Jumaat, 22 April 2011

Direct Free Kick

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Kenyataan Media YB Iskandar A. Samad -
PERINTAH MAHKAMAH TANAH PJS1 : PEMAJU DIGESA TERUS BERUNDING

Posted: 21 Apr 2011 08:59 PM PDT

Pemaju Peter's Brickworks Sdn. Bhd. digesa agar meneruskan rundingan dengan penduduk walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan 3 keluarga yang berada di atas tanah mereka HSD 243799 PT 1777 di PJS1, Petaling Jaya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia kecuali telah berlaku rundingan dan satu penyelesaian telah dicapai.

Oleh itu, diharapkan agar pihak pemaju akan meneruskan rundingan walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah agar keluarga-keluarga itu perlu berpindah pada 25 April 2011.

Amalan perobohan secara paksa seperti di bawah Kerajaan Negeri Barisan Nasional tidak direstui oleh kerajaan sekarang.

Oleh itu, penguatkuasa-pengkuatkasa pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah adalah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti ini.

Di bawah kerajaan yang lepas, mereka bersama-sama pemaju telah terlibat di dalam operasi perobohan.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
22 April 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang