|  DUN BUKIT PAYONG  | 
- PERCUBAAN BUNUH ERDOGAN
- DR JUANDA JANGAN GOPOH!
- DATO' SERI NAJIB, SIAPA PUNCA KEGANASAN ANTARABANGSA?
| Posted: 04 May 2011 11:29 PM PDT 4 Mei - Konvoi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan diserang di mana seorang polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi cedera di Kastamonu di Barat Laut Turki, demikian dilaporkan oleh al-Jazeera dan hurriyetdailynews. Pasukan penyerang menggunakan bom dan melepaskan tembakan terhadap kereta polis yang mengiringi bas yang membawa aktivis utama parti AKP pimpinan Erdogan, namun mereka berjaya melepaskan diri setelah berbelas tembakan di dalam kawasan dipenuhi hutan. Ketika serangan, Erdogan telah berlepas meninggalkan Kastamonu dengan helikopter ke Amasya dalam rangka kempen pilihanraya yang akan berlangsung pada 12 Jun akan datang.    Dalam ceramah kempennya, Erdogan melahirkan rasa sedih beliau ke atas serangan tersebut dan mengaitkan serangan itu dengan gerakan pemisah Turki, sementara ramai komentator di laman al-Jazeera mengaitkan serangan itu dengan pasukan khas Syiria atau Israel lantaran  sikap Erdogan yang dilihat tidak menyebelahi pimpinan kedua-dua buah negara. | ||
| Posted: 04 May 2011 10:50 PM PDT 
 | ||
| DATO' SERI NAJIB, SIAPA PUNCA KEGANASAN ANTARABANGSA? Posted: 04 May 2011 08:54 PM PDT KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib  Tun Razak dengan penuh sedar dan sengaja telah dua kali mengeluarkan  kenyataan yang menghina umat Islam seluruh dunia. Sebelum ini,  ketika membuat lawatan ke Turki, Najib telah meminta masyarakat  antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada penyusunan kuasa di  Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi punca keganasan. Bahkan, lebih terus lagi, Najib mengatakan Ulamak terkemuka dunia, Sheikh Yusof al Qardawi adalah penyokong keganasan. Pengerusi  Asian Federation of Muslim Youth (AFMY), Dato' Ustaz Abu Bakar Chik  berkata, Najib sekali lagi menghina umat Islam apabila beliau menuduh as  Syahid Osama bin Laden, yang dibunuh tentera Amerika adalah menjadi  punca keganasan antarabangsa.   "Najib dengan penuh sedar dan  sengaja menghina umat Islam apabila beliau menuduh as syahid Osama bin  Laden menjadi punca keganasan antarabangsa" "Sebelum ini beliau  telah meminta masyarakat antarabangsa memulau Ikhwanul Muslimin daripada  penyusunan kuasa di Mesir kerana katanya Ikhwanul Muslimin menjadi  punca keganasan bahkan beliau mengatakan Sheikh Yusof al Qardawi adalah  penyokong keganasan,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan  lewat petang semalam, Rabu 4 Mei. Menurutnya, krisis keamanan  dan keselamatan dunia yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh  dasar Barat dan inperialisme mereka yang mahu menguasai dunia lain. Barat  juga, kata beliau, bersekongkol dengan 'konspirasi Yahudi' dan  pelobi-pelobi Kristian untuk menghancurkan bangsa dan agama lain didunia  ini, terutamanya Islam. "Sehingga hari ini krisis keamanan dan  keselamatan dunia adalah disebabkan oleh dasar Barat dan inperialisme  mereka yang mahu menguasai dunia lain yang mereka anggap menentang  kepentingan Barat,  "Konspirasi Yahudi untuk menghancurkan umat  Islam telah bersepakai dengan konspirasi pelobi-pelobi Kristian dan  dalam usaha mereka meneruskan rancangan perang salib ke atas umat  Islam,"jelasnya. Oleh  sebab itulah, beliau yang juga Ahli  Jawatankusa PAS Pusat berkata,  perjanjian Balfore (1948) yang telah  berjaya membawa Yahudi ke Palestin dan membentuk negara haram Israel  yang dipimpin oleh Zionis di bawah naungan Amerika Syarikat dan  sekutu-kutunya. Menurutnya lagi, melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa  Bersatu (PBB), telah dilantik beberapa negara yang mempunyai kuasa  'veto' iaitu, Amerika Syarikat, Great Britain, Rusia dan Perancis untuk  meneruskan 'konspirasi Zionis'.  Katanya, AS dan sekutu-kutunya  kini menggunakan North Atlantic Treaty Organisation (NATO) melancarkan  'imperialisme baru', dengan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan  telah menyerang dan menguasai Afganistan serta Iraq. Oleh itu,  katanya, pendirian Najib yang menuduh secara melulu, tokoh-tokoh yang  menentang kezaliman dan kepentingan Barat, menggambarkan sikap beliau  yang menentang usaha-usaha menegakkan keadilah sejagat berasaskan ajaran  Islam.  Justeru, beliau menyeru umat Islam di Malaysia dan  seluruh dunia, agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh  dunai bagi menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim, yang menjadi tali barut  kepada 'Barat dan Zionis'. "Kita (saya) menyeru kepada umat Islam  agar berdiri teguh dibelakang gerakan Islam diseluruh dunai bagi  menumbangkan kerajaan-kerajaan zalim yang menghina umat Islam dan  menjadi tali barut kepada zionis dan pelobi-pelobi Kristian sedunia."  "AS  dan Yahudi adalah kuasa-kuasa durjana yang menguasai polisi Order Baru  Dunia (New World Order) dan proses globalisasi yang sedang berjalan hari  ini,"tegasnya. Beliau turut mengajak semua semua bangsa dan  agama, memperjuangkan Order Dunia Yang Adil (Just World Order)  berteraskan kedamaian sejagat yang dimajukan oleh Islam. | 
| You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 
 KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.
PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. 

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan