N45 Dr Halimah Ali |
- BLACK MARIA angkut Presiden PAS, 1 lagi BLACK MARIA angkut EXCO Selangor
- vital step to successful living!
- POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!!
- SPR perlu overhaul kalau tidak mahu di BERSIHkan!!!!
- Mangsa BERSIH yang meninggal dunia peminat Tok Guru Nik Aziz
BLACK MARIA angkut Presiden PAS, 1 lagi BLACK MARIA angkut EXCO Selangor Posted: 10 Jul 2011 09:16 AM PDT 9.7.11 KL SENTRAL Gas pemedih mata disembur dalam terowong di mana Presiden PAS, DS Anwar Ibrahim,sasterawan A.Samad Said, Presiden PKR, YB Nurul Izzah, dll mahu KELUAR DARIPADA KL SENTRAL tetapi dihalang oleh polis. Ada trak polis daripada belakang mahu lalu ke depan.Orang awam memberi laluan.Tak sampai 5minit kemudian mereka menyembur gas pemedih mata tanpa amaran.
Alhamdulillah dah siap air dan garam. Dalam kekecohan pemprotes lari daripada asap yang berkepul-kepul yang menyesakkan dada dan memeritkan kulit dan mata, Presiden PAS ditangkap dan beberapa pimpinan lain juga diheret sama. Saya ternampak baju 'BERSIH' YB Dr Dzulkefly berlumuran darah pada kedua-dua bahu. Saya menyampuk, 'You are bleeding'.Dia balas,'Am I?' Rupa-rupanya, itupercikan darah YB Khalid Samad. YB Nurul Izzah menyatakan ayahnya cedera.YB Rodziah sudah balik hotel.YB Hanizah juga tidak kelihatan. Dr Dzul kata mereka akan balik ke hotel. Saya dan PA serta rakan yang sama ikut beli tiket LRT nak balik Klang.Tiba-tiba kedengaran riuh rendah.Beberapa minit kemudian segerombolan polis beruniform mara ke arah kami dan memberi amaran dengan suara yang kurang jelas.Kami yang sudah bersedia untuk pulang ke tepi.Tiba-tiba, 2 orang wanita berbaju merah seperti 'SQUAD SAYANG UMNO' atau 'PATRIOT' menarik PA saya.Saya pegang lengan PA saya dan kata: 'kenapa nak tarik dia, kami dah beli tiket nak balik'.Lantas wanita yang seorang lagi menarik saya.'Ikut sekali,' pekiknya.Melihat saya ditarik, beberapa gadis muda disitu tarik pula saya.Akhirnya mereka juga dibawa bersama naik BLACK MARIA termasuk seorang pelajar Sudan yang jelas trauma!Saya bertanya mereka apa rasional mereka menangkap kami walhal kami sudah sedia mahu balik dan tidak menganggu dan tangan sudah ada tiket.Mereka kata, ikut dulu, 'bicara kemudian'. Beberapa orang Ustazah yang berada di kawasan sekitar turut dicekup.Saya agak terperanjat melihat mereka yang datang dengan suami semua di bawa masuk dalam trak polis.Mereka mengatakan, semasa wanita baju merah ini mahu menangkap mereka , ada 'taiko' mereka menjerit, 'tu yang pakai tudung tu, yang pakai tudung tu'.Mereka mengadu juga ada orang yg tak pakai tudung berhampiran dengan mereka tapi tidak dipedulikan pun oleh 'wanita merah itu'. Saya cuba menuntut hak atas alasan apa mereka menahan kami.Semua sia-sia kerana mereka seperti sudah kurang waras dan hanya bertindak seumpama robot andriod. Saya difahamkan Tok Guru Presiden PAS dibawa juga ke balai polis Jinjang.Kami sampai ke Jinjang lebih kurang pukul 3ptg dan kami berkampung dalam trak itu selama 2jam di balai polis Jinjang.Kemudian atas desakan kumpulan kami ke atas mana-mana polis yang lalu di depan kami untuk solat asar, akhirnya kami dikatakan akan dibawa ke PULAPOL Jalan Semarak. Saya sudah mendesak untuk mereka membenarkan kami solat di tepi jalan kerana saya beritahu mereka saya ada sejadah.Mereka boleh kawal kami bergilir solat.Lagipun bumi Allah ni BERSIH!! Pegawai yang tadi terjerit dan mengherdik kami termasuk wanita yang pakai kain dan seluar panjang BLACK MARIA itu berkata lembut,'di sana lebih selesa , ada surau'.Kami akur.Saya yakin Allah akan mencukupi keperluan kami dan selepas tazkirah ringkas yang saya beri, alhamdulillah semua 22 orang kami tenang dan tabah dan tidak takut kepada polis-polis ini atau natijah selanjutnya. Allah Maha Kuasa, kami dilepaskan tanpa syarat selepas keterangan diambil.Tarbiyyah daripada Allah untuk saya dan semua dalam kumpulan saya.Mudah-mudahan diberkati usaha kecil kami untuk impak besar kepada masa depan negara termasuk masa depan anak-anak polis yang menahan kami itu, juga untuk masa depan orang UMNO/BN yang masih tidak sedar mereka diperbudakkan oleh pemimpin mereka yang meniup angin kencang perkauman TAHAP MAKSIMA supaya ahli-ahli UMNO mahu menjadi kuli mereka mempertahankan kedudukan mereka dengan ketakutan melampau kononnya MELAYU-ISLAM sedang teancam!! Hanya ini senjata ampuh mereka untuk memperbudakan ahli dan ketua berpangkat kecil mereka yang mudah termakan dengan perang psikologi yang disusun atur oleh pakar upahan mereka.Kebejatan sosial yang berlaku sekarang walaupun telah diberi peluang oleh rakyat memipin Melayu Islam menunjukkan UMNO BN tidak ada keinginan yang tulus untuk membela MELAYU-ISLAM.Mereka hanya melaungkan ISU MELAYU ISLAM ketika nyawa UMNO BN di kerongkong. Selepas itu tersadai dan hanyutlah agenda MELAYU ISLAM.Paling miskin, paling susah,paling malang selepas UMNO BN memerintah sekian lama adalah golongan MELAYU ISLAM.Sedang pelita dah bertukar ke lampu letrik.Sedangkan mesin taip sudah bertukar ke komputer.....kenapa tidak tukarkan sahaja parti politik UMNO-BN kepada PAS-PAKATAN RAKYAT!!Ini adalah formula terbaik untuk menyelamat bangsa Melayu Islam dunia akhirat insyaallah!!Takbir! | ||
vital step to successful living! Posted: 10 Jul 2011 07:39 AM PDT | ||
POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!! Posted: 10 Jul 2011 07:26 AM PDT Polis: Tiada gas pemedih mata dilempar di Tung Sin Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis. "... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu. Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan. l Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya. Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan. | ||
SPR perlu overhaul kalau tidak mahu di BERSIHkan!!!! Posted: 10 Jul 2011 06:13 AM PDT PAS bangga dengan kebangkitan rakyat
| ||
Mangsa BERSIH yang meninggal dunia peminat Tok Guru Nik Aziz Posted: 10 Jul 2011 05:58 AM PDT Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
|
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan