Sabtu, 2 Julai 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Teruskan tangkapan, teruskan provokasi!

Posted: 01 Jul 2011 01:48 AM PDT

Saya difahamkan rakan Exco, YB Ronnie Liew, telah ditahan Polis malam tadi selepas satu majlis penerangan kerajaan negeri di Hulu Selangor bersama YAB Dato' Menteri Besar.

Seorang lagi rakan Exco, YB Teresa Kok, memberitahu saya bahawa YB Ronnie ditahan kerana mengajak orang ramai di ceramah tersebut menyertai 'Walk For Justice' / Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Tangkapan-tangkapan yang berkaitan dengan Bersih 2.0 seperti ini semakin bertambah.

Dari Exco kepada peniaga kecil yang menjual baju kuning. Dari ahli Parlimen kepada mereka yang datang untuk mendengar ceramah dengan berbaju kuning. Semuanya telah menjadi mangsa.

Ada rakan-rakan yang marah kepada pihak Polis. Pada saya, tidak perlu marah kepada mereka, mereka hanya menurut perintah pemimpin-pemimpin BN.

Ada pula yang marah kepada BN dan mahu tangkapan-tangkapan ini diberhentikan. Pada saya pula, teruskan tangkapan. Tangkaplah lebih ramai. Tangkaplah sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, seluar kuning, topi kuning, jubah kuning malah apa-apa yang kuning.

Tangkapan-tangkapan ini tidak akan sama sekali menjejaskan Bersih 2.0. Tetapi mendedahkan sikap sebenar BN. Setiap tangkapan menambah kebencian rakyat. Setiap tangkapan adalah sebutir paku untuk keranda BN yang akan kita kuburkan bersama.

Pada hakikatnya tangkapan-tangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat tetapi menambah maki hamun rakyat dan sumpah seranah rakyat terhadap BN.

Bukan sahaja ahli-ahli parti sahaja yang sedemikian tetapi orang awam, orang tidak berparti dan orang atas pagar telah mengakui bahawa BN sudah hilang akal di saat-saat kematiannya.

Tiada ulasan:

Nuffnang