Sabtu, 18 Jun 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


PAS Terengganu dibarisi pemimpin muda

Posted: 18 Jun 2011 04:44 AM PDT

(Dari kiri Yahya Ali, Haji Mohd Abdul Wahid dan Haji Muhyiddin Abdul Rasyid)




Petikan Bernama dan Buletin Online

Kuala Terengganu 18 Julai : Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini menyaksikan pelantikan ramai muka baru dengan sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan muda.


Pesuruhjaya PAS baru Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Kuala Terengganu.

Mohd Abdul Wahid berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan melantik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Katanya pelantikan Abdul Hadi memandangkan beliau adalah orang Terengganu dan juga merupakan ahli parlimen Marang serta ADUN Rhu Rendang.

Beliau berkata, selain beliau serta tiga Timbalan Pesuruhjaya Saiful Bahri Mamat (kiri), Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga telah dilantik.

Mohd Abdul Wahid berkata Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha manakala tiga penolong setiausaha ialah Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

Katanya, M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri.

Di samping itu, 10 ahli jawatankuasa yang dilantik antaranya Datuk Abu Bakar Chik, Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau mendapat kerjasama yang cukup baik dengan barisan kepimpinan baru yang dilantik itu dan menyifatkannya lebih mantap.

- Bernama


Dibawah adalah senarai penuh 'kabinet' baru PAS Terengganu (sumber Buletin Online)


Pesuruhjaya - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. Pesuruhjaya 1 - Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb. Pesuruhjaya 2 - Haji Muhyiddin Abdul Rashid
Timb. Pesuruhjaya 3 - YB Dr. Alias Razak
Setiausaha - Haji Yahya Ali
Pen. Setiausaha 1 - Ustaz Kamaruddin Yunus
Pen. Setiausaha 2 - Haji Hanafiah Mat
Pen. Setiausaha 3 - Ustaz Zakaria Dagang
Bendahari - Mohd Shukrimun Shamsuddin
Ketua Penerangan - Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya - Ariffin Deraman
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
2. Haji Hussin ismail
3. Abdul Harris Malik
4. Ustaz Harun Jusoh
5. Dr. Mohd Khazani Abdullah
6. Dr Azman Ibrahim
7. Hajjah Zarani Othman
*Semua YDP PAS Kawasan adalah Ahli Jawatankuasa

Tiada ulasan:

Nuffnang