Jumaat, 8 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Panduan ringkas Bersih 2.0

Posted: 07 Jul 2011 08:40 PM PDT

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQggykH-ALwBJ-h3k2O1_LV4FnpkZXbxwFDrlWqh2NWgUUngfr1Vg&t=1


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0'

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan "saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

-------------------------------------------------------------------------------------

Herman Samsudeen adalah Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya

Posted: 07 Jul 2011 04:48 PM PDT

Aduan Rakyat Online, July 5th, 2011

Saya amat rasa terkilan kerana dari 23 Jun 2011 yang lalu hingga ke hari ini 4 Julai 2011 kerana tidak ada air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya.

Saya telah membuat aduan kepada Pihak Sains dan pihak Sains mengatakan masalah ini adalah berpunca dari Bekalan Air di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya yang mengalami kerosakan tangki air ( kerosakan selepas meter air ).

Masalahnya sekarang pula apabila saya memaklumkan kepada Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pihak Jabatan pula mengatakan Kuartas Guru SMK Seremban Jaya tidak terlibat dengan Tangki Air sekolah dengan alasan kami yang duduk di Kuartas membayar terus bil air kepada pihak Sains…

Persoalannya……

Saya amat faham jika pihak sekolah yang tidak dapat membaiki dengan segera kerosakan Pam air sekolah kerana buat masa ini tiada peruntukan. Tetapi yang menjadi persoalannya kami bukan bayar bil air kepada pihak sekolah, tetapi membayar bil kepada pihak Sains….

INI BERMAKNA KAMI YANG DUDUK DI KUARTES GURU SMK SEREMBAN JAYA tiada kena mengena dengan kerosakan yang di alami oleh pihak sekolah. ( Pihak sains pula mengatakan kerosakan tersebut berpunca dari kerosakan pam air sekolah dan selepas meter ) ini bermakna kami yang selama ini membayar bil air kepada pihak Sains adalah salah KERANA kalau kerosakan tersebut bermula dari selepas Meter apa kena mengena tempat tinggal kami di Kuartes? Kerana kami tidak membayar bil kepada pihak sekolah tetapi kepada pihak Sains….

Untuk makluman juga saya yang membuat aduan ini adalah warga emas….dan tidak larat lagi untuk mengangkat air ke tingkat 3 setiap kali balik dari kerja dan terpaksa membeli makanan yang melebih belanja RM 50 untuk sehari. Kerana ketiadaan air ini kami di kuartes terpaksa menanggung berbagai-bagai risiko.

Oleh itu saya memohon agar ADUAN RAKYAT dapat menyiasat perkara ini agar kami yang duduk di Kuartes Guru ini mendapat HAK KAMI SEBAGAI PEMBAYAR.

By: Norhayati binti Abu Bakar

http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas-guru-smk-seremban-jaya

Tiada ulasan:

Nuffnang