Jumaat, 8 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


MB Mohon Agong Titah Adakan Referendum Bebas

Posted: 08 Jul 2011 06:03 AM PDT

Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong mencadangkan kepada Seri Paduka menitah supaya diadakan tinjauan pendapat atau referendum bebas bagi mengetahui berapa ramai rakyat mahukan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Surat tersebut telah dihantar kepada Seri Paduka petang ini.

Seterusnya, kata Khalid, kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Seri Paduka.

azlanKatanya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka yang sudi berjumpa dengan ahli jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.

Menurut Khalid, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campurtangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.

"Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.

"Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak
bertanggungjawab ini terus dilakukan," kata menteri besar.

Khalid mendakwa, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti:

1. Memanipulasi kawasan persempadanan.

2. Jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen.

3. Penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa.

4. Penyamaran dan penukaran kotak undi.

5. Sistem undi pos yang menimbulkan tandatanya.

6. Waktu berkempen yang singkat; dan

7. Laporan media yang berat sebelah.

Menteri besar berkata, memorandum rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.

Najib Diminta Pastikan Perhimpunan Aman Dan Terkawal

Posted: 08 Jul 2011 01:07 AM PDT

Harakah

Selaras dengan titah Yang Dipertua Agung dan pertemuan Bersih 2.0 dengan Baginda, Pemuda PAS Selangor menyeru pimpinan BN membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 esok diadakan di Stadium Merdeka dalam keadaan aman dan terkawal.

Jika tidak, mereka akan dilihat sebagai melanggar titah Yang Dipertuan Agung bahkan memperkecilkan kebijaksanaan baginda dalam mengenadalikan isu perhimpunan Bersih kali ini.

Baru-baru ini, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar rundingan dibuat antara pihak-pihak yang terbabit dengan perhimpunan ini. Baginda juga menerima mengadap tiga pemimpin utama Bersih 2.0.

Ekoran pertemuan itu, Bersih 2.0 memutuskan perhimpunan akan diadakan dalam Stadium Merdeka kerana sehari sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, pihaknya sedia memberikan kebenaran jika perhimpunan ini mahu diadakan di stadium.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini kecewa dengan keengganan Perdana Menteri Najib membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Merdeka.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar atas) berkata, Najib secara tidak langsung telah menunjukkan nilai-nilai yang tidak baik sebagai seorang pemimpin Islam.

Sedangkan katanya, semua rakyat tahu Najib sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan akan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak dari Pakatan Rakyat untuk berhimpun di stadium.

“Kini apabila pihak Sekretariat Bersih 2.0 bersetuju dengan perhimpunan di dalam stadium, pihak kerajaan pula yang berdolak-dalih dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Sepatutnya Perdana Menteri menunjukkan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar dengan menunaikan janji yang telah diumumkan dan mengarahkan pengurusan Stadium
Merdeka untuk menerima permohonan Sekretariat Bersih 2.0 untuk menggunakan stadium tersebut sebagai tempat perhimpunan,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, Hishammuddin tidak ada hak melabelkan Bersih 2.0 sebagai haram kerana Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menerima pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavesan untuk menghadap pihak istana.

“Adakah Hishamuddin berhajat untuk memperkecilkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menilai usul pangkal isu-isu yang berlaku dalam negara ataupun beliau sememangnya berhajat untuk melakukan penderhakaan dengan menganggap Yang di-Pertuan Agong mengiktiraf sebuah gerakan yang haram dan boleh menjejaskan keamanan masyarakat?” soalnya.

Tambahnya, jika Hishammuddin benar-benar mendengar titah Yang di-Pertuan Agong, beliau harus menghentikan segala tekanan terhadap Bersih 2.0.

“Berdasarkan titah khas Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, sepatutnya Hishamuddin mengambil tindakan segera untuk mengendurkan tekanan-tekanan yang telah dikenakan ke atas rakyat dengan melepaskan semua tahanan-tahanan yang telah ditangkap secara paksa, membenarkan perarakan himpunan aman dengan pemantauan pihak polis dan mengeluarkan permit himpunan,” katanya.

Justeru DPPNS berharap agar pimpinan BN khususnya Najib dan Hishammuddin dapat menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 esok diadakan di Stadium Merdeka dalam keadaan aman dan terkawal.

“Sepatutnya Kerajaan Umno BN tidak lagi terus-terusan membohongi dan berdolak-dalih di dalam isu ini kerana ianya akan hanya menambah kebencian dan rasa amarah rakyat kepada mereka.

“Rakyat kini sudah sedar akan penipuan dan penyelewengan pemimpin Umno BN untuk memastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Pilihanraya umum yang 13 akan datang rakyat pasti akan menghukum dan menumbangkan mereka daripada tampok kekuasaan negara,” katanya.

Polis, Hishamuddin Jangan Ambil Sikap Konfrantasi- Aziz Bari

Posted: 08 Jul 2011 12:53 AM PDT

KeadilanDaily

Pasukan Polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu mengambil sikap konfrantasi dan perlu beralah dengan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ini kerana himpunan aman yang bakal diadakan di Stadium Merdeka esok, telah direstui Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sendiri.

Aziz berkata, tindak-tanduk Hishammuddin yang mengarahkan pasukan polis mengenakan tekanan ke atas Bersih jelas menunjukkan bahawa beliau ingkar titah Agong.

"Jelas Hishamuddin dan Umno biadap kerana tak mahu bertolak ansur. Apalagi setelah Agong mengambil inisiatif yang sedemikian berani dan Bersih sanggup bertolak ansur.

"Umno pada hakikatnya enggan mematuhi Perlembagaan" kata Aziz Bari dalam satu kenyataan kepada Keadilandaily.com.

Menurut Aziz, pasukan Polis – seperti juga Angkatan Tentera dan cabang perkhidmatan awam persekutuan yang lain – wajib setia kepada negara yang lambangnya  ialah Agong.

"Mereka tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Polis hanya perlu ikut perintah kerajaan selagi perintah itu selaras dengan perlembagaan.

"Kita semua tahu siapa yang melanggar perlembagaan sekarang," kata  Penysrah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

Menurutnya lagi, kebiadapan yang ditunjukkan Umno sekarang adalah kelangsungan kepada sikap biadap mereka pada tahun 1983, 1993, 1994 dan di Terengganu pada tahun 2008, apabila bertindak menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Mengulas lebih lanjut, Aziz berkata tekanan kerajaan kepada Bersih juga adalah bukti betapa kerajaan memberikan layanan terpilih dalam mengiktiraf hak-hak  rakyat yang tertakluk di bawah Perkara 10(i) Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan kata lain tiga hak di dalam di bawah Perkara 10(i) Perlembagaan Persekutuan yakni hak bersuara, hak berhimpun dan hak berpersatuan tertakluk kepada selera dan kepentingan kerajaan," ujarnya.

"Itu yang berlaku selama ini. Dengan itu ada semacam penyalahgunaan kuasa atau pendekatan yang tidak konsisten," kata Aziz.

Dalam perkembangan terkini, Bersih akan meneruskan perhimpunan aman untuk menuntut reformasi dalam pilihan raya Malaysia esok walau pun dikenakan pelbagai tekanan oleh Umno BN.

Terbaru, polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalag 91 individu yang kebanyakannnya terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis Bersih daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini.

Malaysia: UN Rights Office Concerned At Reported Crackdown Ahead Of Planned Protests

Posted: 07 Jul 2011 06:48 PM PDT

UN News Centre

The United Nations human rights office today voiced concern about measures being taken by authorities in Malaysia, including restricting freedom of expression, ahead of a peaceful demonstration scheduled for this Saturday.

The Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR) has recently been receiving reports of a crackdown, including harassment, intimidation, arrests and threats, targeting members of the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih).

"According to reliable sources, at least 150 people have been summoned, arrested or charged, including a number of opposition members of Parliament," Rupert Colville, OHCHR's spokesperson in Geneva, told reporters.

The authorities have also reportedly arrested activists simply for possessing Bersih's distinctive yellow T-shirts and campaign pamphlets, he added.

"We are very concerned about the various measures that are being taken by the authorities to restrict freedom of expression in Malaysia, including preventive detention, and the Government's decision to reportedly declare Bersih an unlawful organization," said Mr. Colville.

"We call on the authorities to release all those being detained for peacefully exercising their freedom of expression."

Suhakam: Hak Perhimpunan Aman Mesti Dilindungi

Posted: 07 Jul 2011 06:39 PM PDT

Malaysiakini

Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

NONEDalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingtakan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

"Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," katanya.

NONEMenurut Hasmy, Suhakam juga bimbangdengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

"Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

NONEHassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

"Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia," akhirnya.

Running Scared in Malaysia

Posted: 07 Jul 2011 05:26 PM PDT

The Wall Street Journal
By JOHN R. MALOTT

The government of Najib Razak is demonizing protesters demanding free and fair elections.

The Malaysian government has pulled out all the stops to prevent an opposition rally this weekend. This week, army units conducted crowd control exercises with banners that said, “Disperse or we will shoot!” The police set up roadblocks and arrested Malaysians simply for wearing yellow T-shirts, the signature color of Bersih, a coalition of 62 nongovernmental organizations that demands changes in Malaysia’s electoral system. To date, the police have arrested over 250 supporters of Bersih, claiming that they are “waging war against the king.”

Then something unprecedented happened. Malaysia’s King Tuanku Mizan Zainal Abidin, allegedly the target of Bersih’s campaign, intervened. He called on both Prime Minister Najib Razak and Bersih to resolve their differences in a spirit of harmony and cooperation, for the good of the nation.

There was a collective sigh of relief in Malaysia. The leader of Bersih, Ambiga Sreenevasan, an attorney and former president of the Malaysian Bar Council, met with the king and announced that the “Walk for Democracy,” as it was called, was cancelled. She said that she was ready to meet with the government to discuss Bersih’s concerns about electoral fairness. Prime Minister Najib then offered an olive branch, saying, “We are willing to provide a stadium for them to rally in … from morning until night,” an offer that Ms. Ambiga and Bersih immediately accepted.

Then Mr. Najib backed off. His government says that because Bersih is still illegal, it cannot apply for a permit. It also has banned Bersih’s leadership from entering Kuala Lumpur on the day of the rally. On Thursday, he joined a gathering of martial artists who said that their 50,000 members will “wage war” against Bersih. Donning their militant uniform, Mr. Najib said, “If there are evil enemies who want to attack the country from within, you, my brothers, will rise to fight them.”

Mr. Najib has undermined the authority of the king, who gave Bersih and its concerns credence by meeting with its leadership and calling for a negotiated solution. The political situation in Malaysia is a fast-moving target, and each day brings new developments. Ms. Ambiga and Bersih now say that because of Mr. Najib’s actions, they will go ahead with their assembly, no matter what.

Nobody knows what will happen tomorrow. Bersih’s main issue is not freedom of assembly but the fairness of Malaysia’s democratic process. Bersih’s backers ask how anyone can be opposed to free and fair elections.

It’s an easy question to answer. The United Malays National Organization, of which Mr. Najib is president, is the longest continuing ruling party in the world, and it is running scared.

In the last general election in 2008, Malaysia’s opposition took 47% of the popular vote. That year Parti Keadilan Rakyat, the party of Mr. Najib’s nemesis Anwar Ibrahim, went from one seat to 31. The establishment parties in Malaysia’s neighboring states are also in retreat. The opposition scored a major victory in Thailand last weekend, and in Singapore opposition candidates made surprising gains. No wonder Mr. Najib and company are worried.

Many observers of Malaysian politics believe that electoral reform will lead to the ruling party’s defeat, and that is why UMNO is afraid of Bersih. In the last election in 2008, the party received only one-third of the nation’s votes. UMNO rules only because of its coalition with other political parties, which it increasingly marginalizes, that represent the Chinese and Indian minorities.

Mr. Najib and his allies say that the opposition’s gains in 2008 prove that Malaysia’s elections are free and fair. Impartial observers disagree. Academic studies have enumerated how the Election Commission gerrymanders electoral districts to benefit the ruling party. The U.S. Department of State’s human rights report bluntly states that opposition parties are unable to compete on equal terms with the governing coalition because of restrictions on campaigning and freedom of assembly and association. “News of the opposition,” the U.S. says, is “tightly restricted and reported in a biased fashion.”

In the recent state elections in Sarawak, the government announced $390 million in local projects during the run-up to the polls. Prime Minister Najib was caught on video tape telling one village gathering that the government would give them 5 million ringgit ($1.5 million) for a local project on Monday, but only if they elected his candidate on Sunday.

Who would win elections in Malaysia that truly are free and fair? The U.S. State Department reports that despite the many election irregularities during the 2008 elections, “most observers concluded they did not substantially alter the results.” But unless the electoral reforms that Bersih is calling for are made, we will never know.

Despite the government’s intimidation, thousands of Malaysian citizens of all races and religions are expected to exercise their constitutional right to assemble and call for free and fair elections. Tomorrow’s protest represents a brave step in what not just Malaysians but also the international community should hope will begin the country’s transition to full democracy. Mr. Najib should display his own courage and ensure that a peaceful rally that seeks the fundamental rights of democratic peoples everywhere does not turn into a bloody confrontation.

Mr. Malott was the United States ambassador to Malaysia from 1995-98.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Wilayah Persekutuan

Posted: 07 Jul 2011 11:25 AM PDT

DEMI RAKYAT

8 Julai 2011 (Jumaat)

9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi:Madrasah Al Mustakimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak
(Bersebelahan HUKM, Cheras)

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3. YB Dato' Mahfuz Omar

Dzulkefly Blasts Police’s Restriction Order On 91 As ‘Great Betrayal’

Posted: 07 Jul 2011 11:17 AM PDT

Harakah

PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad has blasted the police over its latest order banning 91 individuals from entering the city centre on Saturday.

“The restriction order (to bar the 91 individuals) is most irresponsible and a great betrayal to democratic practices as provided by the Federal Constitution,” said the Kuala Selangor MP (left), who is among those in the list issued by the police today as part of its crackdown to prevent the July 9 Bersih rally at Stadium Merdeka.

“It is a desperate act and they certainly have got instructions from their political masters. The people will strongly reject such actions to deny them their rights.

“This is a black day in the country’s politics,” he told TVPas, adding that the latest action was another instance of how the judiciary was further abused and undermined.

Dzulkefly said the police action was proof that they had malicious intent from the start despite statements promising cooperation to allow the rally proceed in a stadium setting.

“If they think by doing so they can stop the people’s anger, they are mistaken,” he said.

In 2007, the police obtained a similar injunction against Bersih representatives to prevent them from entering the parliament building to hand over their memorandum on electoral reforms.

This time around, the list includes most top leaders from Pakatan Rakyat and Bersih 2.0, as well as from UMNO Youth and Perkasa, both of whom want to hold counter-gatherings to stop the Bersih rally. Among the restricted areas include roads surrounding the National Palace, where Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan should travel in order to hand over the memorandum on electoral reforms to the Agong. Ambiga had earlier said only a small of group of less than ten people would accompany her.

Some notable names of leaders missing from the list of banned persons are DAP chairman Karpal Singh, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS vice presidents Mahfuz Omar and Husam Musa, and information chief Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tiada ulasan:

Nuffnang