Direct Free Kick |
- Projek Perumahan Terbengkalai : Kontraktor penyelamat dilantik oleh bank, bukan Kerajaan Negeri.
- Saya tetap dengan pendirian saya .....
- KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : RM 9.7 JUTA UNTUK BAIKPULIH PANGSAPURI KOS RENDAH.
Projek Perumahan Terbengkalai : Kontraktor penyelamat dilantik oleh bank, bukan Kerajaan Negeri. Posted: 22 Jun 2011 05:27 AM PDT Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah melantik kontraktor atau pemaju untuk menyelamatkan mana-mana projek terbengkalai. Terpulanglah kepada pemaju asal, bank atau pelikuidasi untuk memilih tawaran yang terbaik dari pihak-pihak yang berminat untuk memulihkan sesuatu projek. Kerajaan Negeri Selangor hanya bertindak sebagai fasilitator. Jawatankuasa Khas Projek Terbengkalai Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan bermesyuarat dua minggu sekali untuk membincangkan cara-cara untuk mempercepatkan pemulihan projek-projek yang terbengkalai. Wakil-wakil Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta Pentadbir Tanah Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan merupakan ahli jawatankuasa tersebut. Turut dijemput adalah wakil-wakil Syabas dan TNB. Wakil-wakil pembeli juga kadang kala dijemput jika ada keperluan. Pemaju atau kontraktor penyelamat akan membentangkan projek mereka. Masalah-masalah yang selalu dibincangkan adalah yang melibatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan. Walaupun pemulihan projek-projek menjadi keutamaan namun Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan kemudahan rakyat. Pemaju mestilah mematuhi segala kehendak undang-undang. Terdapat juga kontraktor dan pemaju penyelamat yang mendapati projek mereka dibebani dengan cukai-cukai yang tertunggak. Di dalam hal ini mereka boleh memohon agar cukai ini dibayar secara berperingkat. Oleh itu, secara kesimpulannya jawatankuasa itu bertindak sebagai 'one stop centre' untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Iskandar A. Samad |
Saya tetap dengan pendirian saya ..... Posted: 21 Jun 2011 05:53 PM PDT Sejurus selepas Muktamar tahun ini saya telah menyatakan di dalam blog ini bahawa Harakah telah mempengaruhi pemilihan AJK PAS Pusat. Hari ini saya tetap dengan pendirian saya walaupun saya difahamkan tindakan ini tidak disenangi pada peringkat tertinggi Parti. Pada saya tidak ada bezanya pandangan ini disuarakan pada ucapan-ucapan ketika Muktamar dan disuarakan di dalam blog. Kedua-duanya boleh didengari umum. Tetapi mungkin kalau di Muktamar, pimpinan boleh menjawab ketika penggulungan. Walau bagaimanapun, kalau keluar di blog pimpinan pun boleh menjawab. Apa masalahnya? Saya juga berpandangan PAS janganlah mengikuti jejak UMNO dengan dijangkiti oleh 'denial syndrome' atau ' sindrom penafian'. Kalau ada masalah, kita hadapinya. Bukan berpura-pura ia tidak wujud. Bukan menyembunyikan dengan harapan ia akan berlalu begitu sahaja. Iskandar A. Samad |
KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : RM 9.7 JUTA UNTUK BAIKPULIH PANGSAPURI KOS RENDAH. Posted: 21 Jun 2011 04:16 PM PDT Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah meluluskan RM 7.7 juta untuk Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan. Jumlah ini adalah tambahan kepada RM 2 juta yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, jumlah yang diperuntukkan adalah RM 9.7 juta. Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka. Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus. Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC). Sebanyak 62 kawasan pemajuan telah ditawarkan untuk menyertai skim ini dan setakat ini 19 pemajuan telah dipilih berdasarkan peruntukan asal sebanyak RM 2 juta. Dengan tambahan sebanyak RM 7.7 juta lebih banyak pemajuan akan dapat dibaikpulih. Adalah dianggarkan dengan peruntukan tambahan ini sekurang-kurangnya 70 pemajuan akan dibaikpulih. Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini, 1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan. Selain dari itu hanya kerja-kerja baikpulih yang kritikal seperti di bawah akan diutamakan : 1. Lif Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan & Setinggan |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan