Jumaat, 22 April 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT DI KG. SELABAK

Posted: 22 Apr 2011 05:51 AM PDT


TELUK INTAN, 22 April - Program kebajikan menjadi agenda utama kepada ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin demi merealisasikan "DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera".  Hari ini, siri "Ziarah Rakyat" diteruskan lagi di Kg. Selabak.
YB Anuar di Masjid Kg. Selabak bersama Hj. Soib (kiri) dan Ustaz Khairuddin (kanan)

Program bermula dengan YB Anuar solat Jumaat di Masjid Kg. Selabak. Selepas beramah mesra dengan para jemaah masjid, beliau di bawa membawa menziarahi tiga buah rumah di sekitar Kg. Selabak. Turut mengiringi ADUN Changkat Jong ialah Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat maliki, pembantu khas YB Anuar, Hj. Mohamed Akram bin Mohd. Ayub, Ketua PAS Cawangan Kg. Selabak Ustaz Hj. Soib bin Sapiai dan mantan Ketua Kampung Selabak, Ustaz Khairuddin bin Abd. Hamid.
Menziarahi seorang warga emas yang uzur.


YB Anuar telah melawat seorang warga emas yang telahn uzur, Wadidjo. Kemudian, beliau telah melawat seorang warga emas dan ibu tunggal, Hajjah Fatimah, 88 yang tinggal seorang diri di kediamannya. Akhir sekali, YB Anuar telah melawat sebuah lagi rumah ibu tunggal, Puan Mahya Abdullah.

Selain bertanya khabar dan masalah, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga war emas tadi. Sumbangan tersebut adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti berasm minyak masak, gula dan lain-lain.
Ziarah di rumah Puan Hjh. Fatimah.

Hj. Akram bersama Ustaz Soib menyantuni ibu tunggal.

Menyampaikan sumbangan ala kadar kepada Puan Mahya.

Berasa gembira dan bersyukur atas kehadiran wakil rakyat.

YB Anuar meninjau teratak rakyat.

Jelas, kegembiraan dan kesyukuran terpancar pada wajah setiap warga emas yang telah diziarahi itu tadi apalagi yang menjenguk mereka ialah seorang wakil rakyat.

intanhijau.blogspot.com

BURU GURU SOKONG PEMBANGKANG, KEBAJIKAN GURU TERABAI

Posted: 22 Apr 2011 03:16 AM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.
Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

AHLI KELUARGA TIDAK PUAS HATI..apa kisah sebenarnya?

Posted: 21 Apr 2011 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.

Sebaliknya, menurut sumber rapat keluarga Ahmad Sarbani ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain didakwa cuba "menyembunyikan" sesuatu daripada diketahui umum.

"Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.

"Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar," katanya.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbani sedia maklum punca kematian Allahyarham adalah jatuh dari paras tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana beliau boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.

"Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.

"Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?

"Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya," tambah sumber itu.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kelalaian sekali gus membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangkan bersama keluarga terdekat.

"Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian," jawabnya ringkas.

Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau menyerahkan kes tersebut kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

"(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

"Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya.

Katanya, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Jelas Zulkifli, punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbani memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Kematian Ahmad Sarbani merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
-tvsnews-

Tiada ulasan:

Nuffnang