:: cina islam | 2011 :: |
- Plus Tutup Pusat Operasi Khidmat Pelanggan Tol Ayer Keroh
- 35 Pekerja Binaan Di Afghanistan Maut
- Empat Disyaki Militan Terbunuh Di Yala
- Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan
- Wanita Warga Emas Ke Tali Gantung Edar Ketamin
- Subsidi IPP Akan Disemak Semula
- Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik
- Remaja cipta motosikal Transformers
- Wajah kekasih Terminator disiar
- CAT bantu penganggur diberhenti kerja
- Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun
- Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara
- Pakatan yakin tawan semula Perak
- PAS setuju tetapi bukan kesatuan Melayu saja
- Jepun dilanda kemelesetan ekonomi
- Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding
- Ferguson cari tiga bintang baru
- Dimaki, diugut akibat tegur jiran
- Calon Ketua Muslimat tiada
- Krisis di Libya makin kritikal
- Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi
- Van Persie bakal dapat gaji setanding Fabregas
- Penduduk Setinggan Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak
- Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam
- Perangkap andartu Awang Hitam
Plus Tutup Pusat Operasi Khidmat Pelanggan Tol Ayer Keroh Posted: 20 May 2011 02:00 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan menutup sementara operasi Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Ayer Keroh pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai esok. Ia berikutan kerja- kerja menaik taraf plaza tol yang sedang giat dijalankan, menurut PLUS. Penutupan itu juga akan meningkatkan lagi keselesaan pengguna lebuh raya. "Pelanggan masih boleh menambah nilai kad 'Touch N Go' mereka di stesen minyak Petronas di R&R Ayer Keroh (arah Utara) atau Lorong Tambah Nilai di Plaza Tol Simpang Ampat (lorong masuk) atau di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di Plaza Tol Yong Peng Utara," kata PLUS. Tv Selangor/- |
35 Pekerja Binaan Di Afghanistan Maut Posted: 20 May 2011 01:30 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KHOST: Sekurang-kurangnya 35 pekerja pembinaan terbunuh dan 24 lagi cedera dalam satu serangan yang dilancarkan oleh pemberontak Taliban di selatan Afghanistan. Pegawai kerajaan, Abdullah Durani berkata, 10 anggota militan turut terbunuh dan 13 lagi pekerja binaan masih hilang selepas berlaku serangan di daerah Zadran, wilayah Paktia itu kelmarin. Taliban mengesahkan membunuh ramai pekerja pembinaan itu, tetapi menafikan mengambil mereka sebagai tebusan, menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahidin. – REUTERS |
Empat Disyaki Militan Terbunuh Di Yala Posted: 20 May 2011 01:25 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - BANGKOK: Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala pada Jumaat. Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi. "Mereka yang mula melepaskan tembakan dan menghalakan peluru ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya," katanya. Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identiti mangsa keempat masih belum diketahui. Beliau berkata pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu. Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- tujuh tahun lepas. - BERNAMA |
Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan Posted: 20 May 2011 01:00 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 20 MEI : Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah sesuatu pertubuhan bukannya bingkas mengugut untuk mengharamkan mana- mana pertubuhan yang berdaftar dibawahnya. RoS juga didesak melatih semula pegawai mereka supaya meneliti terlebih dahulu sebarang aduan yang diterima sebelum mengambil tindakan seraya menggambarkan ia tidak ubah seperti alat kepada kerajaan pemerintah, mahu menguburkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata demikian mengulas tindakan gelojoh RoS menghantar notis mahu membatalkan pendaftaran parti itu, kononnya melanggar peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR kerana memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti. "Mereka tidak professional, tidak membuat semakan yang teliti dan seharusnya mereka perlu menghalusi peruntukkan parti berkenaan, sekiranya ada kes ambil penjelasan dulu daripada kedua-dua pihak selepas itu baru cari jalan pendamaian, sekalipun telah melanggari peraturan kita ada banyak jalan penyelesaian," katanya. Menurut Teng, tindakan disiplin dalam parti adalah perkara biasa dan bukan PKR sahaja yang mempunyai masalah dalaman tetapi semua parti termasuk UMNO BN. "Kalau ada aduan itu biasa, tapi kalau jabatan pendaftaran mahu ambil tindakan drastik untuk membatalkan pendaftaran sesebuah parti politik kerana ada aduan, saya rasa mereka akan sibuklah sebab semua parti ada masalah, UMNO pun ada masalah parti dalaman," katanya. Sebagai reaksi kepada tindakan RoS yang mensabitkan dakwaan rapuh terhadap PKR, parti itu bertindak membuat sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana menjelaskan kekeliruan yang timbul. Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin". Fasal 32 memerincikan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti. Malah Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal dan bukan Rajagopal a/l Andaikkalam seperti yang didakwa RoS. Mengulas lanjut isu ini, Teng tidak menolak bahawa tindakan drastik RoS disulami unsur sabotaj berikutan tuduhan seperti ini tidak pernah dilakukan terhadap parti-parti lain. Tambahnya lagi, DAP dan PAS tidak ada masalah untuk meminjamkan logo parti mereka kepada PKR jika RoS tetap mahu membatalkan pendaftaran parti itu, namun beliau percaya PKR akan buat pendaftaran parti yang baru kerana PKR mempunyai falsafah dan identiti tersendiri. "Saya kira rakan parti dalam Pakatan (PAS&DAP) sudah pasti sudi untuk meminjam lambang kita untuk rakan kita dari PKR untuk bertanding," ujar Teng. Tv Selangor/- |
Wanita Warga Emas Ke Tali Gantung Edar Ketamin Posted: 20 May 2011 12:40 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 20 MEI : Seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lepas. Hukuman itu diputuskan setelah Hakim Noor Azian Shaari berpuas hati bahawa tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Fazila dikesan membawa ketamin di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kira-kira jam 2.30 petang pada 13 Februari 2009. Wanita beranak tiga itu didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana berasal daripada keluarga susah. "Keterangan tertuduh penuh dengan percanggahan, tidak konsisten, lebih kepada rekaan dan difikirkan semula. Saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan tertuduh didapati bersalah. "Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat mana nak kerja, nama majikan dan ada permit kerja. Tertuduh juga dikatakan berumur 64 tahun tetapi berdasarkan penampilannya, umur tertuduh dilihat lebih daripada 64 tahun, jadi tidak mungkin ada orang yang nak ambil dia bekerja sebagai pembantu rumah. "Hanya ada satu hukuman sahaja iaitu tertuduh digantung sampai mati," katanya. Sejurus Noor Azian membacakan keputusannya, Fazila Bee yang memakai t-shirt putih, berseluar sukan dan bertudung hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan oleh peguamnya K.A.Ramu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Fazila Bee dilihat menangis sambil mengangkat tangan seperti berdoa. Tertuduh juga dilihat berterusan menangis sambil memegang sehelai tuala kecil dan berdoa ketika diiringi anggota polis keluar dari mahkamah. Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar. Tv Selangor/- |
Subsidi IPP Akan Disemak Semula Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 20 MEI : Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala. Malaysiakini melaporkan, buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat. Menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula. "Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya. Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin. "Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian," kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Didesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: "Sudah, tentu," tetapi tidak mahu mengulas lanjut. Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual. Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga diskaun. Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion. Tv Selangor/- |
Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik Posted: 20 May 2011 12:00 AM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - MOHD Hafiq Abdullah menunjukkan pokok rhu dan kelapa yang tumbang akibat dipukul ombak di pantai Terengganu. GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun. Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit. "Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan. "Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi. Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun. Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil. "Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan. "Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia," katanya. |
Remaja cipta motosikal Transformers Posted: 19 May 2011 11:00 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - MOTOSIKAL Uno III Streetbike yang belum berubah bentuk. BENTUK motosikal Uno III Streetbike selepas berubah bentuk. MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3. Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk. Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang. Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. Agensi |
Wajah kekasih Terminator disiar Posted: 19 May 2011 10:00 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LOS ANGELES - Wajah amah Mildred Baena yang melahirkan anak luar nikah pelakon terkenal yang pernah menjadi gabenor California, Arnold Schwarzenegger disiarkan media kelmarin. Anak luar nikah itu dilahirkan lima hari selepas anak keempat Schwarzenegger dilahirkan oleh isterinya ketika itu Maria Shriver. Shriver kini sudah berpisah pada Januari lalu ekoran pengakuan Schwarzenegger mengenai skandal tersebut. Anak luar nikah itu dilahirkan pada 2 Oktober 1997 seperti yang tercatat dalam dokumen sijil kelahiran. Shriver, 55, pula melahirkan anak Schwarzenegger, Christopher pada 27 September tahun sama. Laman web TMZ yang menunjukkan bukti sijil kelahiran anak luar nikah Schwarzenegger dan Baena kelmarin tercatat nama Rogelio Baena sebagai bapa kepada anak tersebut. Dokumen penceraian yang difailkan oleh Baena dan Rogelio pada Februari 2008 bagaimanapun menyatakan pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata. Identiti anak luar nikah berusia 13 tahun itu kini dilindungi, namun dia dilihat memiliki persamaan dengan Schwarzenegger terutama bahagian mulut dan giginya. Jiran-jiran menerangkan personaliti remaja tersebut sebagai comel, kelakar dan berwajah tampan, gemar bersukan dan melibatkan diri dalam majlis amal di kawasan rumahnya. Baena yang bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Schwarzenegger dan Shriver sejak lebih 20 tahun lalu menerima bayaran sebanyak AS$1,200 (RM3,636) setiap minggu. Dia yang mula menjalin hubungan sulit dengan Schwarzenegger sekitar hujung tahun 1990-an melakukan pelbagai tugas termasuk membersihkan rumah, dobi, memasak dan lain-lain sebelum berhenti kerja pada Januari lalu. Baena kini tinggal di rumahnya yang dipercayai dihadiahkan oleh Schwarzenegger berharga AS$243,015 (RM736,456) di Bakersfield di utara Los Angeles. Schwarzenegger mengumumkan perpisahan dengan Shriver minggu lalu selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 25 tahun. Pasangan itu yang berkahwin pada 26 April 1986 di Hyannis, Massachusetts serta mempunyai empat cahaya mata iaitu Katherine, 21, Christina, 19, and Patrick, 17, dan Christopher, 13. Baena yang berasal dari Guatamala kini menjadi buruan media ekoran skandal sulit Schwarzenegger yang menggegarkan dunia hiburan dan politik Amerika Syarikat. Agensi |
CAT bantu penganggur diberhenti kerja Posted: 19 May 2011 09:25 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - GEORGETOWN, 20 Mei: Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang berfungsi sebagai membantu para penganggur yang diberhentikan kerja oleh majikan akan digubal semula peranannya sesuai dengan moto barunya 'My Penang, My Workplace', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Baginya, penggubalan itu sekaligus membantu mereka yang diberhentikan kerja dapat menjalankan aktiviti seperti biasa di samping meningkatkan taraf hidup, mencari peluang baru serta menjana ekonomi agar lebih berjaya pada masa depan. Justeru itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dengan melatih bakat-bakat baru dalam beberapa segi seperti pembangunan sains dan teknologi. Bercakap pada sidang media di Invest Penang, katanya bagi menyasarkan RM6.1 bilion pelaburan tahun 2011 semua pelaksanaan mesti terurus dan inovatif untuk memperolehi tambah nilai yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan teknologi masa kini. Tahun 2010 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia duduki tangga pertama apabila memperolehi pelaburan yang tinggi iaitu RM12.2 bilion. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Gartner pada Septerber 2010 menunjukan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurut daripada 31.5 peratus tahun 2010 ke 4.6 peratus tahun 2011. "Maka penggabungan dan penyatuan merupakan langkah terbaik untuk menjamin rekod pertambahan tahun lalu supaya pengurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah yang boleh merosakan industri. "RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang membolehkan penjanaan 21,000 peluang pekerjaan baru di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar," tambahnya. Oleh itu, katanya kerajaan negeri melalui Invest Penang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran (SME), Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi semua halangan yang mendatang. Dari situ sambung Lim lagi, SMART yang ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut. "Kerajaan Negeri melalui Invest Penang sedang merancang program seperti menubuhkan SME, SMART dan CAT supaya perjalanan semua pusat itu membantu pengembangan perniagaan yang sedia ada bagi menghindarkan terjadinya kejatuhan ekonomi, " tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Balik Pulau. Harakahdaily/- Oleh : Mohd Sabri Said |
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun Posted: 19 May 2011 09:20 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi. Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar. Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP |
Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara Posted: 19 May 2011 09:00 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam. Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa. TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi. Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo. Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542. Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda. Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan. KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence. Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut. Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci. Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. Agensi |
Pakatan yakin tawan semula Perak Posted: 19 May 2011 08:53 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini. Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini. Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman. Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai. Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat memerintah selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya diselesaikan dengan baik. Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang. "Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, pemberian sagu hati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah, meneruskan penubuhan jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi," ujarnya. Khalil yang juga Adun Titi Serong mendakwa kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya. "Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri kepada keluarga sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji sahaja," katanya lagi. Menurutnya, legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak merindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan seperti mana pada Mac 2008 lalu. Tambahnya, BN tetap akan ditolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal berkuasa sedangkan merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan Malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah. "PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak di semua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat. "Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaannya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN," katanya. Tambahan pula, katanya dengan ledakan maklumat melalui internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di Perak. "Rakyat semua bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri Perak," katanya. Harakahdaily |
PAS setuju tetapi bukan kesatuan Melayu saja Posted: 19 May 2011 08:45 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu semata-mata tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam. AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan 'agama itu nasihat', semangat 'at-Tawaasi- ingat mengingait' dan 'at-Tadaafu'-semak dan imbang' seperti yang tuntut al-Quran. "Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau. Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan." Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu. Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh. "Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik," katanya kepada Harakadaily. Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:- (i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau 'governance' yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu. (ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai 'Rahmatan lilL 'Aalamin' rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan 'dominasi' dan 'menindas' kaum dan agama lain. Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini. (iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja 'politik jelek, keji dan jijik' dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini. Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa. (iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing. Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi 'berpendapatan sederhana', jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system 'delivery' kerana rasuah dan salah guna kuasa. Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan 'At-Ta'awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan. (v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa'tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT. "Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!" tegas Dr Dzulkefly lagi. Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam. "Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam. "Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah "Rahmatan lIlL'," kata beliau lagi. Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini. "Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily. Harakahdaily |
Jepun dilanda kemelesetan ekonomi Posted: 19 May 2011 08:30 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - TOKYO - Jepun mengalami kemelesetan ekonomi yang jauh lebih teruk daripada jangkaan awal dalam suku pertama tahun ini selepas negara itu dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu. Kabinet negara itu melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut kepada 0.9 peratus dengan jangkaan kadar kuncupan tahunan setinggi 3.7 peratus akibat kejatuhan dalam perbelanjaan domestik. Menteri Ekonomi, Kaoru Yosano berkata, ekonomi negara itu dijangka terus merosot pada masa ini tetapi diyakini meningkat kembali jika ada permintaan berterusan terhadap projek pembinaan semula struktur binaan yang telah musnah di negara tersebut. Bank pusat Jepun turut menjangka pertumbuhan ekonomi negara tersebut akan meningkat sedikit secara perlahan pada suku tahun kedua walaupun dilanda pelbagai halangan seperti krisis di loji nuklear dan kekurangan bekalan tenaga. Sinar Harian/- |
Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding Posted: 19 May 2011 08:20 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut. Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut. "Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini. Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut. Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu. Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda. Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya. Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini. Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan. Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan. "Malam tadi kita membuat keputusan terbuka. "Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih. "Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya. Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan. Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya. Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Ketua 1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz 2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB 3. Nasruddin Hassan, usaz 4. Suhaizan Kaiat Timbalan Ketua 1. Ahmad Sabki 2. Azman Shafawi 3. Firdaus Jaafar, YB 4. Mohd Nor Hamzah, YB 5. Nasaruddin Hassan 6. Nik Abduh Nik Aziz 7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 8. Riduan Mohd Nor 9. Suhaizan Kaiat Naib Ketua 1. Azman Shafawi, Ustaz 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Kamaruzaman Mohamad 4. Khairi Faizi Kamil 5. Mohd Nor Hamzah 6. Mohd Sany Hamzan 7. Nasir Zakaria, YB 8. Nik Abduh Nik Aziz 9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 10. Riduan Mohd Nor 11. Sabki Yusof 12. Suhaizan Kaiat Harakahdaily/- Oleh : Nazri Abdullah |
Ferguson cari tiga bintang baru Posted: 19 May 2011 08:00 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini sedang mencari tiga bintang baru untuk dibawa masuk ke Old Trafford bagi menghadapi saingan musim depan. Langkah yang diambil oleh Ferguson itu adalah untuk mengukuhkan skuad kendaliannya yang bakal kehilangan khidmat beberapa tonggak utama. Penjaga gol skuad The Red Devils, Edwin van der Sar bakal mengakhiri kariernya hujung musim ini, manakala tonggak pertahanan, Gary Neville telah mengumumkan persaraannya. Seorang lagi pemain vateran United, Paul Scholes pula kini sudah mula berbicara untuk mena- matkan kariernya. "Kami sudah ada beberapa calon pemain yang difikirkan layak untuk beraksi bersama kami mu- sim depan. Kami berharap dapat membawa masuk mereka ke sini (Old Trafford). "Ketika ini Ryan Giggs dan Scholes sudah se- makin hampir untuk menamatkan karier mereka, manakala Neville pula sudah bersara. Sama seperti van der Sar yang akan bersara pada penghujung musim ini. "Jadi... kami perlu mencari beberapa pemain baru bagi menggantikan mereka sebagai perse- diaan untuk masa akan datang. "Saya sedang mencari tiga pemain yang mampu memenuhi kriteria-kriteria yang kami perlukan," jelas Ferguson. Agensi |
Dimaki, diugut akibat tegur jiran Posted: 19 May 2011 07:45 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - AMPANGAN – Hanya kerana menegur jiran sebelah yang dilihat kurang prihatin meletakkan bahan binaan untuk mengubahsuai rumahnya sesuka hati, seorang ibu tunggal dimaki hamun selain turut diugut akan dipukul. Tidak tahan dengan karenah jiran yang suka membuat kacau, ibu tunggal terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahara akhirnya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya. Malah, kerja pengubahsuaian yang dilakukan jirannya itu menyebabkan bumbung dan syiling rumahnya mula mengalami kerosakan. "Saya dan anak sampai di rumah kira-kira jam 5 petang dan secara tiba-tiba ditegur dengan kasar oleh jiran terbabit. Saya memberitahunya air telah masuk ke garaj rumah saya akibat kerja pengubahsuaian yang sedang dilakukan. "Jiran saya itu mengatakan kontraktor masih belum menyiapkan kerja tersebut dan saya turut dituduh menggunakan bomoh Siam disebabkan semua orang sudah tahu. Saya juga mempunyai perasaan dan melawan cakap jiran itu," katanya. Disebabkan tidak mahu perkara itu berlarutan, anak Zahara menghubungi pihak polis dan dia diminta untuk membuat laporan di balai polis sebelum beberapa pegawainya datang membuat tinjauan. Malah katanya, sebelum ini juga, beberapa laporan polis dan aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dibuat, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil. "Anak saya turut menghubungi MPS bagi menyatakan rasa tidak puas hati disebabkan jiran telah membina dinding di sempadan rumah tanpa kebenaran bertulis. "Selepas itu, MPS menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Bangunan dan notis meroboh serta kompaun telah dikeluarkan. "Namun, kerja pengubahsuaian terus dilakukan dan saya harap MPS dapat mengambil tindakan seperti apa yang dimaklumkan," katanya. Zahara berkata, sekiranya perkara ini berlarutan, dia dan anaknya berkemungkinan akan membawanya ke mahkamah berikutan keselesaannya untuk terus tinggal di situ terjejas. Selain itu katanya, dia percaya nilai rumahnya juga turut jatuh jika jirannya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang terpaksa ditanggungnya itu. "Saya mahu jiran saya bertanggungjawab dan membaik pulih rumah saya secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya. Sinar Harian/- |
Posted: 19 May 2011 07:30 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM – Jawatan Ketua Muslimat Pas masih menjadi teka-teki kerana mereka yang dicalonkan untuk jawatan tersebut belum buat keputusan rasmi. Mereka yang dicalonkan ialah ketuanya, Nuridah Salleh, timbalan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof, pengarah pilihan raya (Muslimat), Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja (Muslimat), Dr Asiah Ali. Keempat-empat mereka turut dicalonkan bagi jawatan timbalan ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa kerja sayap muslimat parti itu. Siti Zailah, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau belum membuat keputusan kerana masih menunggu surat tawaran pencalonan pemilihan parti. Katanya, pimpinan muslimat memerlukan gandingan generasi baru dan lama bagi memantapkan sayap parti itu. Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata akan mengadakan perbincangan pada hujung minggu ini sama ada untuk bertanding atau sebaliknya. "Kebiasaannya, keputusan untuk menerima atau sebaliknya pencalonan itu bergantung kepada keperluan parti," katanya. Sinar Harian/- |
Krisis di Libya makin kritikal Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 19 Mei: Krisis yang berlarutan di Libya kini menjadi amat kritikal, apabila pemerintah diktator Libya, Muammar Ghadafi terus melakukan serangan dan kekejaman terhadap rakyatnya, walaupun berhadapan dengan serangan tentera NATO yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain. Sehubungan itu, ratusan orang awam terbunuh dan cedera setiap hari akibat serangan yang dilalukkan oleh tentera yang setia kepada rejim diktator itu. Ketua Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kota Benghazi yang merupakan kota kedua terbesar di Libya kini menjadi 'markas tentera revolusi rakyat' bagi menentang Ghadafi. Menurut beliau, terlalu banyak kesan kemusnahan yang berlaku di sekitar kota tersebut akibat pertempuran yang berlaku antara tentera rejim Ghadafi dengan 'tentera rakyat' yang bangkit menentang rejim kejam itu. Katanya, ribuan anak-anak muda bangkit di kota Benghazi dengan keluar beramai-ramai secara aman ke jalan-jalanraya untuk menumbangkan pemerintahan rejim Ghadafi, dengan berbekalkan semangat kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir. "Mereka hanya bersenjatakan slogan 'keluar kamu dari Libya' dan 'kuasa rakyat' serta mengadakan demonstrasi membantah kekejaman rejim diktator itu," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Beliau yang turut berkunjung ke Cairo hari ini untuk menghadiri mesyuarat gerakan Islam sempena pelancaran parti baru Ikhwan Muslimin Mesir berkata, pemuda-pemuda itu akhirnya telah berjaya menumbangkan pentadbiran tentera yang setia kepada Ghadafi. Katanya, yang penting, 'rasa takut' mereka telah hilang demi mengembalikan maruah dan mendapatkan kembali hak serta kebebasan mereka. "Semasa kunjungan singkat saya ke sana, saya dapat melihat ratusan anak-anak muda yang sedang berbaris di kem tentera untuk mendaftar diri menjadi sukarelawan bagi menentang tentera Ghadafi. "Mereka berbaris berjam-jam hanya untuk mendapatkan giliran bagi dilatih menggunakan senjata-senjata ringan seperti pistol dan senapang yang ditinggalkan oleh tentera Ghadafi yang belot dan kini berjuang bersama rakyat," katanya. Walaupun serba kekurangan semasa menghadapi ancaman serangan dari tentera Ghadafi, menurut beliau, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda itu adalah amat tinggi. Matlamat utama mereka adalah membebaskan Libya dan rakyatnya dari kekejaman rejim kuku besi Ghadafi yang telah berkuasa lebih 40 tahun. 'Tentera rakyat' yang diwujudkan itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari petani, buruh dan penganggur membawa kepada pensyarah universiti, doktor dan ahli korporat yang kesemuanya bersatu dengan satu tekad untuk membebaskan bumi Libya dari kekejaman Ghadafi. Menurutnya, dari sudut kemanusiaan pula, menurut pegawai perubatan dan kumpulan hak asasi manusia yang sempat ditemuinya, sejak kebangkitan rakyat berlaku di seluruh Libya, dianggarkan lebih 2000 penduduk awam telah terbunuh dan lebih 5000 orang awam kini menjadi tahanan di bawah tentera Ghadafi. Di dua hospital terbesar di kota Benghazi, doktor-doktor kini berhadapan dengan kekurangan ubat dan kelengkapan perubatan bagi menampung mangsa yang tercedera dalam pertempuran yang berterusan di bandar-bandar yang berdekatan dengan Benghazi. Kota Misarata yang terletak di barat Benghazi kini masih terus menjadi medan pertempuran yang sengit antara tentera rakyat dan tentera rejim Ghadafi. "Ramai rakyat awam yang cedera dan terpaksa dipindahkan dan kini ditempatkan di Hospital Benghazi. Doktor-doktor dan pegawai perubatan terpaksa berkerja siang dan malam bagi menyelamatkan nyawa ratusan rakyat awam yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Ghadafi. "Sebahagian dari mangsa yang tercedera juga sempat dipindahkan ke hospitak di Turki melalui kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh kerajaan Turki," jelasnya. Kini, katanya, Benghazi ditadbir di bawah kerajaan sementara yang menubuhkan 'majlis syura kepimpinan negara' yang diwakili oleh pimpinan masyarakat serta wakil-wakil kabilah yang berpengaruh. Segala urusan harian kerajaan di Benghazi ditadbir di bawah majlis itu dengan bantuan serta sokongan majoriti rakyat di seluruh Benghazi. "Seluruh lapisan masyarakat di Benghazi telah memberikan kerjasama yang baik, walaupun mereka menghadapi pelbagai ancaman serta serba kekurangan akibat konflik yang berlaku," jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Manakala di peringkat antarabangsa, negara-negara Barat pula telah mengambil ketetapan terhadap keputusan yang dibuat pada sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Mac 2011, dengan Amerika Syarikat berserta Britain dan Perancis telah mendapatkan kebenaran untuk menyerang dan mengebom Libya melalui 'Operasi Odyssey Dawn'. Mandat yang diluluskan oleh PBB itu, katanya, adalah untuk memaksa Ghadafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri dan berundur dari jawatan beliau. Ia bertujuan untuk menyelamatkan rakyat Libya dari pembunuhan beramai-ramai tentera rejim Ghadafi serta mengenakan tekanan ketenteraan bagi memastikan Ghadafi meletakkan jawatan. "Namun banyak persoalan yang timbul selepas penglibatan Amerika Syarikat dan sekutunya ini. Apakah corak pemerintahan Libya selepas Ghadafi? "Apakah sistem demokrasi akan dilaksanakan di Libya ataupun akan menjadi seperti Afghanistan atau Iraq dengan campurtangan dan penjajahan tentera asing yang berpanjangan di sana? "Bagaimana pula dengan penguasaan hasil minyak dan gas di Libya? Apakah Amerika Syarikat dan Perancis akan turut juga menguasai hasil bumi Libya itu? katanya. Realitinya, jelas beliau, campurtangan kuasa asing itu pada hakikatnya bukan secara mutlak mahu membantu serta menyelamatkan rakyat awam Libya, tetapi ia tidak lebih daripada penguasaan strategik kuasa-kuasa besar ke atas Libya serta mahu menguasai hasil minyak dan gas yang amat penting bagi ekonomi dunia. "Bagi Barat, tidak wujud istilah hak asasi dan kebebasan apabila mereka mempunyai kepentingan strategik serta kekayaan hasil bumi yang Libya miliki," katanya. Namun, rakyat Libya hanya mahukan hak serta maruah mereka dikembalikan. Mereka mahukan kebebasan dan keadilan sepertimana yang dikecapi oleh rakyat di negara-negara Barat. Mereka mahukan hasil kekayaan negara diagihkan secara adil dan telus kepada seluruh rakyat Libya. Mereka juga mahukan suara mereka didengar secara adil. "Bagi saya, 'Kuasa Rakyat' akan menjadi penentu kepada masa depan Libya yang baru," tegas beliau. Harakahdaily/- Oleh : Aziz Muda |
Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam. Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang. Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat. Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi. PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia. Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu. Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa. Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. Agensi |
Van Persie bakal dapat gaji setanding Fabregas Posted: 19 May 2011 07:00 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - LONDON - Arsenal kini dilapor bersedia untuk menjadikan penyerang Belanda, Robin van Persie sebagai salah seorang pemain yang menerima gaji tertinggi kelab tersebut selepas kapten, Cecs Fabregas. Ketika ini van Persie yang telah merekodkan 21 gol dalam saingan musim ini menerima gaji sebanyak £70,000 (kira-kira RM342,000) seminggu dengan kontraknya bersama skuad The Gunners masih berbaki selama dua tahun setengah lagi. Seandainya ia menjadi kenyataan, van Persie dijangka bakal menerima gaji yang sama seperti Fabregas iaitu £90,000 (RM440,000) seminggu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan pihak pengurusan Arsenal dengan van Persie yang dijangka bakal dilakukan sebaik saingan Liga Perdana England musim ini tamat. Agensi |
Penduduk Setinggan Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak Posted: 19 May 2011 06:55 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - IPOH 19 MEI : Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir. Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu. Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular. Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu. Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar. Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama. Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi. Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba. Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular. Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. "Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam. -tvsnews |
Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam Posted: 19 May 2011 06:48 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "Sempena Muktamar ke-57" Firman Allah yang bermaksud: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10)." (Surah Asy-Syams 91:8-10) Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang 'al-amiin' sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar 'boleh diharap' sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan. Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal. Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan 'taqwa.' Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya. Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri. Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira' selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: "Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah." Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang. Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke'Islam'an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak. Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami. Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran. Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera. Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam. Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah. Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat 'berlawan arus' atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang. Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain. Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan 'peribadi Nabi' sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah? Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS. |
Posted: 19 May 2011 06:40 PM PDT 17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Tindakan seorang ahli perniagaan wanita yang sanggup 'terbang' sejauh kira-kira 3,237 kilometer dari Taiwan ke negara ini bagi melaporkan satu kes tipu berjumlah RM380,000 nyata berbaloi apabila dua lelaki Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan Isnin lalu. Bukan itu sahaja, andartu berusia 43 tahun tersebut turut berpuas hati apabila mendapat sebahagian wang ditipu itu iaitu sebanyak RM59,700 hasil kecekapan polis yang menyerbu kediaman ketiga-tiga suspek itu di Cheras dan Serdang Raya, Seri Kembangan dekat sini. Difahamkan, suspek wanita itu merupakan isteri salah seorang lelaki Nigeria berusia 39 tahun yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong. Seorang lagi suspek berusia 26 tahun merupakan pelajar di sebuah kolej di sini. Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, penipuan bermula sebaik mangsa mula menjalinkan hubungan cinta selepas berkenalan dengan suspek bergelar John Miller melalui laman sosial Facebook pada Februari lalu. Katanya, selepas tiga bulan bercinta, suspek mula memperdaya mangsa mengatakan yang dia hendak menghantar bungkusan mengandungi barang berharga bernilai hampir RM4.65 juta sebagai bukti cinta. "Suspek kemudian memberi arahan supaya mangsa memasukkan wang kononnya untuk proses penghantaran. "Mangsa membuat sebanyak tiga transaksi ke dalam akaun milik isteri suspek berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Tambahnya, mangsa akhirnya sedar dia ditipu selepas barang yang dikatakan itu tidak kunjung tiba sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat untuk membuat laporan di pejabat Kedutaan Taiwan di sini pada Februari lalu. Menurut Mohd. Rodwan, selepas disiasat, polis telah menyerbu sebuah apartmen di Cheras dan menahan suspek berusia 26 tahun pada Isnin lalu. "Beberapa jam kemudian, kita menyerbu sebuah rumah teres di Seri Kembangan dan menahan pasangan suami isteri tersebut," katanya. Selain menahan suspek, polis turut merampas sejumlah barangan kemas bernilai RM100,000, peralatan komputer, dokumen, kad kredit, telefon bimbit, wang RM59,700 dan empat buah kenderaan iaitu Honda Civic, Toyota Rush, Honda CRV dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan