Anwar Ibrahim |
- Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Di Luar Negara
- Bersih: Najib Peralat Suara Esktrim
- Peserta Bersih perlu tahu hak mereka – LFL
- Hisham Makes Bersih Illegal But Leaves Ibrahim Ali Alone
- Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?
- Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Perak 24 Jun 2011
- Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Di Luar Negara Posted: 23 Jun 2011 02:42 AM PDT Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. "Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal," kata jawatankuasa itu lagi. "Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi," kata beliau lagi. Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi). "Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia. "Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13," katanya lagi. Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0. Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama. Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar. Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari. Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini. Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini. |
Bersih: Najib Peralat Suara Esktrim Posted: 23 Jun 2011 01:39 AM PDT Dari Keadilan Daily Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil. "Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih. "Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai," katanya. Beliau mengulas ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan yang menerima ancaman berhubung perhimpunan berkenaan. "Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini," kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan parlimen hari ini. Merujuk jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan sistem biometrik, Anwar berkata ia bercanggah dengan jawapan yang diberikan menteri di parlimen. "Jawapan Menteri berbeza dengan kenyataan SPR. Pengerusi SPR kata ia (sistem biometrik) telah dijalankan. Menteri kata ia sedang diteliti dan akan dirujuk kepada jemaah Menteri. "Persoalannya, siapa yang minta sistem biometrik ini?," soal Anwar. Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tuntuan Bersih 1 yang masih tidak dilaksanakan, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar undi, tempoh kempen yang saksama dan status 'care taker goverment' Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menelan kos sebanyak RM1.18 bilion merupakan bukti jelas penyelewengan jentera kerajaan, selain sekatan terhadap media oleh Barisan Nasional. "Kita membuktikan rasuah dan penyelewengan. Kenapa SPR diam apabila kerajaan pusat membelanjakan RM 1.18 bilion. Kita telah senaraikan apa yang dimaksudkan melalui memorandum dan bukti-bukti. Mana SPR?" soalnya. |
Peserta Bersih perlu tahu hak mereka – LFL Posted: 22 Jun 2011 09:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan bengkel terbuka berhubung hak peserta ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan tentang hak peserta perhimpunan sekiranya mereka berdepan salahgunakuasa atau ditangkap polis. "Persediaan awal sangat penting dan mereka menyertai perhimpunan ini tidak perlu takut kerana dengan pendedahan yang diberikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang" "Ramai masih lagi keliru dan tidak tahu tentang hak asasi mereka. Anda berhak untuk mendapatkan khidmat peguam sebelum memberi apa-apa kenyataan (ketika ditahan)," kata Fadiah ketika dihubungi Keadilandaily.
Menurut Fadiah, Peguam LFL dan Pusat Bantuan Guaman sedaya upaya memberikan bantuan kepada mereka yang ditahan pada hari perhimpunan tersebut. Namun beliau percaya pihak berkuasa itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyukarkan peserta untuk mendapatkan khidmat peguam mereka. Katanya, antara perkara yang akan dilakukan polis ketika penangkapan adalah seperti merampas telefon bimbit peserta bagi menyukarkan mereka berkomunikasi dan berjumpa peguam. Justeru itu katanya, adalah penting peserta perhimpunan sendiri mengetahui tentang hak mereka sekiranya mereka ditahan sebelum dan semasa perhimpunan itu. "Oleh itu, saya nasihatkan agar orang ramai tegas dan bangun melawan. Jadi penting untuk mereka hadir pada bengkel 30 Jun ini bagi mengetahui lebih jelas tentang hak mereka dan sebagai persediaan ketika berdepan polis," katanya. Bengkel bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya peguam hak asasi N. Surendran bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain. Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. |
Hisham Makes Bersih Illegal But Leaves Ibrahim Ali Alone Posted: 22 Jun 2011 08:59 PM PDT From Malaysia Chronicle The Home Minister finally speaks and it is not the announcement everyone has been waiting for. Not only did he ban the Bersih rally by refusing to grant its organisers a permit, he sinisterly called them to the the Bukit Aman headquarters for a grilling. This has upset many civil society leaders, who are not part of the Bersih movement, although they support the principles of the rally, which basically is a call to Malaysians to insist that Prime Minister Najib Razak ensures free and fair elections. “By refusing to issue a permit is to make it illegal. So to punish those who take part is very unfair. Why should the permit be withheld in the first place? By doing so, the government will be seen as forcing the people to take part in an illegal activity,” Ramon Navaratnem, past president of Transparency International told Malaysia Chronicle. “My advice is to let the rally proceed. This is the people’s fundamental right under the Constitution. Sure, there will be trouble and crowd control will be tough. But that is the job of the police. Let them do it. Everyone has their role to play in our society. The rakyat or populace, the NGOs, the government and the police.” But to Hishammuddin Hussein, the Home Minister who is also Najib’s cousin, the Bersih rally is ‘evil’. He tried to show he is fair by not only banning Bersih but also Malay rights group Perkasa and the UMNO Youth. However he only drew criticism as both Perkasa and UMNO Youth are linked to his political party UMNO. He further insists that his priority is the safety of the people. "My statement today is that all three parties will not be granted permits to gather on that date. I am saying that categorically, all three of them will not get it. I have already stated that immediate action must be taken on this matter and police will call all parties involved because although we have said that we are not going to grant them permits, the statements from Perkasa, UMNO Youth or Bersih, indicate that they plan to proceed,” Hisham said on Wednesday. Behind the shadow-play of Hisham’s words A heroic stance by one who has been so late in stating the government's stand on the Bersih 2.0 march. If it is true that the safety of the people are the priority of the Home Minister, than it is only right that any form of racial discord be stopped and any association that promotes such a discord be disbanded and its leaders punished. Yet, Hishamuddin fails to say if any action will be taken against Perkasa chief Ibrahim Ali for his racist remarks towards the Chinese. Must the Home Minister be reminded that it was Ibrahim Ali who brought the racial context into an event that is peaceful and devoid of any connection to race nor religion. The best Hishamuddin can conjure up is to have the police round up everyone involved and give them a slap on the wrist. Thus, Ibrahim Ali is allowed another day to spread his brand of poison against the Chinese. Again it is a clear case of a minister seeking to save whatever dignity the current establishment has over the matter. A scant reminder on how desperate they are in trying to look as if they have control over the populace. This pre-emptive action has been seen by many as a plan hatched by UMNO from the very beginning. UMNO's hand is seen in the prompting of Perkasa to create trouble and thus warrant the intervention of the police. And in showing that they are too taking action against UMNO Youth, the police and Home Minister can later claim that they had been fair in their conduct. No one is fooled Perkasa has, so far, license to create all manner of trouble with the added guarantee that no hard-handed action will be taken against it. Ibrahim Ali is thus allowed to burn effigies, warn off the Chinese and proclaim his brand of jihad against the Christians of Malaysia. Such weak-handed action by the Hishamuddin and the police would only fuel the anger, the people would have towards the BN government that has refused to tackle the obvious. The BN government is applying double standards when dealing with those associated with the opposition while their allies, like Perkasa, are deemed ‘angels’ even if they are as guilty as hell. Hishamuddin should correct his statement. It is not the safety of the people that is his priority but instead the political survival of UMNO and their interests. For this, he is willing to bend over and close his eyes to Ibrahim Ali's actions at the expense of the people he is suppose to protect. |
Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0? Posted: 22 Jun 2011 08:49 PM PDT Dari TV Selangor Oleh Wira Arjuna Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara? Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong? Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali? Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap Bersih 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, Perkasa dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan. Bersih 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin. Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim. Bersih 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Ambiga Sreenevasan, seorang aktivis yang mendokong keluhuran Pelembagaan dan hak asasi manusia. Benar, Bersih disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana : 1. Perhimpunan adalah secara aman 2. Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini 3. Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun. Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah. Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu. Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya. Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini? Selepas 12 pilihanraya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. |
Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Perak 24 Jun 2011 Posted: 22 Jun 2011 08:20 PM PDT DEMI RAKYAT 24 Jun 2011 (Jumaat) Program 1 Lokasi: Kedai Kak Yam, Pekan Lenggong Penceramah: Program 2 Lokasi: Dewan Persatuan Hokkien, Pekan Grik Penceramah: |
Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor Posted: 22 Jun 2011 06:57 PM PDT Tanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT. Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden. Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan. Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK. Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh. Al Fatehah. ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan