Sabtu, 7 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS Mahu Anwar Teruskan

Posted: 06 May 2011 09:46 PM PDT

Dari Harakah

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun.

Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010.

Tambahnya, manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus.

"Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, di samping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini," ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.

Ini, ujarnya termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan negeri ini antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Ini juga, katanya disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan.

Justeru, tegasnya DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di negara ini dan kita menuntut politik hujah.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Anwar adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan

Posted: 06 May 2011 09:36 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

8 Mei 2011 (Ahad)

Program 1
7.00 – 8.30 mlm – Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Surau Kampong Petaseh, Jelebu

Program 2
8.00 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi

Lokasi: Pekan Simpang Pertang, Jelebu

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Elizabeth Wong Keat Ping
3. YB Hee Loy Sian
4. YB Anthony Loke Siew Fook
5. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Kampong Pilah Tengah, Kuala Pilah

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Anthony Loke Siew Fook
3. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YBhg Zulkefly Muhammad Omar
6. YBhg Siti Aisyah Sheikh Ismail

Kenyataan Rasmi Pimpinan Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia

Posted: 06 May 2011 07:39 PM PDT

Nota Admin

Utusan sekali lagi bertindak melampui batas,mereka kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa. Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan.

Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah,manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang didepannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini,bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid UMNO' sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini.

Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:-

KENYATAAN AKHBAR
8 September 2008

PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang
Melayu.

Sekian, terima kasih.

Y.B. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Y.B. LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)

Y.B. DATO' SERI HJ. ABDUL HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Berikut link format PDF:

Joint Statement BM 8-9-08-1


Tiada ulasan:

Nuffnang