:: cina islam | 2011 :: |
- Wanita Iran dan Lelaki Nigeria Ditahan
- 13 ditahan kes pintasan kad kredit
- Terdesak dan dalam ketakutan, BN kerah polis jaga sidang DUN Perak.
- Lagi desakan di tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja
- Libya: Dari revolusi ke kancah perang saudara
- Selepas 'You help me' kini 'percayalah saya'
- Gempa landa Fukushima lagi
- Teruskan Mood Tukar Sekarang
- Pengurusan Kes Syabas Saman Kerajaan Selangor Ditetapkan 6 Mei
- 11 Maut Dalam Satu Letupan Di Belarus
- Juruterbang maut helikopter terhempas
- Namakan Bakal Ketua Menteri Sarawak
- Pendakyah sebar risalah ‘Hari Kiamat 21 Mei 2011’
- 139 Sampel Makanan Dari Jepun Patuhi Tahap Radioaktif
- Kerana Sebatang Tiang, Beting Maro Bergelap
- Sidang media jam 11.30 di wisma DAP
- Penduduk Iban luah perasaan marah di depan calon PAS
- Sidang DUN Perak ditangguhkan dan bersambung esok
- Bacaan doa selamat oleh Mufti Perak.
- Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(5)
- TERKINI SIDANG DUN PERAK - Live@Cina Islam
- Macam budak sekolah ?
- Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(4)
- Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(3)
- Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(2)
Wanita Iran dan Lelaki Nigeria Ditahan Posted: 12 Apr 2011 03:24 AM PDT 8 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 12 April – Seorang ibu tunggal dari Iran dan seorang penuntut rakyat Nigeria ditahan selepas tiba di negara ini melalui udara kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM850,000. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supt Abdul Razak Md Zin berkata, dalam kes pertama, wanita Iran itu membawa dadah yang disorok di dalam bengkung dipinggangnya ketika ditahan pada Khamis lepas (7 April) di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang. Beliau berkata, ibu tunggal berusia 44 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan terutama bentuk badan dan gaya beliau berjalan selepas tiba dengan penerbangan dari Teheran pada pukul 11.30 pagi. Hasil pemeriksaan badan, polis menemui lima paket syabu seberat 1.43kg dengan nilai pasaran RM350,000 di dalam bengkung khas yang dipakai wanita yang tidak mempunyai pekerjaan itu, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Pada keesokan harinya, seorang lelaki rakyat Nigeria berusia 32 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 2.30 petang setelah polis menemui dua bungkusan mengandungi syabu seberat 2.1 kg bernilai RM500,000 di sembunyikan dalam beg pakaiannya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang dalam pengajian Bahasa Inggeris. Bernama |
13 ditahan kes pintasan kad kredit Posted: 12 Apr 2011 02:55 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 individu termasuk tujuh orang posmen dan seorang pembantu am Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pintasan dan pemalsuan kad kredit membabitkan kerugian hampir RM1 juta. Mereka yang berumur lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Cheras, secara berasingan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, dari 1 hingga 9 April lalu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata selain pekerja Pos Malaysia dan JPN, lima lagi yang ditahan adalah penganggur yang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita. "Semua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini sejak 2009. Tangkapan pertama telah dibuat pada 1 April lepas, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras," katanya. Amar Singh berkata lelaki itu ditahan kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita. "Pejabat Pos telah menghubungi wanita itu yang menafikan dia telah mendapat kad kredit yang dipohonnya. "Pemeriksaan mendapati, suspek turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan (wanita) itu bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan," katanya. Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan lelaki terbabit dan pemeriksaan ke atasnya, polis menemui 10 keping kad kredit pelbagai bank yang dipercayai palsu. "Sindiket itu akan menggunakan posmen bagi memintas kad kredit mangsa dan posmen terbabit akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit yang berjaya dipintas," katanya. Beliau berkata sindiket itu kemudian akan mengeluarkan cip yang ada pada kad kredit asal dan meletakkan pada kad kredit lain. "Seterusnya kad kredit asal akan ditampal dengan cip yang palsu sebelum kad kredit itu dipulangkan semula kepada pemilik secara pos. "Suspek yang bekerja di JPN pula akan mengesahkan identiti sebenar pemilik kad kredit itu sebelum kad itu disahkan dan seterusnya dapat digunakan kumpulan terbabit," katanya. Susulan penahanan semua suspek itu, polis turut berjaya merampas sebuah kereta, 19 telefon bimbit dan 11 sampul surat yang mengandungi kad kredit. - BERNAMA |
Terdesak dan dalam ketakutan, BN kerah polis jaga sidang DUN Perak. Posted: 12 Apr 2011 02:37 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Dalam sidang media yang diadakan selepas sidang hari ini ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dengan dipetik berkata tidak kurang 100 orang polis yang berada dalam luar dewan dan kelihatan polis mnenurunkan gedjet untuk merakamkan sidang hari ini . saya dihalang oleh 3 orang polis dan cuba scan dan saya membantah kerana mereka tidak ada hak menghalang kami masuk dewan. Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis. Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada sidang media di parlimen beberapa minggu lalu berkata, jaminan itu diminta Pakatan Rakyat ekoran setiap kali berlangsungnya sidang DUN di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat. Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK). "Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami. Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya. Namun begitu dari lampiran 4 gambar yang saya ambil secara rambang dibeberapa sudut sekitar pintu masuk dewan negeri Perak dan pintu masuk bangunan SUK Perak menunjukkan masih ramai yang berkeliaran dalam bangunan dan dalam bangunan pada sidang DUN Perak hari ini. Demikianlah siri pelanggaran demokrasi dan undang-undang yang sedia ada selepas rampasan kuasa di Perak sejak 6 Februari 2009> Sejak dari tarikh itu bila setiap kali sidang DUN berlangsung, Dewan Negeri Perak akan bertukar menjadi "Zon Perang". BN semacam takut kepada bayang-bayangnya sendiri dengan mengerah pasukan keselamatahn yang sepatutnya menguruskan soal rakyat yang lebih penting dan perlu diutamakan bukannya mengikut telunjuk pemimpin BN Perak yang terdesak dan dalam ketakutan. DRS. KHALIL IDHAM LIM ADUN Titi Serong. |
Lagi desakan di tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Posted: 12 Apr 2011 02:23 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PEMUDA PAS PARIT Parit , 11 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar satu suruhanjaya diraja dibentuk dengan segera untuk menyiasat kematian seorang Pegawai Kanan Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang berasal dari Kg Talang, Lambor Kanan, Parit Perak. Mangsa telah ditemui mati di banggunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur setelah hadir kepejabat itu pada 6 April yang lalu untuk membantu penyiasatan SPRM terhadap beliau. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Syah Hakimi "Kita menggesa suruhanjaya diraja ini dibentuk dengan segera untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham yang berasal dari Parit ini. Tindakan kerajaan yang dilihat melengah-lengahkan penubuhan suruhanjaya ini dilihat satu kegagalan besar pentadbiran kerajaan selain menimbulkan spekulasi yang berterusan dari orang ramai." Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah yasin di kampung Allahyarham di Kg Talang, Lambor Kanan, Parit pada hari Khamis malam Jumaat ini iaitu 14 April 2011. Seluruh masyarakat kampung dan rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran dijemput untuk bersama menghadiri majlis tersebut untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham. |
Libya: Dari revolusi ke kancah perang saudara Posted: 12 Apr 2011 02:00 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Pemimpin Libya, Muammar Ghadafi memang menunggu saat kejatuhannya. Tetapi kejatuhan Ghadafi tidak secepat kejatuhan Ben Ali Tunisia dan Hosni Mubarak, Mesir. Bukan setakat Ghadafi yang menunggu saat digulingkan.Ramai lagi pemimpin-pemimpin dunia Arab yang akan jatuh dan bakal digulingkan oleh rakyat masing-masing, satu demi satu dalam revolusi kebangkitan rakyat yang kini sedang melanda seluruh Timur Tengah. Tiada sesuatupun yang kekal kecuali Allah yang maha pencipta dan begitu jugalah dengan pemerintahan-pemerintahan dimuka bumi ini, akan berakhir apabila tamat tempuhnya. Pemerintahan-pemerintahan di negara-negara yang sedang mengalami kebangkitan rakyat ini akan berubah dan akan mengalami tempuh lupusnya apabila rakyat sudah bosan dengan regim-regim diktator yang zalim dan menindas ini. Pada mulanya dijangkakan nasib Ghadafi sama saja dengan nasib Ben Ali dan Hosni Mubarak, kerana setiap pemerintahan mereka sama sahaja antara satu dengan lain. Zalim, menindas, rasuah, kukubesi dengan menyekat kebebasan bersuara; memenjara penentang politik; memperkosa hak asasi manusia sehingga rakyat sentiasa hidup dalam ketakutan. Ben Ali dan Mubarak tunduk kepada kehendak rakyat walaupun cuba mempertahankan tempuk kuasa mereka, tetapi apabila kelihatan ia tidak mampu bertahan lagi, pemerintah diktator ini membuat exit mereka, tanpa menunggu lebih lama lagi. Mereka meninggalkan takhta kuasa mereka dalam susana penuh penghinaan. Ben Ali dan Mubarak berpaut kepada kuasa melebihi dari had dan batas waktu yang sepatutnya menyebabkan akhirnya mereka hilang segala-galanya. Ghadafi memilih jalan berkonfrantasi berhadapan dengan rakyat menyebabkan Libya kini berada diambang perang saudara. Situasi tidak menentu dan huruhara yang melanda Libya akan memakan masa lebih lama dan memakan korban yang lebih besar. Setakat ini revolusi rakyat Libya yang bangkit menentang Muammar Ghadafi telah dapat menguasai timur Libya termasuk bandar kedua terbesar Benghazi dan beberapa bandar lain dan Ghadafi masih dapat mempertahankan Tripoli, ibunegara Libya. Terdapat juga pihak-pihak yang menyokong Ghadafi dan mereka telah mencuba mengambil semula bandar-bandar dan kedudukan-kedudukan yang kini berada di tangan rakyat. Lebih ramai rakyat Libya yang akan terkorban apabila berlaku pertempuran antara yang bertelagah. Ghadafi melalui ucapan-ucapan yang di siarkan oleh saluran TV pemerintah keras tidak akan tunduk kepada desakan rakyat yang mahukan dia berundur. Ghadafi dan anaknya Saiful Islam sama-sama berdegil tidak akan tunduk kepada desakan rakyat. Wajah Libya bertukar, dari satu kebangkitan rakyat menjadi pertentangan antara rakyat yang menentang dan menyokong Ghadafi, termasuk pasukan-pasukan tentera, ada yang bersama dengan kebangkitan rakyat dan ada pula yang masih setia dengan Ghadafi. Keadaan ini telah mencetuskan implikasi lebih buruk apabila Ghadafi menggunakan jet-jet pejuang tentera udaranya untuk melakukan serangan terhadap kedudukan–kedudukan pro kebangkitan rakyat yang kini menguasai sebahagian besar wilayah Libya. Akibat dari keengganan Ghadafi menyerah kepada desakan revolusi kebangkitan rakyat, dimensi dari satu kebangkitan berubah menjadi peperangan terbuka yang akan memakan masa yang lebih lama bergantung sejauh mana keupayaan Ghadafi mempertahankan dirinya. Masyarakat antarabangsa melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan beberpa resolusi bagi menekan Ghadafi untuk tunduk kepada tekanan dan akur dengan kehendak kebangkitan rakyat yang mahu menukar regim diktatornya kepada yang lebih demokratik dipilih rakyat. Ghadafi, anaknya, Saiful Islam dan pembantu-pembantu rapatnya kini terdedah kepada pendakwaan di Mahkamah Dunia kerana jenayah kemanusiaannya terhadap rakyat Libya dalam mempertahankan regimnya. Majlis Keselamatan juga sebulat suara menggenakan sekatan terhadap harta Ghadafi, keluarganya dan konco-konconya bagi meneruskan tekanan untuk memaksa Ghadafi berundur dari tampuk kuasanya. Ghadafi kini dalam keadaan makin lemah, bagaimana pun Ghadafi berlainan dari Ben Ali dan Mubarak, dia tidak akan tunduk dan mahu mati dalam perjuangan. Demikianlah Ghadafi yang menganggap dirinya sebagai saorang revolusiner yang merampas kuasa mengulingkan Libya yang beraja dan menukar menjadi republik pada 1969. Kini akibat pertempuran antara penyokong dan penentang Ghadafi di beberapa buah bandar dan kawasan menyebabkan kapasiti pengeluaran minyak Libya yang di exsport ke Eropah telah berkurangan menyebabkan Arab Saudi menambah pengeluarannya bagi menampung kekurangan pengeluaran minyak Libya. Para pekerja asing terdiri dari rakyat pelbagai negara yang berkerja dalam pelbagai sektor dan kategari pengeluaran minyak telah meninggalkan Libya kerana menyelamatkan diri dan keadaan ini memungkinkan Libya menghadapi kekurangan tenaga kerja yang nanti menyebabkan pengeluaran minyak Libya terus berkurangan. Dalam keadaan ini akan berlaku campurtangan kuasa Amerika Syarikat (AS) dan sekutu baratnya di Libya bagi menjamin pengeluaran minyak Libya. Inilah yang sedang direncana oleh AS dan sekutunya apabila resolusi zon larangan penerbangan dikuatkuasakan terhadap regim Ghadafi. Apakah Ghadafi akan tunduk dengan segala sekatan yang dikuatkuasakan terhadap regimnya. Tentu sekali tidak, kerana Ghadafi telah mengambil pendekatan berbeza setelah melihat nasib yang menimpa Ben Ali dan Mubarak. Ghadafi yang menyalahkan Al-Qaeda atas kebangkitan rakyat yang menentangnya akan mempunyai alas an baru iaitu apa yang berlaku di Libya adalah atas perancangan AS dan sekutu baratnya untuk merampas minyak Libya selepas AS dan barat menyerang Iraq untuk mendapat jaminan minyak Iraq. Campurtangan AS dan barat tidak memberi kekuatan kepada revolusi rakyat Libya bahkan ia akan memberi kekuatan kepada Ghadafi untuk mengubah keadaan untuk memihak kepadanya kerana sentimen anti AS dan barat sangat kuat di rantau Timur Tengah. Jika camputangan ini mengambil tempat, maka Libya akan menjadi seperti Iraq yang kini dalam keadaan berperang memasuki lapan tahun. Selagi konflik perang saudara di Libya tidak selesai, maka revolusi kebangkitan rakyat dijazirah Arab yang lain seperti di Yaman, Bahrian, Oman, Jordan, Algeria dan lain-lain negara akan berterusan kerana negara-negara ini juga terus mahu mempertahankan regim masing-masing. Beberapa pembaharuan telah cuba di perkenalkan bagi menanggani dan membendung kebangkitan rakyat, tetapi rakyat mahukan pertukaran regim dinegara-negara ini. Regim-regim ini bagi mempertahankan status quo kuasa mereka telah mengerakkan rakyat yang menyokong regim berdemonstrasi menentang demonstrasi kebangkitan rakyat. Keadaan ini akan membahayakan dan mencetuskan huruhara dan pertembungan yang boleh membawa kepada anarki seperti yang berlangsung diLibya sekarang, sedangkan yang berdemonstrasi menyokong regim hanya segelintir kecil sahaja, tetapi yang mencetuskan revolusi kebangkitan rakyat terdiri dari majoriti rakyat. Harakahdaily/- Oleh : Suhaimi Mokhtar |
Selepas 'You help me' kini 'percayalah saya' Posted: 12 Apr 2011 01:30 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUCHING, 12 April: "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak. Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak). Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula. Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi. Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi. "Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita. "Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya. Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud. Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi. Harakahdaily/- |
Posted: 12 Apr 2011 01:00 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MANGSA gempa dan tsunami makan malam dalam keadaan gelap di sebuah gimnasium selepas gempa melanda Khamis lalu mengakibatkan bekalan elektrik terputus. - Foto AP Kekuatan gegaran 6.6 skala Richter, bangunan di Tokyo bergoyang TOKYO: Gempa bumi dengan kekuatan 6.6 skala Richter, sekali lagi menggegarkan sebahagian besar kawasan timur Jepun dan bangunan di Tokyo lewat semalam, menyebabkan 220,000 buah rumah terputus bekalan elektrik, manakala kerja mengepam air di tiga reaktor loji nuklear Fukushima yang rosak terpaksa dihentikan. Kejadian yang berlaku genap sebulan selepas gempa bumi dengan kekuatan 9.0 Skala Richter melanda timur laut negara itu, berpusat di 88 kilometer dari loji Fukushima, mengakibatkan bekalan elektrik yang diperlukan untuk mengepam air ke reaktor nombor 1 nombor 2 dan nombor 3 terputus buat beberapa lama. Gegaran susulan juga memaksa jurutera menangguhkan rancangan untuk memindahkan air radioaktif dari saluran di reaktor nombor 2. Polis di Fukushima berkata, beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di bandaraya Iwaki, termasuk satu daripadanya menyebabkan empat orang terperangkap apabila tiga buah rumah tertimbus. Setakat ini, nasib mereka belum diketahui. Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi yang baru berlaku berukuran 7.0 dan bukan 7.1 skala Richter seperti laporan awal, walaupun Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan kekuatannya pada 6.6 skala Richter. Pihak berkuasa berkata, gempa bumi kuat berlaku pada jam 5.16 petang waktu tempatan di kawasan sama yang dilanda bencana alam itu 11 Mac lalu sehingga mencetuskan tsunami. Kesan gempa juga dapat dirasai hingga ke tengah Tokyo, kira-kira 160 kilometer ke tenggara Jepun, menyebabkan bangunan di bandaraya itu bergoyang. Agensi meteorologi turut mengeluarkan amaran gelombang tsunami setinggi hingga satu meter, jauh lebih rendah berbanding 20 hingga 30 meter ketika gempa melanda Mac lalu. Amaran itu ditarik balik sejam kemudian. Kerajaan sebelum itu mengumumkan bahawa berikutan pencemaran radiasi, pihaknya menggalakkan penduduk meninggalkan bebe-rapa kawasan tertentu pada jarak 20 kilometer dari zon pengasingan di sekitar loji Fukushima. Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, kanak-kanak, wanita hamil dan pesakit perlu mengelak daripada berada pada jarak sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kilometer dari kompleks nuklear itu. "Rancangan pemindahan baru itu bertujuan memastikan keselamatan penduduk daripada risiko radiasi jika mereka terus tinggal di sana selama enam bulan atau setahun. Bagaimanapun, pemindahan tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa," katanya. Langkah itu diambil berikutan kebimbangan antarabangsa membabitkan penyebaran radiasi dari enam reaktor di loji Fukushima yang rosak, ketika jurutera terus bertungkus-lumus memulihkannya. Presiden Tokyo Electric Power (TEPCO) Masataka Shimizu melawat kawasan itu semalam buat pertama kali sejak gempa bumi melanda. Beliau tidak kelihatan di khalayak selepas membuat permohonan maaf selepas kejadian itu selepas terpaksa dimasukkan ke hospital. – Reuters/Agensi |
Posted: 12 Apr 2011 12:56 AM PDT 8 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SEBUYAU, 12 April: Calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid berharap mood pengundi sekarang berterusan untuk melakukan perubahan. "Insya Allah saya harapkan mood yang ada sekarang ini, mood di mana-mana mereka mahukan perubahan, tambah lagi orang Sarawak telah faham negeri lain tukar kerajaan, pimpinan Sarawak ini dah terlalu lama, rakyat di sini dah matang fikir tukar kerajaan. Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak merasakan tidak mustahil berlaku perubahan itu. "Rakyat di sini miskin tetapi pemimpin mewah, kekayaan pemimpin menyamai kekayaan negara, tak mustahil," katanya. Mengenai isu, katanya isu pertama yang besar di Dun Sebuyau ialah isu tanah, pembangunan serta pembelaan rakyat. Calon PAS di Dun ini, Haji Adam Ahid memberi contoh rakyat di kalangan kaum Iban tidak terbela di Kampung Entangor. "Kalau mereka sakit payah nak pergi ke klinik tempat yang jauh, mereka gunakan jalan air. Jika air jalan kering, mereka tidak boleh pergi klinik, ramai yang meninggal dunia dalam sampan sebab jauh nak ke klinik. "Ada yang bersalin dalam sampan sebab jauh perjalanan menaiki sampan dari Kampung Entagor ke klinik di Sebuyau," ujarnya. Menurutnya, ini menyebabkan mereka cukup tertekan dengan apa yang dihadapi dan mahukan perubahan. "Sebab itu saya cakap dengan pengundi di sana, kalau saya terpilih menjadi Adun sini, saya akan bawa isu ini ke Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, bagaimana nak bantu mereka agar adanya kemudahan klinik agar mereka boleh dapatkan bantuan," katanya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak menambah, mereka berkata kalau dalam slogan kerajaan ialah rakyat didahulukan, tetapi di sini rakyat diketepikan. "Kaum Iban di sini janji jika mereka pilih Adam, mereka minta saya selalu ke tempat mereka jengah mereka mendalami masalah mereka, jadi saya akan selami masalah mereka," ujarnya lagi. H/daily |
Pengurusan Kes Syabas Saman Kerajaan Selangor Ditetapkan 6 Mei Posted: 12 Apr 2011 12:30 AM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 12 APRIL: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 Mei ini untuk pengurusan kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air. Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu disebut hari ini. Kerajaan Selangor diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar manakala Syabas diwakili peguam Datuk Harpal Singh. Pada 10 Nov lepas, Syabas memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Dis 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009. Syabas mendakwa menerusi perjanjian itu, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat tersebut, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan. Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, Syabas telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011. Syarikat itu mendakwa defendan telah gagal untuk memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif dipersetujui. Selain didakwa gagal memberikan maklum balas berhubung tuntutan pampasan, Syabas juga turut menuntut Kerajaan Selangor membayar jumlah itu serta-merta. Afidavit balasan Kerajaan Negeri Selangor, yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ramli Mahmud, pula mendakwa permohonan Syabas merupakan penyalahgunaan proses mahkamah, kerana industri air sedang melalui satu proses penstrukturan semula menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Ramli mendakwa perjanjian konsesi tidak memberikan hak automatik kepada Syabas untuk mendapatkan pengubahsuaian kepada tarif yang diwartakan pada setiap tarikh semakan seperti didakwa plaintif. Katanya semakan tarif perlu dibuat selaras dengan terma dan syarat di dalam perjanjian, antaranya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor perlu bersetuju dengan semakan itu. Ramli berkata dokumen semakan yang diserahkan oleh Syabas tidak memenuhi keperluan perjanjian konsesi dan tidak ada tarif yang telah dipersetujui. Tegas Ramli, tidak timbul isu bahawa Kerajaan Selangor bercadang mengenakan tarif lebih rendah daripada tarif dipersetujui seperti yang termaktub dalam perjanjian. Tv Selangor/- |
11 Maut Dalam Satu Letupan Di Belarus Posted: 12 Apr 2011 12:00 AM PDT |
Juruterbang maut helikopter terhempas Posted: 11 Apr 2011 11:30 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - HELIKOPTER Bell 206 Long Ranger terhempas di Dataran Sibu, sementara gambar kecil, Muhyiddin (tiga dari kanan) melawat Sahimi di bilik bedah Hospital Sibu, semalam. Pesawat terbabit nahas di Dataran Sibu ketika berlepas selepas iringi rombongan TPM SIBU: Juruterbang helikopter Bell 206 Long Ranger yang membawa rombongan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bintangor, Sarikei dekat sini maut apabila pesawat itu terhempas di Dataran Sibu, selepas menurunkan tiga penumpangnya, termasuk Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Hafiz Abdul Halim. Kapten Sahaimi Ghazali, 38, berasal dari Selangor meninggal dunia di Hospital Sibu (HS) jam 8.36 malam tadi akibat kecederaan parah pada paru-paru dan hati. Kejadian di hadapan Wisma Sanyan jam 1.50 tengah hari dipercayai berlaku ketika helikopter milik Sabah Air itu mahu berlepas ke Lapangan Terbang Sibu. Nahas menyebabkan pesawat remuk teruk, terutama di bahagian kipas. Muhyiddin yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran sama sebelum kejadian untuk memulakan programnya di sini selepas melakukan lawatan kerja ke Kanowit dan Bintangor. Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut meluangkan masa melawat mangsa di HS. Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata Allahyarham Sahaimi menjalani pembedahan dan dibantu alat sokongan pernafasan, tetapi gagal diselamatkan kerana kecederaan serius Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan pesawat terhempas sebaik berada pada ketinggian kira-kira dua meter menyebabkan juruterbangnya tersepit sebelum dikeluarkan orang ramai. Sementara itu, Muhyiddin mengucapkan takziah kepada keluarga Sahaimi yang meninggal dunia kira-kira tujuh jam selepas kejadian. "Allahyarham meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara. Kita akan melihat bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarganya," katanya sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas lawatan kerja sehari ke bahagian ini dan Sarikei, malam tadi. Muhyiddin turut menyalurkan bantuan peribadi bagi membiayai kos pengurusan jenazah Allahyarham. Berita Harian/- |
Namakan Bakal Ketua Menteri Sarawak Posted: 11 Apr 2011 10:18 PM PDT 8 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 12 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menamakan bakal Ketua Menteri (KM) bagi mengantikan KM yang ada sekarang ini jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN). Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya BN Sarawak serius untuk mencari penganti KM Sarawak, parti berkenaan perlu menamakannya sewaktu PRN 2006 lagi. "Kenyataan Perdana Menteri(PM), Datuk Seri Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihanraya Negeri Sarawak tahun ini mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat. (Gambar: Perbincangan yang tidak selesai antara Taib dan Najib. Najib kata lepas pilihan raya, Taib kata beberapa tahun lagi.) "Jika PM benar-benar serius dalam perkara ini, beliau harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib Mahmud untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya," ujarnya dalam kenyataan media beliau. Tambahnya lagi, sekarang ini janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku. Semasa berucap di Kuching baru-baru ini, Najib berkata, Taib Mahmud bersetuju untuk berundur selepas pilihan raya negeri ini. Namun beliau tidak menyebut bilakah tarikh tersebut. Selepas majlis itu, Taib dalam satu majlis berkata, beliau akan berundur beberapa tahun lagi yang menyebabkan semua pihak faham , lambat lagi Taib akan berundur. Beberapa hari menjelang penamaan calon 6 April lepas, Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan berbincang dengan Taib agar beliau boleh meletakkan jawatan dan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri kali inii. Namun keputusan gagal dicapai kerana kedua-duanya tidak dapat menerima syarat yang ditetapkan Taib. "KM yang ada kini sudah terlalu lama memerintah. Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisma dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam," katanya Katanya lagi, walaupun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib Mahmud yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah. Oleh itu, dengan pengunduran Taib Mahmud ianya adalah untuk perubahan Sarawak dan rakyat negeri itu secara khususnya. "PM dilihat memberikan restu untuk Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula," tambahnya lagi. Bagi beliau, Najib telah bersekongkol apabila mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat negeri itu dengan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat Bumi Kenyalang itu. H/daily |
Pendakyah sebar risalah ‘Hari Kiamat 21 Mei 2011’ Posted: 11 Apr 2011 09:30 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUANTAN, 12 April: Pihak berkuasa agama negeri ini digesa segera menyiasat motif sekumpulan pendakyah Kristian warga Amerika Syarikat yang giat menyebarkan risalah berkaitan hari kiamat mengikut kepercayaan mereka di sekitar bandar ini. Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Khairy Abdul Ghani berkata, usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam. "Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan 'Judgement Day on May 21, 2011' oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day. "Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia," ujarnya kepada Harakahdaily. Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir. Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu. "Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka. "Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha. "Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan," katanya. Difahamkan, kumpulan yang menyebarkan risalah secara terang-terangan itu sengaja mensasarkan kumpulan orang Melayu terutama muda-mudi tanpa diketahui apakah sebenarnya tujuan mereka. Sementara itu, risalah yang sama dapat dibaca di: http://www.familyradio.com/graphical/literature/judgment/judgment.html. Antara lain risalah berkenaan memetik hujah-hujah daripada kitab Bible yang menyatakan tuhan memusnahkan alam ini kerana dosa yang dilakukan oleh manusia. Harakahdaily/- Oleh : Khairil Abdul Rahim |
139 Sampel Makanan Dari Jepun Patuhi Tahap Radioaktif Posted: 11 Apr 2011 09:00 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sejumlah 139 sampel makanan dari Jepun yang dianalisis sehingga kini didapati mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif, menurut Kementerian Kesihatan malam Isnin. Dalam kenyataan, kementerian itu berkata orang ramai tidak perlu berasa gentar dan khuatir dengan keselamatan makanan yang dimport dari Jepun. Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac lalu yang turut mencetuskan tsunami dan membawa kerosakan kepada loji nuklear. Kementerian Kesihatan juga berkata semua produk makanan yang dimport dari Jepun perlu diserta dengan Sijil Radioaktif bersama Sijil Analisis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Jepun mulai 15 April ini. Semua pengimport tempatan dan pengeksport makanan perlu mematuhi syarat itu bagi mengelakkan makanan yang diimport dari Jepun tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, katanya. Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dalam kenyataan yang sama, berkata berdasarkan laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), secara umum status empat unit loji nuklear di Fukushima Daiichi masih dalam keadaan serius. Tetapi tanda-tanda pemulihan bagi beberapa fungsi seperti tenaga elektrik dan instrumentasi yang menjalankan loji nuklear secara automatik telah dapat dilihat, katanya. Katanya pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS)di enam lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal. "Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Portal (RPM) di empat lapangan terbang antarabangsa Malaysia tidak mengesan sebarang pencemaran sehingga semalam," katanya. Justeru itu, katanya, pemeriksaan penumpang, bagasi dan kontena dari Jepun secara rutin tidak perlu diteruskan lagi. Ongkili juga berkata persampelan air hujan, air laut, air paip dan tanah di beberapa kawasan di seluruh negara didapati tiada pencemaran radioaktif. -BERNAMA |
Kerana Sebatang Tiang, Beting Maro Bergelap Posted: 11 Apr 2011 08:51 PM PDT 8 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BETING MARO, 12 April: Akibat sebatang tiang elektrik terbalik, hampir keseluruhan penduduk kawasan di Dun Beting Maro terpaksa bergelap malam tadi. Tiang elektrik tersebut patah dua selepas dilanggar van yang dinaiki Ketua JKK Kg Tambak, HAjI Sulaiman Zahari yang juga orang kuat PBB di salah satu ranting di Sitok. (Gambar: Abang Mat melawat mangsa yang cedera) Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila van yang dinaiki Sulaiman bersama anak saudaranya Bihai HajAi Din hilang kawalan sehingga kenderaan tersebut terbalik dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam parit. Dalam kemalangan itu, Sulaiman (gambar bawah) terseliuh leher manakala anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dirawat di Klinik Kesihatan Pusa. Kemalangan itu juga mengakibatkan 2/3 kawasan DUN Beting Maro putus bekalan elektrik sehingga jam 12.49 pagi. Selepas menerima berita kemalangan itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdi Masagus turut melawat mangsa yang kemudiannya dirawat di klinik berkenaan. Mengulas kejadian itu, Abang Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan 'handsome boy' dalam kempen kali ini berkata, ini lah gambaran tahap kemudahan asas di negeri ini. "Satu tiang elektrik patah, seluruh Beting Maro bergelap," katanya ringkas. Dalam pada itu kempen Abang Mat di Beting Maro terpaksa mengharungi pelbagai halangan khususnya untuk menuju ke kawasan pedalaman. Beliau terpaksa menaiki sampan untuk menuju ke kebanyakan kawasan penempatan rumah panjang yang mengambil masa 2 ke 3 jam. Bagaimanapun ianya tidak menghalang usaha Abang Mat bertemu dengan seluruh masyarakat di sini apatah lagi kehadiran beliau disambut penuh makna pengundi yang mahukan perubahan di sini. H/daily |
Sidang media jam 11.30 di wisma DAP Posted: 11 Apr 2011 08:03 PM PDT |
Penduduk Iban luah perasaan marah di depan calon PAS Posted: 11 Apr 2011 08:00 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SANTUBONG, 12 April: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka. Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu. (Gambar: Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi) AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini. Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka. Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah. "Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai. "Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya. Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa. "Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami. "Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai. Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu. "Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai. "Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan. "Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak. Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi. Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat. Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak. "Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk. Harakahdaily/- Oleh : Hazayani Zakaria |
Sidang DUN Perak ditangguhkan dan bersambung esok Posted: 11 Apr 2011 07:59 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Ganesan mengumumkan sidang ditangguhkan dan bersasmbung esok jam 10.00 pagi. |
Bacaan doa selamat oleh Mufti Perak. Posted: 11 Apr 2011 07:56 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Mufti Perak mengepalai bacaan doa selamat selepas sidang DUN Perak di rasmikan. |
Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(5) Posted: 11 Apr 2011 07:50 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - "Kebahagian dan kemakmuran wajib diagihkan secara adil, perbuatan rasuah dan penyalhguna kuasa wajib dihindarkan." "Kuasa adalah bersifat sementara." DYTM Raja nazrin menghargai semua pihak yang terlibat dalam membangunkan negeri Perak. Titah ucapan diakhiri dengan Perasmian Sidang DUN pada hari ini. |
TERKINI SIDANG DUN PERAK - Live@Cina Islam Posted: 11 Apr 2011 07:45 PM PDT 8 J'awal 1432H. [MOD] - 10.15 am - Pemangku Raja Perak sedang memberi titah perasmian Sidang DUN hari ini. 9.49 am - Semua Adun PR dan BN mengambil tempat di dalam dewan dan menunggu Pemangku Raja Perak untuk berangkat masuk ke dalam dewan untuk merasmikan penggal ke empat, dewan negeri yang kedua belas Perak Darul Ridzuan. 9.39 am - Pemangku Raja Perak siap memeriksa perbarisan. Perbarisan tamat dan Pemangku Raja Perak berangkat masuk ke dewan. 9.30 am - ketibaan pemangku raja perak, Raja Dr. Nazrin diikuti dengan tabik hormat, nyanyian lagu keberangkatan sultan,lagu kebangsaan dan pemeriksaan perbarisan. 9.23 am - Menteri Besar BN Perak, DS Zambry tiba bersama isteri. 9.17 am - Speaker Ganesan sampai bersama isteri. 9.00 am - Semua Adun PR mengambil tempat untuk mengikuti acara perbarisan sebelum perasmian sidang yang akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak. Tons of police forces in suk bldg now with police buses,trucks, cars and m/cycles let alone plain clothes.However shook hands wth thm respct-DS Nizar 8.45 am - Adun Pakatan Rakyat siap untuk bergerak ke Sidang DUN Perak dari Wisma DAP. 8.30 am - Dato' Seri Nizar sampai di Wisma DAP. Cuaca dibandar Ipoh sekarang hujan renyai-renyai. Setiap simpang masuk ke Bangunan SUK, Ipoh dikawal oleh Polis Trafik. |
Posted: 11 Apr 2011 07:25 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Beginilah Kad Nama yang bertali diagihkan kepada semua ADUN PR pada pagi tadi sebelum keberangkatan Pemangku Rakja Perak. Semua ADUN PR mengambil keputusan untuk tidak mengenakan kad ini di leher masing-masing. Sesungguhnya tidak ada peraturan pun yang mengatakan kami mesti memakai tanda-tanda tertentu untuk datang bersidang. Saya tidak tahu kenapakan peraturan kekanak-kanakan ini sedangkan jumlah adun cuma 59 orang termasuk adun katak di Perak. Apakah kewajaran pemakaian tag tersebut ? |
Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(4) Posted: 11 Apr 2011 07:22 PM PDT |
Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(3) Posted: 11 Apr 2011 07:19 PM PDT 08 Jamadilawal 1432H. [MOD] - "Semangat maufakat hendaklah dibina dalam menghadapi musibah". "Islam menganjurkan pembangunan hendaklah dijalankan secara lestari". "Kekayaan hendaklah diagih secara adil dan dibahagi secara sekasama" _ Titah Raja nazrin. |
Titah ucapan Perasmian Sidang DUN Perak(2) Posted: 11 Apr 2011 07:14 PM PDT 08 Jamidilawal 1432H. [MOD] - Kerajaan negeri Perak mengucapkan takziah kepada kerajaan Jepun diatas bencana yang menimpa negara tersebut, Titah DYTM. Pemangku Raja Perak |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan