:: cina islam | 2011 :: |
- BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman
- Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia
- 8 Koleksi Rakaman Video Himpunan Bersih
- Pudu Raya/Hadapan Menara Maybank
- Koleksi berita dan gambar pelbagai sumber : Himpunan Aman BERSIh 9 July 2011.
- Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta
- Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi
- BERSIH 2.0 : BN ajar rakyat bincang isu perut?
- Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi
- Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin
- Nik Aziz: Umno hanya tambah kebencian rakyat
BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman Posted: 09 Jul 2011 09:02 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia. Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua. Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
Harga murah Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0. Wajah sebenar Najib Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan. Negara diktator Kesetiaan kepada Raja?
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. Malayskaini/- | ||
Timbalan YDP PAS Gombak meninggal dunia Posted: 09 Jul 2011 08:55 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Yang Dipertua PAS Gombak, Mohd Radzi Yusuf (Gambar) meninggal dunia diHospital Selayang awal pagi ini. Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor difahamkan mengalami masalah paru-paru dan sudah terlantar sakit sejak beberapa minggu lalu. Jenazah beliau kini dibawa ke kediamannya di Taman Selaseh, Gombak dan akan disolatkan selepas Zohor di Masjid Ar-Rahimah Greenwood. Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital sama pada Mei lalu. Allahyarham juga pernah mengalami pembedahan kecil untuk menguji tisu pada paru-parunya sebelum ini. Al Fatihah.... | ||
8 Koleksi Rakaman Video Himpunan Bersih Posted: 09 Jul 2011 08:40 PM PDT | ||
Pudu Raya/Hadapan Menara Maybank Posted: 09 Jul 2011 08:08 PM PDT | ||
Koleksi berita dan gambar pelbagai sumber : Himpunan Aman BERSIh 9 July 2011. Posted: 09 Jul 2011 08:00 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - Gelombang BERSIH 2.0 gagal disekat
Harakahdaily (30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis) KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ. Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.
Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari. (Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani) Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000. "Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya. Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain. Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis. BERSIH DAH BERJAYA MENGGELABAHKAN REJIM BNBersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam. Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa. Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ. Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini. "Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki," katanya. Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya. "Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung," kata Nizar. Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur. "Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah. "Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini. Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik. "Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya," kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak. Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang. Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran. "Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami," katanya. -mkini Macamlah negara di ambang perang KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur. "Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak? "Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?" soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena. "Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain. "Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang. "Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu. "Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat," kata beliau dengan sinis. Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil. "Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …'macamlah' negara berada di ambang perang," kata beliau. Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama. Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara. Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur. Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan. Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling. Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi. "Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini," selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk 'membungkus' UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi. Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso). Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman. Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM). -hd Kredit foto malaysiakini Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang. Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak. | ||
Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta Posted: 09 Jul 2011 07:55 PM PDT Syaaban 1432H. [MOD] -
| ||
Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi Posted: 09 Jul 2011 07:54 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan. (Presiden PAS dibebaskan dengan cara polis menghantarnya ke rumahnya lewat petang semalam) "Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi. | ||
BERSIH 2.0 : BN ajar rakyat bincang isu perut? Posted: 09 Jul 2011 07:48 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - Muhammad Nuruddin Bashah Rakyat Malaysia cuba didik ala-ala haiwan ternak apabila soal untung, perut dan periuk nasi dibangkit dan digembar gemburkan untuk mengambarkan betapa himpunan ribuan rakyat untuk BERSIH kali ini cukup merosakkan ekonomi negara. Lebih lucu peniaga sekitar masjid Jamek, Puduraya, Masjid India juga menutup kedai berhari-hari sepanjang Raja Cina dan Raja Puasa tanpa rasa rugi. Inikan pula hanya menutup separuh hari? Sumber kuat menyatakan, sebelah petang dan malam, gerai yang berani membuka jualan diserbu oleh para rakyat yang datang dari jauh untuk membeli barangan sebagai oleh-oleh selepas kembali ke negeri masing-masing. Di saat rakyat ingin didik tentang kepincangan demokrasi, hal pilihanraya yang cukup bejat, 88 nama pengundi untuk satu alamat, IC segera diberi kepada rakyat asing, di saat itu, media pro zalim mengumandangkan isu betapa terjejasnya periuk nasi peniaga KL. Lawak apabila para penjual tiket di Pudu ditemubual oleh TV3 menyatakan bahawa tiket mereka tidak laku. Sedangkan semua mengetahui tiket keluar dari KL sold out sehari sebelum perhimpunan kerana gertakan dan ugutan polis dan media BN terhadap penduduk KL sendiri. Para peniaga diserbu pada sebelah pagi 9 Julai, peniaga hotel diserbu ala-ala tentera Ramses II memburu Nabi Musa dan tentera Herodes yang Agung memburu bayi bernama Nabi Isa suatu ketika dahulu. Pintu hotel dihentak dan ditendang. Yang selamat adalah rakyat yang membutakan tidur tanpa melayan polis untuk membuka pintu bilik mereka. Rakyat ditakutkan dengan kereta meriam air FRU, digertak dengan kehadiran ramai anggota beruniform. Adakah berani peniaga membuka kedai jika begitu cara BN menakutkan rakyat? Dahulu semasa BERSIH satu diadakan, peniaga kitab di masjid India menyatakan bahawa mereka untung besar kerana rata-rata peserta BERSIH ramai juga golongan ustaz, pelajar agama daripada pantai timur dan utara tanahair. Ramai juga peniaga mengakui tudung dan jubah wanita laris kerana golonga perempuan dan remahaj wanita turut menyertai himpunan tersebut. Kenapa tiada isu peniaga rugi? Jawapnnya ialah BERSIH 1, BN dan polis tidak menjangkakan sokongan BERSIH mencapai puluhan ribu. Malah BN tidak tergambar bahawa semua kaum akan bersatu atas nama BERSIHkan pilihanraya yang kotor tajaan mereka. Jadi para peniaga mebuka premis seperti biasa dan si peserta perhimpunan mengambil peluang 'bershoping' sambil berhimpun. Jika dibuat soal selidik secara adil, rakyat akan memberi komentar berlawanan dengan soal selidik ala provokatif media picisan seperti TV 3. Tiada siapa yang nampak para peserta perhimpunan yang membuat kacau, memecahkan kedai, merosak harta awam melainkan ketakutan itu berpunca daripada tindakan PDRM! Cukup jelek apabila menonton berita TV 3 yang memaparkan fakta-fakta kononnya fakta sahih berkenaan perhimpunan. Dikatakan polis menjalankan kerja tanpa menitiskan darah. Sya rasa rakyat sekejap sahaja akan mengetahui berita jelas betapa beberapa orang peserta termasuk yang Berhormat dicederakan oleh polis sehingga terpaksa menerima jahitan di kepala. Jika rakyat Malaysia masih berfikir soal premis tidak laris, isu tiket bas tidak laku dalam setengah hari, soal perut tidak diisi, rakyat Malaysia tidak layak membuang kertas undi kerana masih berminda TADIKA! Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | ||
Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi Posted: 09 Jul 2011 07:44 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kedua-dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub yang ditahan di balai polis Jinjang semalam dibebaskan antara jam 9.30 hingga 10.30 malam tadi. Turut dibebaskan bersama mereka, Setiausaha Politik presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Mohamad ditahan polis semalam ditahan ketika sedang membonceng motosikal menuju ke perhimpunan Bersih 2.0 berhampiran Masjid Negara. Motosikalnya didakwa dilanggar pihak polis sebelum beliau ditahan. Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini. Mahfuz dan Salahudin pula ditahan ketika sedang berjalan di KL Sentral kira-kira jam 12.10 tengahari semalam, manakala Shamsuri ditahan bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga ketika berada di KL Sentral. Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin sedang meneliti dari aspek undang-undang berhubung penahanan mereka. Beliau mendakwa penahanan mereka bertentangan dengan perintah larangan Mahkamah Majistret yang menghalang mereka berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur tetapi tidak termasuk KL Sentral. "Saya dah minta peguam untuk mengkajinya, dan kita tengok sama-ada kita boleh failkan saman atau tidak," katanya. Kedua-dua mereka juga adalah termasuk dalam 91 nama yang dilarang berada di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur ekoran himpunan Bersih 2.0 semalam. Dalam pada itu, kesemua 1401 orang yang ditahan pihak polis sepanjang perhimpunan Bersih semalam difahamkan telah dibebaskan selewat-lewatnya awal pagi tadi. Mereka termasuk ahli jawatankuasa penganjur Bersih, pemimpin PKR dan DAP serta orang awam yang turut menyertai himpunan itu. | ||
Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin Posted: 09 Jul 2011 07:26 PM PDT
| ||
Nik Aziz: Umno hanya tambah kebencian rakyat Posted: 09 Jul 2011 07:19 PM PDT 7 Syaaban 1432H. [MOD] - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno. "Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah. Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno. "Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?" soalnya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan "Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?" "Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas? "Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?" sindir beliau lagi. Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada 9 Julai itu hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Hati remuk Beliua juga merupakan seorang daripada 91 individu yang dikenakan larangan perintah mahkamah daripda memasuki Kuala Lumpur. "Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan