Rabu, 13 April 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Laluan gelap menyeramkan

Posted: 12 Apr 2011 08:06 PM PDT

Sinar Harian 13 April 2011 REMBAU - Penduduk Jalan Tiga Nenek 1, Kota, merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memasang lampu jalan di simpang masuk kampung berkenaan kerana membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam . Wakil penduduk, Ali Mohd Yunus, 57, berkata, penduduk di sini saban tahun menanti berita gembira mengenai usaha penambahbaikan kemudahan infrastruktur di kampung ini, namun semuanya ibarat satu penantian yang tiada kesudahannya. Menurutnya, ketiadaan lampu di simpang masuk kampung menyebabkan kawasan sekeliling gelap dan ramai penduduk takut melalui jalan ini kerana beberapa tahun sebelum ini pernah terdapat kes samun serta ragut. "Kami harapkan ada sedikit berita yang menggembirakan dan berharap tahun ini kami tidak lagi berdepan masalah kegelapan yang membatasi pergerakan pada waktu malam," katanya. Malah katanya, keresahan penduduk semakin ketara selepas berlaku beberapa kemalangan terutamanya penunggang motosikal membabitkan penduduk kampung dan orang luar yang datang ke kampung itu. "Keadaan jalan yang gelap dan berlubang mendatangkan bahaya dan penduduk di sini memohon agar lampu dapat dipasang dari simpang masuk hingga ke surau dan simpang jalan ke empat rumah penduduk yang tinggal berhampiran dengan surau," katanya. Menurutnya lagi, ibu bapa di sini juga turut bimbang akan keselamatan anak mereka yang ke sekolah pada awal pagi terpaksa melalui jalan yang gelap. "Penduduk berharap pihak terbabit dapat memasang lampu jalan selain menaik taraf permukaan jalan yang berlopak dan berlubang bagi membaiki kemudahan infrastruktur penduduk di sini," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8969411.asp

Info Terkini Krisis Mesir 17 Apr 2011 di Masjid Paroi

Posted: 12 Apr 2011 05:03 PM PDT


CERAMAH PERDANA


Tajuk : "REGIM MUBARAK TUMBANG, ISRAEL TERGUGAT"


Tarikh : Ahad - 17 April 2011


Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)


Tempat : Masjid At-Taqwa Kg Paroi, Seremban


Penceramah : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Semua Dijemput Hadir


Turut diadakan : - Jualan Amal - Kutipan Derma - Tayangan Multimedia - Pameran


Anjuran bersama : AQSA Syarif N.Sembilan dan Masjid At Taqwa - MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AQSA


Tiada ulasan:

Nuffnang