Selasa, 14 Jun 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 13 Jun 2011 10:34 PM PDT

PAS Selangor mula layar tanpa kemudi Hasan Ali

June 14, 2011

ANALISIS, 14 Jun — Selepas 10 hari hari muktamar tahunan ke-57, arena politik domestik menyaksikan satu lagi perkembangan mengejutkan banyak pihak dalam dan luar PAS.

Walaupun perkembangan itu bersifat mikro, di peringkat Selangor tetapi bahangnya dirasai di peringkat nasional.

Meskipun sudah lapan tahun mengetuai PAS Selangor dan di sebalik suasana tidak senang yang banyak diperkatakan mengenai kepimpinannya, difahamkan Datuk Dr Hasan Ali tidak menawarkan diri atau meminta beliau digantikan sebagai ketua peringkat negeri. Rata-rata pengikutnya pula masih terkejut dengan langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan beliau sebagai pesuruhjaya negeri. Selain Selangor satu lagi negeri yang menjadi perhatian ialah Terengganu.

Awal tahun lalu, Hasan (gambar) yang dipanggil jawatankuasa disiplin PAS memutuskan untuk mengenakan hukuman amaran. Bekas timbalannya Khalid Abdul Samad yang turut dipanggil panel itu digantung daripada memegang jawatan selama enam bulan.

Kedua-dua mereka bertanding kerusi ahli jawatankuasa kerja pusat parti 3 Jun lalu dan menang.

Malah, tindakan Hadi turut mengejutkan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat dan juga pesaing politik perikatan itu khususnya Umno.

Dalam reaksinya Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menggesa kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan rombakan barisan exco susulan pelantikan pesuruhjaya baru PAS. Maksud yang hendak disampaikan wakil rakyat Umno tidak jelas tetapi membawa pengertian tersirat dan boleh difahami.

Lebih mengejutkan keputusan itu diambil ketika pilihan raya umum ke-13 dikatakan semakin hampir tiba. Bagi Pakatan Rakyat, Selangor dilihat sangat penting. Dan, ia juga menjadi idaman pentadbiran Najib. Berdasarkan pengikutnya, Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah menyusun jentera pilihan raya parti sejak beberapa bulan yang lalu.

"Selalunya pelantikan ini dibuat oleh presiden parti atas kuasa beliau sebagai presiden, itu hak presiden. Tetapi di Selangor kami agar terkejut," kata Iskandar A. Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, Iskandar yang sebelum ini merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor berkata, "kita berharap keputusan melantik pesuruhjaya yang baru ini akan membawa kebaikan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat di Selangor."

"Kami berdoa ia akan membawa kebaikan," kata Iskandar kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Beberapa pemimpin PAS yang dilihat rapat dengan Hasan tidak dapat memberi sebab-sebab yang membawa kepada keputusan Hadi menggugurkan Hasan.

Sebagaimana Iskandar, mereka juga kelihatan terkejut dan tidak dapat memberikan reaksi spontan yang konkrit.

"Kami agak terkejut," ujar Iskandar lagi sambil menambah, "saya tidak tahu (sebab keputusan ini)."

"Ada (banyak) tafsiran, dan cakap-cakap politik," kata beliau yang mengakui bahawa kemungkinan perancangan pilihan raya akan "tersekat" buat sementara waktu sementara menanti kepimpinan baru.

Dalam komen dibawa Sinar Harian hari ini, Hasan yang juga ADUN Gombak Setia mahu penggantinya Dr Abdul Rani Osman membuat persediaan awal jentera parti berdepan pilihan raya.

Menyifatkan keputusan menggugurkannya daripada terus menerajui PAS negeri sebagai perkara biasa, Hasan berkata, beliau tidak kecewa dan berharap ADUN Meru itu akan meneruskan perjuangan parti.

Sebelum dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum ke-12, Hasan merupakan Timbalan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor dan penceramah motivasi.

"Pemilihan berlaku dua tahun sekali dalam PAS, maknanya ada yang digugurkan, ada yang baru dan ada yang lama. Itu biasa.

"Mungkin masanya sudah tiba. Itulah sebabnya saya digugurkan. Suasana (saf kepimpinan) kini baru dan sesungguhnya kita memerlukan satu barisan yang baru, tenaga yang baru untuk menghadapi Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya dilihat merujuk kepada keputusan pemilihan pusat 3 Jun lalu di mana kumpulan profesional menguasai barisan kepimpinan.

Hasan dilihat sebagai cenderung kepada kumpulan ulama. Malah, beliau juga dilabel sebagai antara mereka yang cenderung kepada idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

Ditanya sama ada penyingkiran beliau ada kaitan dengan pergeserannya dengan bukan sahaja di kalangan pemimpin PAS tetapi juga rakan dalam Pakatan Rakyat, Hasan berkata:

"Ini adalah pilihan presiden, yang mengutarakan nama itu dan kemungkinannya disokong oleh jawatankuasa PAS pusat, maka beliau dinamakan dan saya digugurkan."

Hasan memegang kerusi pesuruhjaya selama empat penggal. "Bermakna sudah lapan tahun. Jadi, saya rasa sampai masanya, kalau hendak digantikan pun, eloklah digantikan selepas lapan tahun itu," katanya.

"Walau apa pun saya menyarankan kepada yang baru dilantik supaya dapat betul-betul menyatukan PAS di Selangor ini dalam keadaan kita hendak menghadapi pilihan raya," katanya.

Iskandar tidak melihat keputusan menggugurkan Hasan adalah ekoran perkembangan "tidak senang" dalam PAS negeri dan hubungan dengan komponen Pakatan Selangor sejak 2008.

"Saya tidak melihat begitu," kata beliau dengan merujuk kepada isu yang menjadi perhatian iaitu kenyataannya mengenai status Selcat sudah diselesaikan.

"Nak kata isu arak, ia bukan keputusan Datuk Hasan seorang, tetapi keputusan pentadbiran negeri. Jadi, tak timbul isu ini," kata Iskandar lagi.

"Saya pun tidak pasti, kita masih tercari-cari mengapa (perubahan) ini berlaku... mungkin dalam satu dua minggu akan jelas," kata beliau.

Setakat ini, kepimpinan komponen Pakatan Rakyat kelihatan menyambut baik perubahan di peringkat PAS.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya sentiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini.

"Pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati. PKR Selangor sendiri sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca-2008 dan akan terus berubah demi rakyat," katanya.

Ulas beliau, kecekapan Hasan menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar dan percaya pelantikan Dr Rani bakal memberikan satu "mimpi ngeri berpanjangan kepada seteru politik bersama iaitu Umno Selangor."

ADUN Sri Muda ini menambah pelantikan itu juga memberi impak sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor.

"Komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen Jelas — Tawan Malaysia! anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini," katanya lagi.

Seorang lagi pemimpin PAS Selangor yang mengekalkan kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat awal bulan ini, Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat bahawa perubahan ini bukan soal ulama atau profesional tetapi PAS Selangor memerlukan kepimpinan yang boleh membawa jentera ke hadapan menghadapi pilihan raya umum dengan mantap.

"Ini soal kecenderungan dan pendekatan kepimpinan. YB Dr Rani dilihat sebagai seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua, dalam PAS dan luar PAS. Beliau seorang peka dengan isu orang Melayu, bukan Melayu, dalam PAS dan luar PAS," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Apa pun tempias kesan pemilihan pusat juga dirasai di peringkat negeri. Impaknya sudah pasti akan disaksikan.

Yang pastinya kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN akan cuba menikmati manfaat daripada perkembangan terbaru di peringkat Selangor dalam pilihan raya umum ke-13.

Sumber: Malaysian Insider

Posted: 12 Jun 2011 10:45 PM PDT

RM100 juta pemborosan Rais Yatim boleh bina jalan raya 60 km – Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan peruntukan bagi meraikan Hari Seniman yang dihabiskan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebanyak RM 100 juta sebagai pembaziran tahap melampau.

"Ini pembaziran tahap melampau di kala rakyat dibebani dengan penarikan subsidi oleh kerajaan. Duit sebanyak itu boleh dibuat jalan sejauh 60 km, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti ambil tindakan dan siasat segera peruntukkan yang begitu besar," kata Shuhaimi kepada KeadilanDaily.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri terdapat penyelewengan dilakukan pihak tertentu.

"Najib tidak boleh berdiam diri apabila menterinya menghabiskan sejumlah wang hanya satu majlis kerana ini satu pembaziran yang dibimbangi ada komisyen kepada orang tertentu.

"Inilah menteri Umno BN yang sanggup melihat kesusahan rakyat demi mengkayakan kroni. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang merosot," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak sekiranya wujud kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus daripada wang peruntukan untuk program itu.

"Tidak sepatutnya sebanyak itu peruntukkan untuk Hari Seniman, tidak mustahil sekiranya ada kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus yang kita ragui yang pergi ke tempat lain," kata beliau.

Bernama sebelum ini melaporkan Datuk Rais Yatim menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Tindakan itu turut menghadirkan kecaman daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan, sebahagian jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Sumber: Keadilandaily.com

Posted: 10 Jun 2011 10:36 PM PDT

MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar

June 11, 2011
Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi
SEPANG, 11 Jun — Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

"Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

"Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak... kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun," katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas.

Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

"Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

"Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

"Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap... ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

"Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

"Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi... anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak," katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

"Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

"Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah... dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)... mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan," katanya.

Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya "membetulkan kesilapan" yang dilakukan BN dulu.


Sumber: Malaysian Insider

Posted: 09 Jun 2011 10:51 PM PDT

UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor!

| Jun 10, 2011 03:48:01 pm

UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang.

UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.

Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo (gambar kanan) yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!

KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.

Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu.

Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.

KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan.

Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.

Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.

Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.

*Kenyataan media oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda.


Di salin dari: merdekareview.com

Posted: 09 Jun 2011 10:48 PM PDT

Ubahsuai rumah RM6.5 juta, gaji MB lapan tahun pun belum mampu- Shuhaimi

KUALA LUMPUR: Belanja RM6.5 juta yang digunakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo untuk mengubahsuai kediaman mewahnya, tidak akan mampu ditanggung meskipun beliau menjawat jawatan itu lapan tahun berturut-turut.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, pendedahan itu menunjukkan kekayaan dan jumlah aset melampau yang dimiliki Khir, sekaligus mengambarkan pentadbiran Umno yang korup.

"Kalau ikutkan gaji yang diterima oleh Menteri Besar lebih kurang RM35, 000 sebulan, walaupun beliau memegang jawatan itu tujuh hingga lapan tahun, namun dengan jumlah sebanyak RM6.5 juta yang dikeluarkan secara tunai meragukan kita.

"Ini gambaran bahawa pentadbiran Umno selama ini berlaku kebobrokan," ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Dalam pada itu, Shuhaimi berkata, beliau percaya Khir Toyo menjadi mangsa kambing hitam pimpinan Umno Selangor sendiri, iaitu Datuk Noh Omar yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

"Ini semua satu perangkap yang dipasang Noh serta rakan pimpinan Umno Selangor dan mangsa yang dikambing hitam ialah Khir," kata Shuhaimi ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Khir semalam, mahkamah didedahkan bahawa beliau membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubahsuai rumahnya seperti diberitahu pereka lanskap yang membuat kerja pengubahsuaian berkenaan.

Bayaran itu dibuat secara ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Khir dihadapkan ke mahkamah pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan rasuah kerana membeli harta berupa tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran daripada Pengarah Ditamas, Shamsudin Haryoni.

Bagaimanapun, Shamsuddin dibebaskan mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan Khir awal bulan ini.

Dalam pada itu, Shuhaimi menyuarakan kesangsiannya sekiranya Khir akan disabitkan bersalah, berdasarkan kes-kes rasuah sebelum ini yang ditutup dengan pelbagai alasan.

"Kes ini kemungkinan besar akhirnya ditutup seperti contoh kes melibatkan Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Rafidah Aziz, Tan Sri Kasitah Gaddam dan ramai lagi terlepas dengan alasan mengaitkan kesilapan teknikal dan sebagainya.

"Sebab itu kita menyarankan supaya memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diletakkan fungsinya dan diberi tanggungjawab kepada Parlimen," kata beliau.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya bijak memilih kerajaan yang menolak amalan rasuah.

"Rakyat boleh menilai dengan melihat apa yang berlaku dan selagi kes-kes rasuah ditutup dan disembunyikan, maka lagi bertambah keraguan rakyat kepada pemerintah.

"Oleh itu, rakyat perlu bangkit sokong usaha Pakatan Rakyat untuk menangani gejala rasuah dan penyelewengan oleh pemimpin Umno," katanya.


Sumber: keadilandaily.com

Posted: 08 Jun 2011 10:39 PM PDT

PKR lays out Selangor defence strategy

June 09, 2011
Muhyiddin expressed confidence BN will retake Selangor in the next general election. — file pic
KUALA LUMPUR, June 9 — PKR beat its Pakatan Rakyat (PR) partners to the draw today and revealed details of a polls strategy aimed at defending Selangor, a frontline state that Barisan Nasional (BN) is growing confident of recapturing.

Last week, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin talked up BN's chances in Selangor for the coming polls, saying the coalition planned to recapture the state by securing at least 30 seats.

But Selangor PKR information chief Shuhaimi Shafiei claimed today that apart from retaining its eight parliamentary and 14 state seats, PKR was also gunning to boot BN from three parliamentary and seven state seats. PKR, he said, will concentrate all its campaign efforts in these areas during the run-up to the polls.

They are the Sabak Bernam, Pandan and Hulu Selangor parliamentary seats and Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa and Port Klang state seats.

PR currently has tenuous control over the country's richest state and holds 36 seats in the 56-seat state assembly and 17 out of 22 parliamentary seats. A swing of seven state seats towards BN in the next general election, said likely to be held by next year, will allow the federal ruling coalition to recapture Selangor with a simple majority.

"Selangor PKR has already trained its election machinery to spread information to all voters, especially those in the Hulu Selangor parliamentary seat, in order to win back the seat which we lost to BN during the by election on April 25 last year.

"That is why there will be two prime events held in Hulu Selangor on July 1 and 10," Shuhaimi said in a statement announcing the second phase of PKR's "Jelajah Selangor Tawan Putrajaya" (Jelas) campaign today.

During the Hulu Selangor by-election, former Umno-turned-PKR leader Datuk Zaid Ibrahim failed to defend the previously PKR-held seat when he lost to MIC's P. Kamalanathan by 1,725 votes. Zaid has since left PKR and is currently the president of the newly-formed Malaysian People's Welfare Party (Kita).

Shuhaimi, who is also the Sri Muda assemblyman, claimed that according to current statistics and projections, PKR has "strong reasons" to be confident it would retain all the eight parliamentary and 14 state seats it presently holds.

"We will defend all our eight parliamentary seats and increase our vote majority even," he said.

In Election 2008, PKR beat BN candidates in Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang and Kapar with a combined vote majority of 44,840.

Shuhaimi also pledged that PKR would help its PR partners wrest three BN-held Malay-majority seats during the coming polls — Sungai Besar, Tanjong Karang and Sepang.

He said this is why Selangor PKR plans to launch the second phase of Jelas and its election campaign in Tanjung Karang this June 11.

"We chose Tanjung Karang because it is the parliamentary seat of Selangor Umno's deputy chairman Datuk Seri Noh Omar.

"We are confident that this launch will be a big blow to him and Umno-BN's entire election machinery, especially to those who are still bickering among themselves," he said.

In the first phase of Jelas, PKR organised 33 series of ceramahs across the state with top leaders like Datuk Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali headlining each programme. Phase II, said Shuhaimi, will have 19 such events.


Source: Malaysian Insider

Posted: 08 Jun 2011 10:37 PM PDT

PRU-13: PKR lancar kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia

June 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bagi memastikan Pakatan Rakyat terus menerajui Selangor, PKR negeri itu merancang strategi berkesan – melancarkan kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa dua – menyasarkan kemenangan di kerusi-kerusi dimiliki BN pada pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei, selain mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya 2008, parti itu juga akan menawan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) milik BN.

"Salah satu misi pilihan raya umum ke-12, PKR Selangor menyasarkan sebanyak 11 kerusi Parlimen untuk dimenangi dan berdasarkan statistik terkini kami mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan lapan kerusi Parlimen sedia ada dengan tambahan tiga kerusi milik BN iaitu Sabar Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

"PKR juga akan mempertahankan 14 kerusi DUN dan menawan tujuh kerusi DUN milik BN iaitu di kawasan Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang," katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini Pakatan Rakyat memperoleh 35 daripada 56 kerusi DUN manakala BN sebanyak 20 dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Di peringkat kerusi Parlimen pula Pakatan Rakyat memperoleh 17 daripada 22 kerusi di Selangor.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu sudah bersedia untuk menawan balik negeri itu dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN.

Kata Shuhaimi, PKR juga yakin majoriti kemenangan akan meningkat berdasarkan daripada statistik dan kajian dilakukan parti itu.

"Parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat kita yakin jumlah majoriti akan bertambah.

"Selain itu, PKR Selangor juga telah melatih jentera pilihan raya yang tersusun untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya di Parlimen Hulu Selangor dalam rangka menawan kembali kerusi itu yang ditawan BN pada pilihan raya kecil 25 April 2010," katanya.

Tambah Adun Sri Muda itu, PKR Selangor juga akan membantu PAS dan DAP untuk memenangi tiga kawasan majoriti orang Melayu iaitu di Parlimen Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang.

Untuk memastikan hasrat itu tercapai, jelas Shuhaimi, parti itu akan melancarkan gerak kerja pilihan raya bermula 11 Jun ini sehingga Julai depan.

"PKR Selangor akan melancarkan kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia fasa dua dan pelancaran jentera pilihan raya PKR Selangor pada 11 Jun ini di Tanjong Karang.

"PKR memilih Tanjong Karang sebagai destinasi pertama kerana ia adalah kawasan Parlimen Datuk Seri Noh Omardan kami yakin pelancaran ini akan memberi tamparan hebat kepada beliau dan seluruh jentera Umno-BN khususnya yang masih bercakaran sesama sendiri," katanya.

Tambah Shuhaimi, beliau percaya rakyat Selangor akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.


Sumber: Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Nuffnang