PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Sidang DUN Perak Sekali Lagi Dicemari 'Aksi' Polis Posted: 12 Apr 2011 06:37 AM PDT IPOH 12 APRIL : Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN pembangkang. ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa ADUN Pakatan lain, walau bagaimanapun gagal menjelaskan apabila ditanya dari mana datangnya arahan berbuat demikian. " Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh 3 orang polis dan mereka nak 'scan' kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja. Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa? "Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai.Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di sini, hari ini. Walaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar Bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat mencemarkan kemuliaan Dewan. Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca. " Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku,"jelasnya lagi. Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, ADUN juga bukanlah budak sekolah apabila diwajibkan memakai tanda nama untuk memasuk ke dalam Dewan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat. Menjelaskan mengenai spekulasi bahawa ada ADUN dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan kali ini, Nizar berkata ini kerana ada ADUN yang membantu kempen gagasan itu untuk pilihanraya negeri Sarawak. " Kalau sebelum ini ada dengar desas desus kata kami tak hadir dan tak penuh, tapi hari ini semua hadir. Kita merasakan apa yang Tuanku sebut tadi mengenai titah itu merupakan ciri-ciri yang didokong Pakatan Rakyat. Segala-gala yang dinyatakan itu berkenaan dengan beberapa perkara seperti konsep keadilan, tiada diskriminasi, ketelusan, semua itu adalah menunjukkan ciri-ciri Pakatan Rakyat. " Sepatutnya sebahagian besar dari kami berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu tapi oleh kerana mesyuarat awal 5 April telah ditunda oleh Zambry (Menteri Besar Perak) dan speaker, maka kami tak dapat nak hadir. Cuma saya terpaksa beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya selepas sahaja perasmian walaupun dua,tiga dari kami berada di Kuching tapi mereka terpaksa balik juga malam tadi sampai untuk menghadiri persidangan perasmian hari ini,"tambahnya lagi.Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan