Sabtu, 2 Julai 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Gila didalam kuasa

Posted: 02 Jul 2011 08:11 AM PDT

Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak yang diberi kuasa untuk menghadapi rally anjuran Bersih 2.0 pada minggu hadapan. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.

Apa pun yang bakal berlaku nanti, sesungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang 'transparent'. Itulah satu-satunya matlamat penganjur.
 
Kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT semoga setiap perancangan yang akan dilaksanakan menemui kejayaan. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. 
 
Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita. Uh pedihnya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Tiada ulasan:

Nuffnang