Ahad, 5 Jun 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Utusan berjaya memperbodoh & menyesatkan ahlinya

Posted: 05 Jun 2011 06:41 AM PDT

Dengan perasaan keceewa yang amat sangat Utusan Malaysia termasuk Awang Selamat menyerang PAS dan para perwakilannya di Muktamar kali ini dengan jayanya. 
Media Perdana Umno ini telah berjaya memperbodoh dan menyesatkankan ahlinya dan tidak langsung untuk pimpinan, perwakilan dan ahli PAS diseluruh negara yang bersatu menolak gagasan Utusan yang amat meloyakan ini. 
Ulasan Awang Selamat dan pemimpin Umno yang lain jelas menunjukkan bahawa mereka telah hilang pertimbangan dan kewajaran serta menunjukkan bahawa mereka langsung tidak memahami penegasan yang dibawa oleh Parti Islam Se Malaysia ini.
Penegasan oleh TGHH bahawa Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS kini, telah menjadi sebahagian daripada Feqah Politik Islam dan kejahilan Umno dan para pemimpinnya bagi memahami perbezaan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala' antara UMNO dalam BN, yang mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu yang beragama Islam, seterusnya menghanyutkan Islam yang sebenar telah menjadikan mereka semakin terpinggir
Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan laporan Utusan Malaysia yang mengandaikan mereka tidak mengiktiraf kepimpinan Dewan Ulama.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sebaliknya berkata, DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama yang merupakan pemantau segala dasar dan perancangan dalaman parti.
Beliau berkata, Utusan Malaysia hanya berniat melaga-lagakan keakraban ketiga-tiga dewan dalam PAS.

"DMPP menyanjung tinggi kepimpinan ulama dan kesal dengan laporan media yang kata muslimat tidak mengiktiraf Dewan Ulama.
"Ini satu propaganda yang dibuat media untuk melaga-lagakan dalaman parti dan menampakkan tiada kesepakatan di antara dewan-dewan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan pengangguhan di Muktamar PAS kali ke- 57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) hari ini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan DMPP mendakwa kepimpinan ulama yang tidak agresif menjadi punca utama golongan tersebut diganti dengan barisan kepimpinan baru yang dilihat pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berharap persepsi tersebut diperbetul segera.
Sementara itu, beliau mengemukakan gagasan untuk memartabatkan kemuliaan golongan wanita di negara ini.
"DMPP kemukakan gagasan sebagai tawaran kepada wanita di negara kita iaitu gagasan untuk memartabatkan kemuliaan wanita di Malaysia.
"Kita ingin lahirkan muslimat yang bukan sahaja berperanan dalam rumahtangga, dalam kerjaya tapi nak melahirkan wanita yang menjadi pemimpin yang bertakwa seharusnya berbeza dengan wanita Umno yang hanya nak memperkasa dari sudut wanita tanpa tekankan ketinggian moral," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Selain itu beliau turut menyeru semua ahli menjalinkan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat.
"Saya menyeru semua ahli parti untuk mengadakan hubungan baik dengan Pakatan Rakyat di semua peringkat dan supaya perancangan dan strategi bersesuaian dengan lokaliti dan muafakat dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti," katanya.

Semarakkan Arahan ini

Posted: 04 Jun 2011 11:05 PM PDT

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir berikutan penerimaan surat dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
"Surat SPR sudah sampai ke pejabat saya untuk memberi taklimat kepada parti-parti politik," jelasnya dalam sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar  Muktamar PAS ke 57.
Justeru, PAS menjangkakan sepanjang enam bulan ini, antara bulan Julai, September dan November adalah 3 tarikh kemungkinan PRU akan diadakan.
Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua peringkat partinya membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran. PAS mempertanggungjawabkan Dewan Pemuda kerana jumlah pengundi terbesar adalah dari golongan muda.
"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda. Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," ujarnya gusar.
"Mesti ada 50% daftar pemilih menandingi parti lawan. Tetapi sekarang 30% pun masih belum dapat," tegasnya memberitahu arahan kerja daftar pemilih telah dikeluar ke kawasan-kawasan.
Menjawab kesediaan PAS berhadapan PRU 13, beliau memberitahu Jabatan Pilihanraya PAS sudah mengeluarkan KPI list (key performance index) bagi dilaksana PAS Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan bagi gerak kerja yang lebih sistematik.
Abdul Halim sebelum itu turut mengingatkan pentingnya PAS mengambil perhatian dan memperbaiki kelemahan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau bagi mempersiapkan diri berhadapan dengan BN/Umno nanti.

Tiada ulasan:

Nuffnang