Siti Zailah | Home |
ISU KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA YANG BIADAB Posted: 17 Jun 2011 08:08 AM PDT Karikatur yang disiarkan oleh Utusan Malaysia seperti di atas jelas satu penghinaan yang amat besar keatas hukum Allah SWT yang jelas termaktub di dalam Al Quran Al Karim. Firman Allah SWT yang di dalam Al Quran: "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduhitu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buatselama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An-Nur : 4)" Hukum Qazaf di dalam Al Quran adalah berkaitan dengan Zina dan bukannya rogol. Jenayah Rogol di dalam Islam adalah berkaitan dengan TAAZEER dan bukan dengan HUDUD. Ayat An Nur:04 adalah berkaitan dengan jenayah ZINA dan bukkannya ROGOL. Tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang bukan sahaja salah dari segi hukum jenayah Islam tetapi juga menghina Hukum Islam seperti di atas adalah amat dikesali. Maka, Dewan Muslimat bercadang untuk membuat laporan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur supaya Editor Utusan Malaysia dibicarakan atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukuman Qazaf yang jelas termaktub dalam AL Quran dan Sunnah serta hukum Jinayah Islam. Tindakan Utusan Malaysia ini juga meletakkan Utusan Malaysia setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pada satu masa pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW. Dewan Muslimat PAS Pusat juga menyatakan sokongan padu kepada kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan hari ini (17 June 2011). Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru setiap ahliDewan Muslimat memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total. |
You are subscribed to email updates from Siti Zailah | Home To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan