Khamis, 23 Jun 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Demo seluruh negara bantah Utusan esok

Posted: 23 Jun 2011 01:18 AM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki."

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3965-demo-seluruh-negara-bantah-utusan-esok

Polis arah jangan jual baju Bersih

Posted: 22 Jun 2011 11:11 PM PDT



Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3962-polis-arah-jangan-jual-baju-bersih

Tanah runtuh semakin lebar

Posted: 22 Jun 2011 07:39 PM PDT



Sinar Harian 23 Jun 2011

CHEMBONG – Rata-rata penduduk di Taman Desa Chembong, di sini melahirkan rasa kebimbangan apabila terpaksa berhadapan dengan masalah tanah runtuh berhampiran loji kumbahan di taman perumahan berkenaan sejak sebulan lalu.

Malah, perasaan bimbang itu tidak mampu dibendung lagi apabila tanah runtuh berkenaan kelihatan semakin merbahaya dan mampu mengancam keselamatan kanak-kanak yang melalui kawasan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Chembong, Md Salam Sarip berkata, kemungkinan keadaan tanah runtuh itu semakin buruk susulan kekerapan hujan kebelakangan ini.

Menurutnya, walaupun pihak berkaitan sudah mengambil tindakan dengan menutup jalan dan meletakkan tanda kawasan larangan serta berbahaya, namun ianya masih belum dapat mengatasi perasaan bimbang penduduk lebih-lebih lagi bila melihat rekahan yang semakin membesar.

"Oleh itu, diharap pihak bertanggungjawab dapat memandang serius mengenai masalah ini dan berusaha untuk mengatasi masalah demi keselamatan penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi itu.

Md Salam berkata, sekiranya masalah itu masih berlanjutan, beliau berasa agak bimbang terhadap tahap keselamatan penduduk yang tinggal selang beberapa meter sahaja dari lokasi tanah runtuh berkenaan.

Katanya, masalah itu kini sudah menjadi buah mulut penduduk apatah lagi sehingga ke hari ini masih belum terdapat tindakan atau kerja-kerja memperbaiki tanah runtuh dilakukan.

"Bagi kita yang sudah dewasa, kita tahu akan bahaya tanah runtuh berkenaan. Namun, apa yang kita risaukan kini adalah keselamatan kanak-kanak yang tidak memahami bahaya kawasan berkenaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9219399.asp

PAS NS buat perubahan menyeluruh

Posted: 22 Jun 2011 01:58 AM PDT




SEREMBAN, 22 Jun 2011 : PAS Negeri Sembilan ( http://pasns.blogspot.com/ ) membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.

"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13 dan keseimbangan peranan ahli diperingkat negeri dan kawasan," kata Pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai lapisan masyarakat, dari peneroka, kakitangan kerajaan dan swasta hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.

Mesyuarat pimpinan Pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.

Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .

Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Khairul Azlan dan Siti Faridah.

Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.

Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.

Sumber : Harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang