Selasa, 14 Jun 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kementerian Pelancongan Pandai Berjimat

Posted: 14 Jun 2011 04:19 AM PDT

Nazri Abdullah  
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Kementerian Pelancongan dikritik hebat ekoran membelanjakan RM1.8 juta untuk membuka akaun dan mempromosi program kementerian itu di laman Facebook.
Perkara itu dibangkitkan Anthony Loke (DAP-Rasah) yang mempersoal kenapa begitu besar jumlah wang 'dibazirkan' untuk Facebook itu yang sebenarnya hanya boleh dibuat secara percuma.
"Pada pemerhatian terakhir saya, terdapat 20,308 peminat di Facebook kementerian.
"Dibandingkan dengan laman Facebook 'Visit Penang' yang kerajaan Pulau Pinang tidak mengeluarkan sesen pun, mendapat lebih 100,000 peminat.
"Kenapa membelanjakan RM1.8 juta? "katanya pada soalan tambahan.
Terdahulu, beliau mahu Menteri Pelancongan menyatakan justifikasi perbelanjaan sebanyak RM1.8 juta dalam 'social media branding', pecahan secara terperinci dan nama syrarikat yang dianugerahkan projek tersebut.
Soalan serupa turut ditanya Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Ir Idris Haji Haron.
Dalam jawapannya, Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit memberitahu projek itu diberikan kepada agensi pengiklanan yang dilantik, Impact creations Sdn Bhd bermula 2011 sehingga 2013.
Jumlah itu termasuk kos kerja kreatif, konsep dan idea, reka bentuk, flash programming, coding, testing, debugging, uploading, launching of application, system server deployment, maintenance, development of database from the contest, campaign management and monitoring serta online advertisement dan fans recruitment di Facebook dan google.
Anthony Loke kemudianya mendakwa, sangat pelik jika tidak ada seorang pun di kementerian terbabit mempunyai kemahiran untuk menguruskan atau mengemaskini Facebook kementerian itu sehingga terpaksa melantik syarikat pengiklanan untuk menguruskannya.
Malah secara sinis beliau mencadangkan pihak kementerian agar mendapatkan nasihat dari pelbagai pihak termasuk ahli perlimen Pakatan dan BN yang rata-ratanya 'pakar' menggunakan jaringan sosial.
Pandangan bahawa jumlah itu sebagai 'pembaziran' juga turut dipersetujui Khairy Jamaludin (BN Rembau).
"Sekarang ini hanya ada 2,013 'like' dan rekabentuknya tidak ada apa yang lebih. Ia hanya guna template yang sama.
"Tak perlu tengok page Penang Tourism, bahkan ada ahli parlimen di sini lebih popular," katanya.-HD

Tiada ulasan:

Nuffnang