Comments for Wee Choo Keong |
- Comment on Issues for your MP by Azman
- Comment on Complaints for DBKL by Yaacob
- Comment on Complaints for DBKL by Yaacob
Comment on Issues for your MP by Azman Posted: 16 May 2011 04:22 AM PDT YB Tuan Wee, Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aduan mengenai pasar pagi di Taman Desa Setapak yang mengganggu ketenteraman penduduk Saya berhasrat untuk membuat aduan mengenai pasar pagi yang beroperasi berdekatan dengan kediaman saya. (Lokasi bertentangan dengan Restoran mamak sBRJ ) Berikut adalah sebab aduan ini: 1) Pasar pagi yang dikatakan itu beroperasi dari hari Selasa hingga Sabtu dari jam 5.30 pagi sehingga 11.00 pagi seringkali mengganggu ketenteraman hidup disebabkan bunyi bising daripada penjaja dan pengunjung di awal pagi dan ianya dibuka amat berhampiran dengan rumah kediaman. 2) Operasi pasar tersebut selalunya meninggalkan sampah sarap dan sisa buangan berupa sayur, daging dan barangan reput. Ini menghasilkan bau busuk dan dikhuatiri meningkatkan risiko jangkitan penyakit berbahaya kerana sampah sarap yang ditinggalkan menarik perhatian vektor penyakit seperti tikus. 3) Pasar pagi tersebut bukan sahaja mengganggu kenteteraman dan mengotorkan kawasan persekitaran malahan disebabkan sikap penjaja yang tidak bertoleransi meletakkan gerai mereka di atas jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas. 4) Saya mendapat tahu bahawa terdapat gerai menjual daging khizir di pasar pagi ini. Situasi ini amat tidak menyenangkan saya dan penduduk Muslim yang lain. Dengan itu saya berharap pihak tuan akan mengambil tindakan serta merta untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama membelenggu penduduk di taman ini. Dengan itu saya sertakan sekian terima kasih kepada pihak tuan. Terima kasih. |
Comment on Complaints for DBKL by Yaacob Posted: 15 May 2011 08:48 PM PDT Peggy KAWASAN TIDAK DI SELENGGARA DENGAN BAIK DAN MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK DAN HAIWAN BERBISA. Saya merujuk kepada perkara di atas dan aduan Sdri. Pihak DBKL mengesahkan bahawa lokasi berkenaan yang berhampiran dengan Taman Genting dan Ria Kondominium bukan terletak di dalam kawasan Wangsa Maju tetapi di bawah kawalan DBKL Setiawangsa, jadinya tidak banyak yang dapat kami bantu. Walaubagaimana pun saya telah memaklumkan kepada DBKL Setiawangsa dan “follow up” dengan surat kepada mereka supaya diambil tindakan terhadap aduan Sdri. Sekiranya Sdri memerlukan makluman lanjut boleh lah menghubungi saya di no. 012 2186929 Terima kasih. Yaacob Abd Hamid |
Comment on Complaints for DBKL by Yaacob Posted: 15 May 2011 08:19 PM PDT James Terima kasih atas aduan maklumat Sdr. Sebagaimana yang saya maklumkan kepada Sdr melalui percakapan saya dan Sdr pagi ini, saya telah menghubungi pihak DBKL Wangsa Maju dan memaklumkan berkenaan aduan Sdr. Pihak DBKL akan membuat pemantauan berkenaan perkara bunyi bising dan kacau ganggu dari peti television hingga jam 1 dan 2 pagi, dan sekiranya benar seperti aduan Sdr maka tindakan notis dan kompaun akan dikenakan terhadap pemilik restoran berkenaan. Dan saya telah menulis surat rasmi kepada pihak DBKL berkenaan aduan Sdr. Sdr boleh terus menghubungi saya (012-2186929) sekiranya kacau ganggu dari bunyi bising tersebut masih berterusan dan kami akan memohon DBKL mengambil tindakan keras terhadap pemilik restoran tersebut. Terima kasih. Yaacob Abd Hamid |
You are subscribed to email updates from Comments for Wee Choo Keong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan