BESI di ARAHkan kepada MAHASISWA pula....

Posted: 12 Jul 2011 05:30 AM PDT

BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jul 12, 11
6:48pm
Kongsi 52
Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindakan mendapat tentangan NGO dan aktivis mahasiswa.

Mereka rata-rata berpendapat "hukuman" tersebut bertujuan menyekat hak mahasiswa untuk bersuara.

NONEMenurut Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan, tindakan itu dilihat sebagai tidak demokratik dan bersifat menghukum.

"Usaha KPT sepatutnya bukan mewakili kepentingan parti politik, mereka (KPT) perlu menjadi jururunding untuk mahasiswa bagi menjelaskan perkara ini (lapan tuntutan BERSIH)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Syazwan (kiri) juga mempersoalkan tindakan terbaru kementerian itu yang sebelum ini didakwa membiarkan mahasiswa yang terlibat mengadakan demonstrasi menentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan.

Beliau mengingatkan kembali kepada perhimpunan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UITM) di Shah Alam tiga tahun lalu bagi menentang cadangan membuka universiti itu kepada pelajar bukan bumiputera.

PKPIM: Perbincangan, bukan hukuman

"Mereka (kementerian) perlu berfikir panjang. Kenapa tidak ambil tindakan ke atas pelajar UITM?" soal Ahmad Syazwan kembali.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dilaporkan masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan Sabtu lalu.

Menurutnya, selepas diterima, ia akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan lanjut.

NONESementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faisal Abdul Aziz (kanan) pula berkata tindakan terbaru kementerian itu tidak akan menjadikan mahasiswa seorang yang idealis.

Katanya, mahasiswa sepatutnya diberikan ruang untuk berpolitik secara terbuka dan bukan dihukum.

"Mereka harus dilayan dengan perbincangan bukan hukuman," kata mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UiTM) itu.

Agenda peribadi
Menurut Faisal, PKPIM turut menyediakan bantuan guaman kepada mahasiswa yang bakal berdepan dengan tindakan hukuman KPT.
smm boycott btn 091209 shazni munir mohd ithninSementara itu, akvitis mahasiswa Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) pula berpendapat tindakan KPT bersifat ugutan dan kawalan ke atas suara dan peranan mahasiswa.

"Ia berbentuk kekangan pemikiran mahasiswa, supaya mahasiswa menjadi pelajar di sekolah menengah. Saya tidak ragu-ragu untuk berkata mahasiswa mula berasa meluat," kata bekas presiden kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga mengesyaki tindakan KPT itu merupakan agenda peribadi Mohamed Khaled yang didakwanya tidak suka mahasiswa bersuara.

"Sepatutnya aspek pembangunan universiti yang KPT perlu beri perhatian, bukan politik mahasiswa," katanya lagi sambil tindakan itu membuka ruang kepada anak muda tidak menyokong kerajaan sedia ada.

Tiada ulasan:

Nuffnang