Direct Free Kick |
- PERGINYA SEORANG PEJUANG 7/9
- JAWAPAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR DI SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR BERKAITAN RUMAH MAMPU MILIK PADA 12 JULAI 2011.
- OKU pakai baju dalam kuning kena tangkap tapi penjual VCD cetak rompak lepas lari!
Posted: 12 Jul 2011 01:02 AM PDT |
Posted: 12 Jul 2011 12:58 AM PDT KERAJAAN NEGERI MENDAHULUI KERAJAAN PERSEKUTUAN Perlaksanaan rumah mampu milik Negeri Selangor telah dimulakan dalam tahun 2009 dengan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta. Oleh itu, inisiatif Kerajaan Negeri ini mendahului Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja dilancarkan tahun ini. TUJUAN PEMBINAAN RUMAH MILIK Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat membeli rumah kerana, 1.) Mereka tidak dapat membeli rumah kos rendah kerana pendapatan isi rumah bulanan mereka lebih dari RM2,500. 2.) Tidak mampu membeli rumah kos tinggi. Oleh itu, program ini adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah bulanan di antara RM2,500 dan RM5,000. Program ini adalah juga untuk golongan muda yang amat memerlukan rumah kediaman di mana 40 peratus projek rumah mampu milik PKNS adalah untuk mereka berumur di bawah 35 tahun. SENARAI PROJEK RUMAH MAMPU MILIK PKNS Cadangan pelaksanaan projek-projek rumah mampu milik PKNS adalah seperti berikut, Bandar Baru Bangi - 124 Unit - Telah dilancarkan dan telah dimulakan. 1.) Kg. Seri Temenggong, Gombak - 480 unit - Akan dilaksanakan 2011 2.) Kota Puteri ( Seksyen 5 - Fasa 1 ) - 162 unit - Akan dilaksanakan 2011 3.) Kota Puteri ( Seksyen 5 - Fasa 2 ) - 180 unit - Akan dilaksanakan 2011 4.) Kota Puteri ( Seksyen 8 ) - 160 unit - Akan dilaksanakan 2011 5.) Kota Puteri ( Seksyen 9 - Fasa 1 ) - 200 unit - Akan dilaksanakan 2011 6.) Kota Puteri ( Seksyen 9 - Fasa 2 ) - 354 unit - Akan dilaksanakan 2011 7.) Bukit Bandaraya, Shah Alam - 246 unit - Akan dilaksanakan 2011 8.) U12, Shah Alam - 1,000 unit - Akan dilaksanakan 2012 hingga 2017 9.) U10, Bukit Cerakah - 600 unit - Akan dilaksanakan 2016 hingga 2021 10.) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D - Fasa 1 ) - 200 unit - Akan dilaksanakan 2011 11.) Antara Gapi, Hulu Selangor ( Seksyen 1D - Fasa 2 ) - 308 unit - Akan dilaksanakan 2012 12.) Bernam Jaya, Laman 5 - 710 - Akan dilaksanakan 2017 hingga 2021 13.) Bernam Jaya, Laman 9 - 440 - Akan dilaksanakan 2017 hingga 2021 13.) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 - Fasa 1 ) - 350 unit - Akan dilaksanakan 2012 14.) Selangor Science Park 2 ( Seksyen 4 - Fasa 2 ) - 490 unit - Akan dilaksanakan 2013 hingga 2015 JUMLAH KESELURUHAN - 11,001 UNIT PENGLIBATAN PEMAJU SWASTA Selain dari rumah mampu milik yang akan dibina oleh PKNS, beberapa pemaju swasta telah bersetuju untuk membina rumah mampu milik. Di antara lokasi-lokasinya setakat ini adalah di, 1.) U10, Shah Alam - 536 unit - Menunggu kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda dari rumah kos rendah kepada rumah mampu milik. 2.) Sg. Long, Hulu Langat - 136 unit - Dalam pembinaan. Kerajaan Negeri akan mengadakan lebih banyak rundingan dengan pemaju-pemaju swasta. KAJIAN KEPERLUAN RUMAH MAMPU MILIK Kerajaan Negeri telah melantik Unit Perunding Universiti Malaya untuk mengkaji keperluan rumah milik di Selangor. Kajian ini telah berjalan dari Jun hingga Disember 2011. Kerajaan Negeri telah mencadangkan kajian ini dilakukan bersama REHDA dengan kos keseluruhan RM100,000 dikongsi 50:50. Tetapi REHDA telah tidak mahu turut serta maka Kerajaan Negeri telah menanggung keseluruhan kos RM100,000 itu. BEZA RUMAH MAMPU MILIK KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Kerajaan Negeri - Pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 hingga RM5,000 Kerajaan Persekutuan - Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 hingga RM6,000 Kerajaan Negeri - Harga jualan di bawah RM100,000. Kerajaan Persekutuan - Harga jualan RM100,000 hingga RM220,000. Kerajaan Negeri - Pelbagai rekabentuk menurut keperluan - 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik serta yang fleksibel iaitu di mana jumlah bilik boleh ditambah dan dikurangkan menurut keperluan. Kerajaan Persekutuan - Minima 3 bilik Kerajaan Negeri - Pembelian rumah pertama diutamakan Kerajaan Persekutuan - Khusus untuk pembelian rumah pertama Kerajaan Negeri - Pemilik rumah kos rendah boleh membeli rumah mampu milik setelah 5 tahun memiliki rumah kos rendah jika mahu kediaman yang lebih luas. Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan Kerajaan Negeri - Terdapat kediaman untuk golongan kurang upaya Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan Kerajaan Negeri - Terdapat kediaman untuk warga emas Kerajaan Persekutuan - Tidak dinyatakan NAMA RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR Kerajaan Negeri telah menganjurkan untuk menamakan rumah mampu milik Selangor dengan hadiah pertama RM1,500. Peraduan ini telah ditutup dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan memilih pemenangnya dalam masa 2 minggu. PENDAFTARAN UNTUK MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK Mereka yang berminat bolehlah mendaftar dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor yang akan membuat pemilihan pembeli. KAWALAN KE ATAS SPEKULASI Kerajaan Negeri sedang mengkaji 2 kaedah untuk memastikan tidak berlaku spekulasi di dalam pembelian rumah mampu milik, 1.) Menghalang sebarang jualan rumah mampu dalam masa 5 tahun selepas pemilikan dengan menghalang pindah milik. 2.) Mensyaratkan jualan semula rumah mampu milik hanya kepada Kerajaan Negeri dengan menghadkan keuntungan yang diperolehi. SHAH ALAM 12 JULAI 2011 |
OKU pakai baju dalam kuning kena tangkap tapi penjual VCD cetak rompak lepas lari! Posted: 11 Jul 2011 09:58 AM PDT Penjual VCD cetak rompak di pasar malam hari Selasa Pandan Indah cabut lari setelah gambarnya diambil. Pasar malam ini hanya beberapa ratus meter dari Menara MPAJ di Pandan Indah dan setengah kilometer dari Balai Polis Pandan Indah. Tapi tidak pula pihak Polis menangkap penjual VCD itu seperti menangkap mereka yang pakai baju kuning. OKU pakai baju kuning pun kena tangkap. Kenapa ini boleh berlaku? Tapi hebat sungguh penjual VCD ini. Ada khemah pengurus pasar malam pun tidak peduli. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan