:: cina islam | 2011 :: |
- Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz
- Pemimpin UMNO bimbang dengan perubahan Pimpinan PAS.
- Majlis Syura dicadangkan buat odit kepimpinan
- PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2
- Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik aziz
- Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS
- PAS rangka pelan kemenangan - Husam
- PAS arah daftar pemilih secara besar-besaran
- Bersiap hadapi serangan baru dari musuh PAS.
- Umno akan jatuh bukan kekuatan Islam sahaja tetapi..
- Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam
- Md Sabu sebab Umno tidur tak lena - Nik Aziz
Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz Posted: 05 Jun 2011 02:08 AM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'. Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. "Jalan menuju Putrajaya makin jelas. "Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi insyaAllah. "Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," katanya. Pada pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding menerima timbalan baru iaitu Mohamad Sabu. Mohamad menang jawatan itu terhadap penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon bertanding, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Mengulas penyertaan Mohamad Sabu yang dilihat bakal memberi energi baru dalam saf hadapan kepimpinan PAS, beliau memberi analogi begini. "Mohamad Sabu ni macam enjin la, drivernya Tuan Guru Haji Hadi, dan kita semua adalah penumpangnya. "Kereta tak jalan walau enjin buka, kena driver tekan minyak juga,"katanya. Berhubung isu ulama-profesional yang dimainkan media Umno pula, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya petanda kabinet baru itu digeruni Umno BN. Sejak keputusan pemilihan semalam, media pro Umno sama ada internet dan media cetak, tidak putus-putus memainkan isu kepimpinan ulama dalam PAS tidak lagi diterima. Majoriti tajuk akhbar mereka hari ini juga menggambarkan PAS tidak lagi islamik kerana mendakwa pemimpin utama didominasi kelompok profesional. "Sebut Islam mesti berkait politik. Bila politk mesti ada kerajaan. Maka untuk ada kerajaan mesti ada profesional. "Dalam PAS, sebut kata ulama automatik profesional, sebut profesional mesti berjiwa ulama. "Yang menduakan barang satu ini adalah Umno, sebab dia ada profesional sahaja tiada ulama. Ulama dalam Umno kena singkir," jelasnya. | ||
Pemimpin UMNO bimbang dengan perubahan Pimpinan PAS. Posted: 05 Jun 2011 01:57 AM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong. Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali. Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN. Jelas pimpinan UMNO tidak nyenyak tidur memikirkan nasib malang yang akan menimpa bila mereka akan kehilangan kuasa dalam PRU ke 13 nanti. Kebimbangan dan ketakutan dengan kepimpinan PAS yang baru oleh pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dipetik berkata berkata kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama Pakatan Rakyat di negara ini. Aneh sungguh ulasan seorang pimpinan yang tidak ada masa depan ini dengan berkata bahawa jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan PAS dilihat semakin kabur dengan memilih kepimpinan baru . Lebih memalukan beliau mempersoalkan tentang hala tuju PAS dalam memperjuangkan Islam. Sedangkan hala tuju UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia entah kemana jatuhnya? Dalam perkembangan yang berkaitan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempelihatkan kebimbangannya tersendiri dengan mendakwa PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa. Khairy juga mendakwa UMNO sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh Pas. Satu kenyatan yang saya anggap "memperbodohkan" dirinya sendiri setelah UMNO berada diambang maut dan akan ditolak oleh rakyat namun masih bersuara dan mendakwa dialah pembela dan jaguh segalanya . Sedangkan UMNOlah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Khairy juga tidak mampu melindungi rasa takut dan kebimbanganya mengenai PAS bila menuduh tanpa asas dengan katanya kami sanggup mengetepikan prinsip semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya. Tidaklah saya mahu memanjangkan cerita mengenai dua orang penting dalam UMNO yang bersuara dalam keadaan kelihatan mereka sangat takut kuasa yang dimiliki akan hilang dengan perlantikan kepimpinan PAS yang baru sempena Muktamar PAS kali ke 57 pada tahun ini. Jelas sekali yang merasakan tidak selesa dengan perubahan pucuk pimpinan PAS ialah pemimpin UMNO. Malah saya tidak tahu apa lagi esok dan lusa serta hari-hari mendatang bentuk ulasan yang menggambarkan mereka rasa bimbang dan takut dengan arus perubahan dalam PAS. Selamat tinggal UMNO dan BN dan bersiaplah kamu untuk jadi pembangkang... DRS, KHALIL IDHAM LIM PARIT BUNTAR, 5 Jun 2011. | ||
Majlis Syura dicadangkan buat odit kepimpinan Posted: 05 Jun 2011 01:51 AM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2 Posted: 05 Jun 2011 01:50 AM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik aziz Posted: 05 Jun 2011 01:49 AM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'. | ||
Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS Posted: 04 Jun 2011 11:43 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu. Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat. "Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu. Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam". MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan. Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing. Malaysiakini/- Ulasan : Berita diatas mencermin tahap keyakinan badan bukan kerajaan dan individu dalam negara kita kepada saf kepimpinan PAS sesi 2011-2013 yang baru dilantik. Semuga dengan kerjasama dan pengembelingan tenaga pelbagai pihak akan mempercepatkan hasrat rakyat untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 13 akan datang. | ||
PAS rangka pelan kemenangan - Husam Posted: 04 Jun 2011 11:32 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - Harakahdaily/- KUALA LUMPUR, 5 Jun: Naib Presiden PAS yang baru terpilih, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Ia adalah antara rangka untuk merealisasikan tema muktamar PAS kali ini, 'Membangun Negara Berkebajikan'. Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing. "Kita akan adakan pelan kemenangan di mana setiap dewan yang akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi," katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak baru-baru ini. Gabungan Selatan, Timur dan Utara Mengulas mengenai kemenangan beliau pada pemilihan kali ini, beliau menganggap ianya adalah kemenangan yang bersifat kolektif. "Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda," ujarnya. Husam yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS. "Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz dari Utara, Salehudin dari Selatan dan saya dari Timur. "Kita perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kita mempunyai kesempatan untuk berbincang di semua peringkat untuk membantu kemenangan," katanya. Perkasa media Beliau menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana. "Saya lihat perlu ada peningkatan kemampuan seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno. "Jika ia boleh berlaku bermakna PAS boleh diharap untuk membawa Malaysia kembali kepada landasan yang baik," ujarnya lagi. Ketika diminta bercakap mengenai gambaran gerak kerja PAS dalam menghadapi PRU-13, beliau menyatakan ia merupakan penekanan yang diberikan secara serius. "Fokus segera kita adalah PRU-13 kerana keadaan politik negara kini berada di persimpangan rejim yang korup daripada semua aspek. "Kita kena meningkatkan kemampuan parti seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno-BN," katanya lagi. Menyentuh ucapan dasar Presiden PAS, beliau merasakan tawaran Negara Berkebajikan adalah munasabah bagi rakyat untuk diterima dan membandingkannya antara tawaran PAS dan Umno | ||
PAS arah daftar pemilih secara besar-besaran Posted: 04 Jun 2011 11:27 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - Harakahdaily KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dengan andaian pilihan raya umum akan diadakan dalam masa enam bulan lagi, PAS mengarahkan semua peringkat partinya agar membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran. Isu ini telah disebutkan segenap peringkat muktamar dan digulung oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) agar pendaftaran pemilih secara besar-besaran dibuat. "Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda. "Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," kata Abdul Halim ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 57. Untuk itu, beliau mengarahkan agar Pemuda Pusat memantau Pemuda Negeri dalam urusan ini manakala Pemuda Negeri pula pantau Pemuda kawasan, seterusnya Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan. "Saya yakin jika ia dilakukan dengan sistematik, kita akan berjaya dan jika kerja ini tidak dibuat, kita akan kalah atau kita tidak akan menang," kata Abdul Halim. Abdul Halim memberikan contoh kelemahan PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau adalah bermula dari PAS tidak mempunyai struktor yang baik di peringkat bawah. "Kalau kita tidak ada cawangan pun, sekurang-kurangnya kita perlu ada jawatankuasa di peringkat Unit Peti Undi (UPU)," kata Abdul Halim. Berhubung dengan perbahagian kerusi pula, Abdul Halim berkata, satu jawatankuasa khas telah dibentuk oleh PAS untuk berunding dengan Pakatan Rakyat. "Kita serahkan pembahagian kerusi ini kepada negeri, mana yang tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri sahaja baru pusat akan campur tangan," kata Abdul Halim. Beliau juga berkata, bagi PAS, pemilihan calon yang boleh menang adalah yang utama baru diikuti oleh jawatan dalam parti | ||
Bersiap hadapi serangan baru dari musuh PAS. Posted: 04 Jun 2011 06:09 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong. Pemilihan pucuk pimpinan PAS untuk sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS kali ke 57 sampai dikemuncaknya bila JK Pemilihan mengumumkan siapakah pemenenag kepada jawatan-jawatan yang telah dipertandingkan iaitu Timbalan Presiden, Naib Presidan dan AJK PAS Pusat. Banyak pihak memberi kenyataan senada dengan kenyataan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya. Presiden PAS menyifatkan barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat. Satu perkara yang penting dengan kempimpinan baru ini ialah memberi satu gambaran dan jawapan bahawa pintu untuk UMNO mendekati PAS dengan isu bergabug untuk kepentingan melayu dan sebagainya sudah semakin tidak relavan. Malah saya rasakan mustahil akan berlaku dalam keadaan kepimpinan yang sangat faham untuk membawa arah tuju parti kepada kemuncak kegemilangannya tanpa menoleh kebelakang kepada janji dan pujukan dari UMNO. Kerana itu saya ingatkan kepada seluruh kepimpinan PAS disemua peringkat serta para penyokongnya untuk sentiasa bersiap sedia mengahadapi serangan baru dari kepimpinan UMNO yang saya anggap dalam keadaan resah dan kecewa . Sebelum ini tidak pernah kita bayangkan serangan dan ancaman kepada perjuangan PAS sampai dikemuncaknya bila UMNO dan BN sanggup melakukan jenayah yang ngeri dalam sejarah politik negara bila Ust. Ibrahim Libya dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Memali. Ingatan kita kepada para syuhada memali mengingatkan bahawa itu UMNO yang sebenarnya. Dalam konteks Pakaran Rakyat kita juga tidak pernah bayangkan bagaimana serangan yang dilakukan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan siri tuduhan liwat dan terakhir dengan video palsu yang dikaitkan dengan beliau. Semunya itu menjadi ingatan kepada PAS bahawa UMNO sesungguhnya akan melakukan apa saja tindakan yang pada mulanya tidak masuk akal namun semunya menjadi "halal" demi untuk kekal berkuasa. Sesuatu yang berada dalam ruang lingkup yang menyalahi hukum agama dan undang-undang negara bukan menjadi batas kepada UMNO untuk mereka lakukan kerana baginya kuasa yang ada ditangan jangan terlepas ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat. Namun bila memikirkan saf kemimpinan yang mantap dengan Presiden Parti dibantu oleh seorang Timbalan Presiden yang faham dan tahu sangat mengenai sepak terjang UMNO maka saya rasakan PAS akan mampu bertahan dengan apa saja serangan yang bakal mendatang. Apapun segalanya mestilah ditangani dengan cara yang berhemah dan sangat berhati-hati melalui pelbagai cara termasuk kerja-kerja penerangan tanpa rasa jemu dan penat bagi menagkis segala serangan itu. Walaupun medan untuk kita berikan penjelasan amat terbatas dan terhad, tetapi saya yakin ruang yang sedikit itu menjadi terlalu luas bila semua bergerak untuk itu. Arahan Presiden supaya digerakkan jentera parti disemua peringkat untuk menghadapi PRU ke 13 adalah arahan yang sangat jelas dan terarah dalam ucapan dasar yang diucapkan dalam majlis perasmian Jumaat lepas. Kerana itu tidak perlu Munaqasyah atau seminar melainkan semua sudah tahu dan mampu melakukan kerja-kerja pilihanraya bagi memastikan calon-calon PAS menang dimana sahaja kita bertanding. Ayuh bangkitlah wahai seluruh pejuang Islam, dan pastikan BN jadi Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Kenyataan media, DRS. KHALIL IDHAM LIM GOMBAK, 5 Jun 2011. | ||
Umno akan jatuh bukan kekuatan Islam sahaja tetapi.. Posted: 04 Jun 2011 05:22 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam Posted: 04 Jun 2011 05:20 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] -
| ||
Md Sabu sebab Umno tidur tak lena - Nik Aziz Posted: 04 Jun 2011 05:18 PM PDT 3 Rejab 1432H. [MOD] -
|
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan