DUN PENGKALAN KUNDOR |
Perasmian Cawangan PAS Simpang Jaya Posted: 01 Jul 2011 09:42 AM PDT Majlis bermula dengan Ucapan Aluan oleh Ustaz Abdullah selaku Pengerusi Penaja cawangan simpang jaya merangkap MKK Taman Simpang Jaya. Didalam ucapannya beliau akan sedaya upaya memberi komitmen penuh dalam menerima tanggungjawab selaku ketua cawangan dalam mengatur aktiviti dan gerak kerja bagi kawasan terbabit. Beliau yang baru sahaja bersara bulan lalu menegaskan bahawa keterlibatannya bersama parti politik Islam PAS bukanlah sesuatu yang baru, bahkan telah mula bergiat sejak dulu, namun beza pada kali ini ialah tanggungjawab sebagai ketua cawangan di kawasan terbabit. Berikutnya adalah Ucapan oleh YDP PAS Kuala Kedah bagi merasmikan cawangan PAS Simpang Jaya. Katanya lagi, Islam tidak menerima gerakan bersendirian atau berseorangan melainkan melalui jemaah islam yang ada. Oleh itu penubuhan cawangan- cawangan dilihat positif sebagai jaringan maklumat dan dakwah kearah pemerintahan yang diterima oleh semua pihak. Turut hadir AJK Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Mr. Eng Lai Hok, Cg. Darus serta beberapa MKK dan juga ahli Pas. |
You are subscribed to email updates from DUN PENGKALAN KUNDOR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan