Dato Hj Rosol B Wahid |
Posted: 20 May 2011 12:01 AM PDT Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kekuatan oleh Allah swt untuk mengupdate blog saya ini. Apa yang ingin saya kongsikan berkaitan dengan laman sesawan blogspot ini. Sedar tidak sedar, blog saya ini sudah berusia 3 tahun pada 6 April 2011 yang lalu. Terharu dan terkilan, kerana masih lagi berjalan seperti biasa. Kadang-kadang orang terengganu kata "dok dan" nak update. Tapi, boleh dikatakan boleh bertahan lagi. Insya-Allah. Blog inilah yang menjadi penghubung diantara saya dengan rakyat kalian. Walaupun, saya manusia biasa hanya diberi amanah oleh rakyat mewakili kawasan Ajil. Namun, ianya tidak terhad kepada kawasan Ajil. Malah, ribuan pelawat bukan datang dari kawasan Ajil sahaja. Malah dari dalam dan luar negara. Terima kasih daun kelati saya ucapkan. Saya akui bahawa, blog saya ini tidaklah sehebat blog chek dek iaitu Y.Bhg Tun Mahathir dan blog Dr Mohd Khir Toyo yang sentiasa menyuarakan isu-isu yang bernas. Namun, perbezaan saya dengan beliau adalah sangat jauh. Pengalaman memimpin negara dan negeri. Namun, saya bersyukur dengan apa yang ada. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada blog mahaguru58. Beliau aalah diantara yang mengucapkan salam tahniah diatas kewujudan blog ini. Atas dasar prihatian beliau, dia telah print screen secara tidak langsung mempromosikan blog saya. Terima kasih mahaguru58. http://mahaguru58.blogspot.com/2008/05/dato-hj-rosol-wahid-ajil-assemblyman.html. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan rakan-rakan seperjuangan yang memberi sokongan sehingga saya ke tahap sekarang. Kepada penasihat IT saya disebalik takbir juga, saya ucap terima kasih di atas cadangan bagi mewujudkan blog ini. Memang,sebelum ini tidak terlintas difikiran untuk mengadakan blog sendiri. Namun, diatas nasihat dan bantuan beliau, saya mampu menyediakan informasi dan perbicangan yang membina melalui alam maya. Jika tidak ada ara melintang, blog ini akan bertukar wajah dan informasi yang terkini serta interaktif dari semasa ke semasa. Selaras dengan ulangtahun ke 3, blog saya ini. Akhir kata, salam 1Malaysia buat sahabat-sahabat bloggers yang tidak putus mengunjungi blog ini. |
You are subscribed to email updates from Dato Hj Rosol B Wahid To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan