Anwar Ibrahim |
- Takziah Kepada N.J Ryan Sekeluarga
- Menolak Sekeras-Kerasnya Laporan Berita Harian Mengenai Video Seks
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak
- Trio Umno Perlu Didakwa
Takziah Kepada N.J Ryan Sekeluarga Posted: 22 Apr 2011 12:13 AM PDT Saya menerima khabar sedih pagi ini bahawa mantan pengetua saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, N.J Ryan (Neil Jonathan Ryan)telah meninggal dunia di Australia. Beliau berkhidmat di Kolej Melayu dari tahun 1959-1965. N.J Ryan berjasa besar memperkenalkan antaranya pertandingan catur David Marshall dan tradisi pertandingan rugbi tahun antara Kolej Melayu dengan Vajiravudh yang sehingga kini masih diteruskan. Beliau juga terlibat memimpin pasukan debat Kolej Melayu. N.J Ryan juga sosok yang sangat mementingkan disiplin. Mendiang juga merupakan seorang sejarahwan. Antara tulisan beliau berjudul The Last Expatriate, mencatatkan pengalaman beliau sebagai pendidik. Tatkala difitnah dan dipenjarakan pada tahun 1998, beliau antara guru yang teguh menyatakan sokongan buat saya dan keluarga. Malah mendiang pernah mengunjungi keluarga dan menyampaikan rasa kesal terhadap apa yang menimpa saya. Izinkan saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan sesungguhnya jasa beliau sentiasa dikenang. ANWAR IBRAHIM This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Menolak Sekeras-Kerasnya Laporan Berita Harian Mengenai Video Seks Posted: 22 Apr 2011 12:10 AM PDT Kenyataan Media Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011. Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa “perbicaraan melalui media” (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau: 1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini? 2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara “video seks” ini dengan “video seks” yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999. Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak “politik lucah”, dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman. YB Saifuddin Nasution ===== Media Statement We strongly protest and are outraged by the front page headline of Berita Harian yesterday, which revealed the police investigations on the sex video that continuously attempts to implicate Datuk Seri Anwar Ibrahim. In this latest development, a supposedly renowned South Korean broadcasting agency has purportedly matched the identity of the male in the sex video to that of Datuk Seri Anwar Ibrahim. We regret that the Berita Harian report has sensationalized this issue, even though police investigations are still on-going. We also regret that Berita Harian has allowed itself to be used in this trial-by-media, which smacks clearly of a political orchestration to continuously vilify and persecute Datuk Seri Anwar Ibrahim in the public domain. It should also be noted that the South Korean firm was engaged by and fed with information by the Polis DiRaja Malaysia (PDRM), whose leadership and their political masters have had a longstanding political agenda to smear the reputation of Datuk Seri Anwar Ibrahim and end his political struggle for reform. Datuk Seri Anwar Ibrahim has categorically denied his involvement in this sex video. We also categorically state that it is not Datuk Seri Anwar Ibrahim in said video. The credibility of the PDRM has once again been shattered and compromised following the revelations made by the former KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim in a several open letters made public: 1) regarding the four police reports made by Datuk Seri Anwar Ibrahim between 9 July 1999 and 20 Ogos 1999 on the abuse of power and the obstruction of legal procedures by a retinue of major public figures including Tun Dr Mahathir and Dato Abdul Gani Patail. Why has there been no further action on these police reports? 2) regarding key similarities between the current alleged “sex video” and a “sex video” that was circulated prior to the 1999 General Election. We call upon the Rakyat to reject “gutter politics”, and to remain united in calling for the return of independence and integrity to our key public institutions in Malaysia, especially PDRM, MACC, EC, and the judiciary. YB Saifuddin Nasution This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak Posted: 21 Apr 2011 09:03 PM PDT 23 April 2011 (Sabtu) 1) 5.00 ptg – Hi-Tea di Pulau Pangkor Lokasi : Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor Penceramah: 2) 8.00 – Perasmian Pejabat KeADILan Cabang Lumut 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Ubah Sekarang/Selamatkan Malaysia Lokasi: Teluk Rubiah, Jalan Manjung, Lumut Penceramah: 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Ubah Sekarang/Selamatkan Malaysia Lokasi: Markas PAS Titi Gantung, Bota Penceramah: |
Posted: 21 Apr 2011 08:03 PM PDT Dari Harakah MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu. Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara. Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa. Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang. Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara. Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki. Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu. Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu. Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan. Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya. Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu. Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu. Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi. Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun. Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya? Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu. Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya. Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya. Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga. Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa. Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu. Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan