N50 Dun Sri Muda |
Fw: KENYATAAN AKHBAR 6 MEI 2011 MENTERI BESAR TURUN PADANG, SELAMI DANSELESAIKAN MASALAH RAKYAT Posted: 06 May 2011 07:01 PM PDT KENYATAAN AKHBAR 6 MEI 2011
MENTERI BESAR TURUN PADANG, SELAMI DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT
Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun padang ke Daerah Hulu Langat bagi menyelami, mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.
Pada sesi pagi, Menteri Besar menghadiri perhimpunan pagi bersama kakitangan awam di padang Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 500 orang yang terdiri pegawai kanan kerajaan,ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun.
Pada perhimpunan selama sejam itu, Menteri Besar mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja dengan jujur dan efektif kerana negeri Selangor telah melangkah jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Selepas itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Dewan Bandaran Kajang, untuk mendengar masalah dan cadangan bagi meningkatkan sistem pentadbiran negeri.
Pelbagai masalah yang diajukan termasuk masalah sistem perparitan, keadaan jalan yang teruk dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselia dengan baik.
Menteri Besar, Exco dan Ketua-ketua jabatan kemudian menyertai orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Alang, Beranang. Selepas solat, Menteri Besar makan tengahari bersama jemaah di perkarangan masjid menerusi program Kenduri rakyat.
Beliau kemudian ke Dewan Orang Ramai Semenyih bagi menyampaikan sumbangan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) diikuti sesi dialog dengan orang awam.
Lebih 2,000 hadir sesi dialog itu dan mereka diberi peluang mengajukan pertanyaan secara terus kepada Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK).
Menteri Besar mengarahkan pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan setiap masalah dan aduan yang dikemukakan rakyat pada sesi dialog itu.
Menteri Besar berkata, beliau mengambil berat kekecewaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berlaku kerana perancangan tidak betul oleh pentadbiran terdahulu.
"Kerajaan Negeri akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh," kata Menteri Besar.
Pada sesi petang, Menteri Besar melawat Kilang Sate Haji Samuri di Sungai Ramal Dalam dan dibawa melawat sekitar kilang dan diberi penerangan mengenai latar belakang sate Haji Samuri sehingga menjadi perusahaan besar.
Menteri Besar menyifatkan Haji Samuri sebagai contoh ahli perniagaan sejati yang bermula dari bawah dan kini mempunyai perusahaan besar serta menjadi majikan kepada 500 pekerja.
Program Khas Turun Padang hari ini diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Bandaran Kajang.
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
-- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 www.selangorkini.com.my www.tvselangor.com http://www.youtube.com/user/mbselangor |
Fw: Najib Serlahkan Kebimbangan Dalam Nada Keyakinan UMNO Selangor Posted: 06 May 2011 07:01 PM PDT Kenyataan Media PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR 6hb April 2011 Dato Sri Najib nyata serlahkan kebimbangan dalam keyakinannya menyeru kepimpinan UMNO Selangor 'bangun dari tidur'. Kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu dizahirkan ketika berucap di majlis anjuran Veteran UMNO Malaysia (Selangor) malam semalam di Pusat Konvensyen Shah Alam. Ia dengan jelas menunjukkan nada gelisah dan kebimbangan terhadap kecamukan usaha Najib meyakinan rakyat khususnya orang melayu pada UMNO Selangor. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa UMNO Selangor tidak boleh lagi mengharapkan kawasan majoriti Melayu untuk berpihak kepada UMNO. Ia secara tersirat membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat ke tahap yang selesa disebalik serangan bertali arus UMNO/BN pada Pakatan Rakyat khasnya pada Ketua Umum KeADILAN. Sokongan orang melayu di Satok dan Balingian semasa PRN Sarawak baru baru ini menunjukan orang melayu di Sarawak, juga menolak BN. Realiti itu mencemaskan kepimpinan Najib di Selangor. Walaupun KEMAS dan agensi lain dikudakan membantu mendaftar pengundi baru, menukarkan pengundi Sabah ke kawasan Dun sasaran, ia tetap mengusarkan Najib. Contohnya di rumah sewa seorang sewa orang UMNO di No.16. Jalan Tanjung Resang 30/25A, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, wujud cara tidak beretika memindahkan pengundi. Terdapat lebih 7 pengundi yang tidak tinggal di situ dalam satu rumah. Itulah yang dimaksudkan oleh Najib, 'lakuan dengan cara apapun asalkan menang' KEADILAN Selangor berasakan kebimbangan Najib ini juga timbul di disebabkan pergolakan dalaman BN Selangor dan usaha gigih berterusan Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang konsisten menjaga semua kaum dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Agenda MES ini amat terasa pada rakyat yang benar benar susah sambil ianya dinikmati terus oleh Rakyat Selangor khususnya orang melayu, yang merupakan kaum terbanyak yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Keresahan Najib ini juga berpunca dari masalah krisis kepimpinan UMNO Selangor yang kian meruncing. Perbalahan merebut kuasa dan hasad dengki masih menebal di peringkat Bahagian UMNO Selangor dan kurangnya koordinasi antara UMNO Negeri dan UMNO Bahagian bersama gerak kerja dengan anggota BN seperti MCA. MIC dan PPP. Lewat waktu ini sahaja kalangan anggota BN mencuba untuk berada dalam satu pentas walaupun jelas janggal di kalangan anggotanya - UMNO pendokong parti perkauman manakala rakan MCA nya tidak lagi ber taring. Nyata UMNO Selangor masih dengan perangai lama yang 'gila kuasa' dan menjadi 'abang besar' dalam kalangan kesatuan BN hingga timbul 'rasa dibuli' oleh MCA dan MIC. Seruan dari 'siren kecemasan' Najib ini sama sekali tidak melekakan KEADILAN Selangor. Bahkan menguatkan azam dan tekad untuk terus merancang siri pemantapan jentera parti yang terlatih, kemas dan sistematik untuk membantu rakyat. KEADILAN Selangor akan terus bersama rakan Pakatan Rakyat lain membantu Kerajaan Negeri memperkasakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor fasa terbaru yang mana hasrat membantu rakyat dengan program-program yang dapat meringankan bebanan mereka. Dato Sri Najib boleh terus 'memujuk hati' kalangan UMNO. namum itu tidak dapat menebus dosa UMNO selama 20 tahun kebelakangan yang jelas menebalkan rasa mual rakyat pada UMNO. Sesungguhnya kezaliman UMNO BN tidak akan dilupakan begitu saja oleh mereka yang merasainya. KEADILAN yakin, hati rakyat tidak lagi bersama Najb,UMNO dan BN dulu, kini selamanya. Shuhaimi Hj Shafiei Ketua Penerangan Keadilan Selangor/ Adun Sri Muda |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan