| Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan  suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York  yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana  pelbagai kelemahan yang sedia ada. "Dari pixel yang terdapat pada gambar  itu, jelas ia adalah palsu," kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar  yang berpengalaman dalam imej komposit. Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar  Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di  bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah  ditampal dari imej individu yang lain. Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk  memaparkan berita 'kematian' itu di akhbar utama dunia sedangkan kita  tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang  cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu  mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian  itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah  Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan  pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau?  Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia  dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda? Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula  dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu  Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu?  Tiada apa yang  sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang  seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan  Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi  yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya  sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM. Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di  Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera  sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau  mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah  menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti  Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas. Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri  telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10  tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk  membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka   untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera. Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas  dunia yang berselindung disebalik ciptaan 'keganasan' Al-Qaeda untuk  menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM  di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi  dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan  berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang  tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia,  dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan. 213695
 Wallahua'lam. Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/3103-berita-kematian-osama-bin-laden-palsu
 | 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan