Selasa, 12 April 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EMPAYAR TAIB BERMULA 30 TAHUN LALU

Posted: 12 Apr 2011 10:04 PM PDT

KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.

Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Laporan penuh di SINI


Taib says he has identified his successor
 Malaysian Insider
April 12, 2011


KUCHING, April 12 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today he has identified his successor, but did not name the person.

Saying that he has groomed his successor for 20 years, he said the person replacing him must be acceptable not only to the Sarawak Barisan Nasional (BN) but also the people.

He said he must choose the best person to take over from him, one who could work as a team.

The team taking over must be able to work together to ensure that all government policies and plans were implemented smoothly, he added.

On the view that he had been chief minister for too long, Taib said he chose to stay after the 2006 state election because the SUPP lost several seats and he had to "groom new talents."

Read more HERE

SPIRITUAL PRESENT FOR YOU

Posted: 12 Apr 2011 08:12 AM PDT

Tazkirah for all of us

MENTERI BN HABIS MODAL?

Posted: 12 Apr 2011 06:20 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
APRIL 12, 2011 (SELASA)
KERAJAAN SELANGOR SANGAT KECEWA ATAS KENYATAAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Kerajaan Selangor sangat kecewa di atas kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga merupakan Timbalan Perdana Mneteri Malaysia yang juga merupakan orang nombor dua yang seolah-olah mengugut guru-guru khususnya di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihanraya. Malaysia sebagai Negara yang dikatakan mempraktikkan demokrasi sepatutnya tidak memperlihat tindakan terdesak Menteri Pelajaran untuk menyelamatkan BN daripada tumbang di Sarawak. Guru-guru adalah individu yang mempunyai hak asasi seperti rakyat lain. Justeru itu, guru-guru mempunyai hak untuk memiliki sesiapa yang mereka mahu untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Saya ingin mengingatkan Menteri Pelajaran supaya menghormati hak guru-guru di seluruh Malaysia. Guru-guru sebagai golongan intelek mesti diberi kebebasan bersuara dan bukan dikongkong oleh Menteri Pelajaran. Saya menyeru guru-guru untuk bangun mempertahankan maruah diri daripada terus ditekan dan diperkotak katikkan Kerajaan BN.


Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi
Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

VOTE FOR CHANGE: SARAWAKIANS EXERCISE THEIR POWER

Posted: 12 Apr 2011 04:16 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang