:: cina islam | 2011 :: |
- Seorang Maut, 40 Hilang Akibat Tanah Runtuh Di Filpina
- Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?
- Anwar masuk ke ICU Azizah
- Kaedah Merawat Demam Menurut Islam
- Warkah di ambang maut
- Gempa Bumi Kuat Gegar Pantai Timur Honshu, Jepun
- Kabinet Jepun lulus 4 trilion yen untuk pemulihan akibat bencana
- IGP dimasukkan ke hospital kerana penat
- Pas adakan pemilihan pada muktamar 3-5 Jun
- Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai
- Hina Sultan di Facebook, Persada lapor polis
- Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah?
- Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w
- Radioaktif masuk Lautan Pasifik
- Solat Berjamaah Di Perancis Akan Dilarang
- Helikopter Terjunam ke Sawah
- Real Akhiri Kemarau
- Maut Elak Langgar Kera
- Pengkhutbah Islam diusir di Jerman
- Lintasan Maut
- Kelab Judi Meletup, 16 Maut
- Mati Seminggu Sebelum Nikah
- Kanak-kanak Korban Terbaru H5N1
- Pencuri Pakai Seluar Dalam
- Hingus Wartawan Wanita Keluar Semasa Buat Liputan
Seorang Maut, 40 Hilang Akibat Tanah Runtuh Di Filpina Posted: 22 Apr 2011 03:00 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MANILA 22 APRIL : Seorang pelombong maut dan kira-kira 40 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang meranapkan rumah dan jalan masuk berdekatan jalan masuk ke lombong emas awal pagi ini di selatan Filipina, kata pegawai. Anggota tentera, polis dan pelombong berjaya menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian berkenaan serta sebuah terowong di perkampungan pedalaman, bandar Pantukan, wilayah Lembah Compostela. Datuk Bandar Pantukan, Celso Sarenas berkata, helikopter tentera udara dan jentolak dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat. Mereka yang hilang kebanyakannya pelombong emas haram dan keluarga dan yang sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan tanah runtuh. Pihak berkuasa sudah menutup terowong bagi mengelak kegiatan melombong emas secara haram. - AP |
Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda? Posted: 22 Apr 2011 02:00 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w. سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه Maksudnya: "Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis ini ada dua golongan manusia yang amat buruk di sisi Allah. Golongan itu ialah fasiq dan kufur yang kedua-duanya terdiri daripada orang Islam sendiri. Fasiq ialah orang yang mengekalkan dosa kecil. Namun dosa kecil yang besar di sisi Allah ialah menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Kalau umat Islam sering terlibat dalam perbuatan itu, mereka dicap sebagai fasiq. Dan orang fasiq dalam bahasa Melayu bermaksud orang jahat. Orang yang fasiq, cakapnya tidak boleh dipercayai maka sebab itu Allah mengingatkan umat Islam, "jika datang orang fasiq membawa berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu." Jadi, kalau pemimpin yang naik dengan cara itu, sudah tentu dia termasuk dalam kategori fasiq. Kufur pula ialah orang yang melakukan dosa besar. Kufur dalam bahasa yang mudah difahami ialah golongan yang suka menyalahi dan mempertikaikan larangan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dalam membunuh orang Islam adalah dosa besar. Oleh sebab itu mereka dicap sebagai kufur. Walau bagaimanapun dalam senarai dosa besar, terdapat dosa besar yang kecil di sisi Allah namun besar di sini manusia. Dosa tersebut ialah membuat fitnah dan menyebar fitnah. Hal ini kerana fitnah di sini Allah adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan. Demikian seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran. Kecilkah fasiq? Fasiq walaupun melibatkan mereka yang melakukan dosa kecil, tetapi tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Hal ini kerana orang yang fasiq dalam Islam tidak sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya. Dan seseorang yang fasiq juga tidak sah menjadi saksi dalam apa-apa majlis yang memerlukan saksi. Begitulah buruknya nilaian orang fasiq. Tetapi mungkin kerana umat Islam tidak sedar akan nilaian itu, maka mereka terus melakukan fasiq. Mungkin mereka beranggapan bahawa fasiq boleh terhapus dengan isytighfar. Dan dosa kecil boleh terhapus dengan wuduk, maka bolehlah dosa itu dilanggar. Inilah salah faham yang menyebabkan umat Islam terus memilih fasiq tanpa ada rasa berdosa. Sebenarnya jika merujuk kepada kepada hadis di atas, Rasulullah mengingatkan umat Islam tentang dosa menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Sebaliknya dalam dalam, keburukan seseorang Islam wajib ditutup oleh orang lain. Ingatlah walaupun mendedahkan keburukan yang kita lihat pada seseorang dikira dosa kecil tetapi dosa itu berada pada tingkat tertinggi. Maknanya orang yang terlibat dalam dosa ini berada pada kedudukan fasiq yang tertinggi. Jelas, fasiq bukan perkara kecil yang boleh dikecil-kecilkan oleh umat Islam. Jadi, dalam keadaan apa pun, umat Islam mesti mengawal diri daripada terlibat dalam fasiq lagi. Apalah faedahnya kita dinilai hebat di sisi manusia tetapi dinilai fasiq di sisi Allah? Cuma bersoalan sekarang, berapa ramai umat Islam yang menyedari peringatan Rasulullah itu? Mengapa mereka masih mahu dicap sebagai fasiq? Mahukah mereka dihalang daripada menjadi wali atau saksi untuk sesuatu pernikahan? Atau adakah mereka sanggup dipanggil orang jahat. Sebenarnya, orang yang melakukan dosa di atas pada sisi Allah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Firman Allah: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka-sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12) Bayangkan ketika anda hendak mencerca seseorang, dan setiap kali anda hendak menuturkan kata-kata itu, rasakan seolah-olah anda sedang menyuapkan daging saudara yang yang baru mati ke mulut anda. Sanggupkah anda meneruskan cercaan itu? Oleh sebab itu hentikan cercaan itu. Sedarlah, mereka yang terlibat, masih diberi peluang untuk bertaubat. Semoga dengan ini diri mereka boleh dibersihkan daripada dosa fasiq. Selain itu, mereka yang mencintai dunia lalu tunduk kepada kehendak dunia lebih daripada kehendak Allah dan Rasul juga tergolongan sebagai orang fasiq juga. Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (Surah al-Taubat: 24) |
Posted: 22 Apr 2011 01:43 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali. "Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau. Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini. Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang. Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang. Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown. Harakahdaily |
Kaedah Merawat Demam Menurut Islam Posted: 22 Apr 2011 01:30 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, "Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku." Abu Hurairah r.a berkata: "Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam." Sejukkannya dengan Air Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami'nya menerusi hadis Rafi' bin Khudaij secara marfu' meriwayatkan: "Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan: Maksudnya: "Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu." Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah. Daripada Rafi' bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air." (Riwayat Muslim no. 5889) Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air." (Riwayat Muslim no. 5882) Membaca Ruqyah Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu: Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api." Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: "Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, "Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.' Aisyah berkata: 'Ajarilah aku.' Baginda bersabda: Maksudnya: "Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran." "Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan." Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, "Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya." Berpunca daripada Bahang Neraka? Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. "demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam" iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, "Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam." Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t. Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut. Maksud Air Ucapan Nabi s.a.w. "sejukkanlah ia dengan air" juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba'i bahawa ia bercerita: "Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, 'Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), 'Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.' atau Baginda s.a.w. menyebut, 'Air zamzam.'" Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji. Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu'aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya' dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu' bermaksud: "Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Hakim) Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu' menyebut: "Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk." Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, "Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai." Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja. Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air." Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi." (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar) Jangan Mencela Demam Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: "Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.'" (Riwayat Ibn Majah) Menurut riwayat sebuah athar iaitu, "Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun." Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.o leh: Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my ) |
Posted: 22 Apr 2011 12:45 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah. Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian. Yetian yang dikasihi, Terima kasih atas surat anda dan terima kasih juga kerana memberi saya peluang dan kekuatan untuk menceritakan kisah saya. Ini surat pertama. Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kehidupan di penjara. Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Yong Vui Kong. Pada awal 2011, saya meraikan hari jadi ke-23 di penjara. Saya tidak keseorang menyambut hari kelahiran saya. Ramai kawan-kawan di luar yang turut menyambutnya bersama saya. Kenapa saya di penjarakan? Ini kerana saya membantu mengedar dadah di Singapura. Saya ditangkap ketika berumur 19 tahun. Beberapa tahun sudah berlalu. Saya kini cuma menunggu hukuman gantung dijalankan. Saya sepatutnya sudah lama mati, tetapi ramai orang yang membantu sebab itu sehingga hari ini saya masih hidup. Jika tidak kerana bantuan mereka, saya sudah lama meninggalkan dunia ini. Ibu saya tidak tahu saya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Saya beritahunya saya akan pergi tempat yang jauh bagi mencari 'kebenaran' hidup. Dia percaya saya. Biar saya ceritakan mengenai hidup dalam penjara. Saya bangun sekitar jam 4 pagi setiap hari. Saya tidak mempunyai jam loceng dan saya tidak memerlukannya. Saya sudah biasa dengan kelaziman ini dan ia tidak pernah berubah sejak kebelakangan ini. Malah warden penjara juga sudah masak dengan tabiat ini. Mereka lihat saya bangkit awal setiap pagi menerusi CCTV di sel penjara saya. Selepas membersihkan diri dan menggosok gigi, saya akan membaca ayat-ayat suci (Budha) sehingga jam 7 pagi. Selepas itu, saya akan bertafakur secara senyap sehingga jam 9 pagi. Ada yang berpendapat saya cuma ingin menghabiskan masa tetapi dalam hati saya percaya adalah lebih baik menggunakan masa itu melakukan sesuatu daripada membazirkannya. Saya tak gentar kematian Pada jam 9 pagi, saya bersarapan. Saya tidak makan makanan yang sama dengan tahanan yang lain. Warden-warden mengetahui perkara ini dan akan hanya menyajikan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada saya. Memakan sayur telah menjadi tabiat saya. Kelebihan makan hanya sayur adalah sesuatu yang perlu anda alami sendiri. Saya boleh bagi tahu ia perkara yang baik tetapi anda mungkin tidak percaya kepada saya. Saya galakkan semua orang untuk mencubanya. Dulu, apabila saya tahu bahawa saya akan mati tidak lama lagi, saya tidak henti menangis kerana saya takut. Tetapi sami Budha yang melawat saya setiap minggu telah mengajar saya supaya tidak takut dengan kematian itu. Awal tahun ini, seorang rakan yang dalam tahanan telah 'meninggalkan' kami. Sebelum pergi saya sempat bertafakur dan mendoakannya. Dia pergi dengan aman. Sebelum giliran saya mati, saya akan gunakan masa dengan bijak bagi memberi nasihat kepada orang ramai dan memberitahu mereka supaya tidak memilih dadah. Sejak beberapa tahun lalu, hubungan saya dengan abang saya Yun Leong, semakin rapat. Kami sebelum ini sering kali bertengkar mengenai pelbagai perkara. Tetapi sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Jika bukan kerana bantuannya, anda mungkin tidak dapat membaca surat ini, sekarang. Saya terhutang budi kepadanya. Dia melawat saya setiap Isnin. Kami akan bersembang dan dia akan mendengar cerita saya mengenai ajaran Budha. Berapa lagi hari Isnin yang dapat dilalui bersama? Pada masa lalu, kedegilan dan sikap melawan saya menyebabkan abang-abang saya sedih. Sekarang, saya adalah manusia yang berbeza dan mereka rasa lebih gembira. Saya rasa ini adalah paling kurang yang mampu saya lakukan. Tidak cukup masa untuk belajar segala-galanya! Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam penjara. Warden-warden juga menghormati saya. Apabila abang saya melawat, rantai dan gari akan ditanggalkan dan kami akan tunduk kepada satu sama lain. Pada masa lapang saya mempelajari ayat-ayat suci (Budha). Saya bimbang masa tidak mencukupi bagi mempelajari segala-galanya. Saya rasa masa dalam sehari juga tidak cukup untuk saya belajar. Ramai yang mungkin beranggapan adalah menyiksakan untuk saya menghabiskan masa di penjara tetapi saya gembira kerana boleh menggunakan masa itu untuk belajar. Saya suka bertafakur. Tetapi kerana undang-undang penjara yang ketat, saya tidak dibenar menggunakan manik-manik tafakur yang biasa. Ini kerana mereka khuatir saya akan menajamkan manik krystal berkenaan dan menggunakannya bagi membunuh diri sendiri. Sami saya menggunakan tepung bagi membuat manik-manik kecil dan memberikannya kepada saya.. Saya gunakannya ketika bertafakur. Bunuh diri? Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Hidup mesti dinikmati dan bukannya untuk disia-siakan. Yetian, terima kasih. Saya berhenti di sini hari ini. Amitaba. YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori. Dia akan digantung dalam tempoh tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura. Malaysiakini/- |
Gempa Bumi Kuat Gegar Pantai Timur Honshu, Jepun Posted: 22 Apr 2011 12:45 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 APRIL : Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 pada skala Richter menggegarkan pantai timur Honshu, Jepun pada 9.37 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa terletak 4,011 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah. Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA |
Kabinet Jepun lulus 4 trilion yen untuk pemulihan akibat bencana Posted: 22 Apr 2011 12:30 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TOKYO: Kabinet Jepun hari ini meluluskan bajet khas bernilai empat trilion yen (RM147 bilion) untuk melaksanakan pembangunan semula kawasan yang terjejas selepas dilanda gempa bumi dan tsunami, bulan lalu, kata pegawai. Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Naoto Kan merancang untuk membentangkan bajet berkenaan di Parlimen negara berkenaan pada 28 April ini, dengan sasaran supaya ia diluluskan pada 2 Mei ini dengan sokongan mencukupi daripada pembangkang, yang kini menguasai dewan atasan. Ia adalah bajet tambahan pertama diluluskan kerajaan sejak bencana alam itu melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu, mengakibatkan lebih 27,000 orang mati atau hilang sambil menyebabkan kebocoran loji kuasa nuklear. Bajet berkenaan dijangka digunakan untuk kerja-kerja pemulihan seperti membersihkan timbunan dan sisa runtuhan serta membina kawasan perumahan sementara bagi mangsa bencana alam itu. Kira-kira 1.20 trilion yen (RM3.62 bilion) iaitu jumlah terbesar daripada bajet berkenaan akan dibelanjakan untuk projek kerja awam seperti memulihkan semula jalan raya, pelabuhan dan tanah pertanian. Bajet khas itu juga akan merangkumi baik pulih sekolah yang rosak dan kemudahan kebajikan serta memberi suntikan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan dan sektor perniagaan kecil-kecilan di negara itu. - AFP |
IGP dimasukkan ke hospital kerana penat Posted: 22 Apr 2011 12:05 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, pagi ini. Ismail dibawa ke Pantai Hospital Kuala Lumpur di Bangsar sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi. Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abd Ghani berkata, pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil. "Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini. "Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu. Beliau berkata, doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut. Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md. Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat. - Bernama |
Pas adakan pemilihan pada muktamar 3-5 Jun Posted: 22 Apr 2011 12:02 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 22 April - PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini. Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata, pencalonan untuk semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankuasa PAS pusat sudah bermula. "Tarikh akhir kemukakan pencalonan adalah pada 15 Mei. Semua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan. Calon akan diberitahu berapa pencalonan yang dia dapat sebaik sahaja peti simpanan itu dibuka pada tarikh itu," katanya pada sidang berita di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini. Mustafa berkata, Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka menjawabnya dalam masa 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei. "Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu, yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding. "Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu," katanya sambil memberitahu bahawa kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu. |
Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai Posted: 22 Apr 2011 12:00 AM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 April: PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah. Terkini, tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik barbarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihan raya kecil Tenang. "Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Beliau berkata, sepatutnya Muhyiddin dan Dr Fuad perlu turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Menurutnya, pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga, katanya lambakan guru Sains dan Matematik seramai 26,000 merupakan satu lagi ukuran kegagalan Muhyiddin dan Dr Fuad untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. "Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. "Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid sedangkan Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. "Nampaknya sekarang siapa yang bankrap sehingga peruntukan untuk kementerian beliau tidak cukup," ujarnya. Beliau berkata, jika itulah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan, maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Idris turut mempersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang. "Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. "Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi," ujarnya. Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang". Harakahdaily |
Hina Sultan di Facebook, Persada lapor polis Posted: 21 Apr 2011 11:30 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 22 April: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) semalam membuat satu laporan polis terhadap seorang pemuda yang didakwa menghina Sultan Kelantan di Facebook. Laporan itu dibuat di Balai Polis Lembah Subang, Petaling Jaya bagi menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu bernama Sulaiman Ali Sulaiman kerana didakwa menulis kata-kata kesat dan lucah terhadap Tuanku Muhammad Faris Petra. Presidennya, Ali Hanafiah Mohammed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, sebagai raja yang dilindungi oleh Perlembagaan negara, Sultan tidak seharusnya dilibatkan dalam isu-isu tertentu apatah lagi dalam bentuk penghinaan. "Ini bukan kali pertama Raja kami dihina, penghinaan terhadap raja kami adalah penghinaan terhadap kami," tegasnya. Selain menghina Sultan, Sulaiman Ali Sulaiman melalui paparan Facebooknya juga dilihat banyak menghentam Pakatan Rakyat termasuk menggunakan kata-kata kesat. Beliau juga turut menghina rakyat kelantan yang didakwanya sebagai 'bodoh'. Persada, sebuah NGO anak Kelantan kata Ali, tidak akan membiarkan perkara itu terus berlaku dan akan sentiasa berdiri teguh dan mempertahankan Sultan Kelantan sebagai payung pemerintah negeri yang berdaulat. Beliau sehubungan itu menggesa pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan kerana tidak menghormati institusi diraja. Turut mengiring Presiden adalah setiausahanya Razali Mat Ail, Penolong Setiausaha, Norfadhilah serta ahli jawatan kuasa Azihan Che Seman, Nur Izzah Daud dan M Shukrey. Harakahdaily |
Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah? Posted: 21 Apr 2011 09:32 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh. Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu. Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri. Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut. Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan. Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan. Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut. Inilah maudhu' sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN. Lebih penting adalah supaya 'penegasan-keinsafan' nanti bakal menjadi 'ingatan sempadan' agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang! Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan. Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006. Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri 'simpanan tetap' dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa. Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak. Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP. Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah 'petanda' segala yang buruk. Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian. Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa? Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai 'sandaran' atau 'baseline'nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas? Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau 'upward-trend'nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi. Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepatah guru pengurusan: 'Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya'. Dalam bahasa 'Pelaburan atau Investment', Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya "Upsides atau Potensi" yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah 'tepu'. Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan "undang-undang pulangan mengecil" atau tahap keluk "diminishing return", di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau 'return'nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan. Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL'alamin – lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini. Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, 'goodwill' dan 'sangka-baik' rakyat dan pengundi. Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat. Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja? Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya. Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya 'upsides' atau 'potensi' untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang 'gagal' kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU -13 akan datang. Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yang cuba dijual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang 'perdana'. Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaiki. Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti-parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambahan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu. Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir kerana amat munasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya. Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan tidak punya objektif strategik yang disepakati, sama ada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan. Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUN Sarawak. Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik "Grand Coalition" bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi "Potensi atau Upsides" yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang. Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN. Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, 'pendatang baru' seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politik Sarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya. Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan. Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prejudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik Pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik. Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaiki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya di kacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh Persekutuan Malaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh. Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan "Grand Coalition" untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang. Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar "Perubahan Besar" mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua! Dr Dzulkefly Ahmad adalah AJK PAS Pusat.Harakahdaily/- Oleh : Dr Dzulkefly Ahmad |
Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w Posted: 21 Apr 2011 09:00 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Hadith: DARI al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." Riwayat Bukhari Huraian Hadith: Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka. Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) |
Radioaktif masuk Lautan Pasifik Posted: 21 Apr 2011 08:30 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KAN (kiri) bersalam dengan penduduk yang mendiami penempatan sementara di bandar raya Koriyama di Fukushima, semalam. Lebih 5,000 terabecquerels iaitu 20,000 kali had dibenarkan loji TOKYO: Tahap radioaktif yang masuk ke Lautan Pasifik dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang musnah awal April lalu dianggarkan mengandungi lebih 5,000 terabecquerels bahan radioaktif iaitu lebih 20,000 kali had yang dibenarkan loji itu. Agensi berita Kyodo melaporkan ini bukan kali pertama pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) mengeluarkan data. TEPCO turut menambah jumlah kebocoran dianggarkan mencecah 520 tan. "Ini adalah kali pertama TEPCO mengeluarkan data menunjukkan jumlah sebenar bahan radioaktif yang mengalir keluar akibat kebocoran itu yang diuji dalam enam hari sejak 6 April. "Bagaimanapun kadar kebocoran itu adalah benar kerana pencemaran dikesan di laut sejak Mac," katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengisytiharkan kawasan pemindahan sekitar 20 kilometer berhampiran loji nuklear Fukushima sebagai zon dilarang masuk. Langkah itu berkuat kuasa pada waktu tengah malam selepas polis mendapati lebih 60 keluarga masih lagi tinggal di kawasan di sekitar loji yang dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu. Loji terbabit di mana sistem penyejukan reaktor terjejas, dilanda siri letupan dan kebocoran radiasi ke udara, kawasan tanah dan laut dalam yang disifatkan bencana nuklear terburuk dunia sejak Chernobyl 25 tahun lalu. "Loji itu tidak stabil," kata jurucakap Kan, Yukio Edano. "Kami meminta penduduk tidak pergi ke sana kerana ia berisiko tinggi." "Hari ini, kami memutuskan mengisytiharkan kawasan itu darurat berdasarkan undang-undang bencana," katanya. Kerajaan mengisytiharkan 20 kilometer kawasan loji itu sebagai zon tidak boleh masuk selepas gempa, selain meluaskan 30 kilometer kawasan lingkungan itu di mana penduduk mulanya digesa berada di dalam rumah tetapi kemudian diminta berpindah. – AFP |
Solat Berjamaah Di Perancis Akan Dilarang Posted: 21 Apr 2011 08:00 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Pemerintah Perancis mulakan semula fahaman anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversial melarang pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam. Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat menghalang kebebasan warga Muslim menunaikan kewajiban agama mereka. Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan. IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari jalan untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan." Menteri Dalam Negeri Perancis mengemukakan pernyataan itu ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, yang sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki kemudahan sangat terhad atau sekatan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain. Menjawab pertanyaan mengenai sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis boleh dibangunkan masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih lanjut bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangunkan. Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahwa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah. Berkait dengan perlaksanaan larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi menggalakan penggunaan "kekuasaan" dalam menjalankan ketentuan tersebut. Guéant hingga kini telah berulangkali meletakkan umat Islam sebagai sasaran, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat diberi perhatian dan akan menjadi halangan serius bagi Perancis. Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius. Langkah itu mendapat riaksi negatif oleh pendapat umum Barat. Laurent Booth, saudara perempuan isteri mantan perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis dakwaan para pejabat Perancis bahwa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keselamatan. Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang didakwa oleh para ahli politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika." -republika |
Posted: 21 Apr 2011 07:30 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PASIR MAS: "Hampir lima minit helikopter itu dilihat berlegar-legar di kawasan kampung sebelum mendarat cemas dengan keadaan bahagian hadapannya menjunam di dalam kawasan sawah kira-kira 100 meter di hadapan rumah saya. "Kejadian itu memang mencemaskan, namun mujur tiada kemalangan jiwa berlaku," kata Noraidah Ismail, 34, saksi kejadian sebuah helikopter mendarat cemas di Kampung Surau dekat Salor di sini, kelmarin. Gambar hiasan Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dua juruterbang helikopter yang sedang menjalani latihan di kawasan berkenaan berdepan detik mencemaskan sebaik pesawat dinaiki menghadapi masalah teknikal pada bahagian ekor sebelum melakukan pendaratan cemas. Situasi itu menyebabkan penduduk kampung bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan juruterbang terbabit, namun kedua-duanya selamat. Noraidah berkata, dia yang berehat di rumah bersama suami, Amran Che Min, 35, dan dua anak terkejut mendengar bunyi bising seperti kipas rosak di hadapan rumah. "Sebaik keluar rumah, saya lihat helikopter itu betul-betul menghadap rumah dalam keadaan menjunam. "Saya segera mendapatkan suami serta anak kerana bimbangkan keselamatan mereka berikutan kedudukannya hampir dengan rumah. "Selepas mendarat, dua juruterbang keluar dari helikopter dan seorang daripadanya bertanya kepada suami mengenai lokasi untuk membolehkan maklumat disalurkan kepada pusat latihan mereka di Pengkalan Chepa," katanya ketika ditemui di kawasan terbabit, semalam. Suri rumah itu berkata, sebelum kejadian penduduk kampung melihat helikopter itu terbang rendah. "Kejadian ini pertama kali berlaku dan mungkin masalah kipas rosak menjadi punca kejadian. Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku kerana juruterbangnya mampu mengawal helikopter dan mendarat cemas," katanya. Helikopter berkenaan terpaksa diangkut menggunakan lori dan proses memindahkannya ke dalam kenderaan itu mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum dibawa ke pusat latihannya di Pengkalan Chepa. Jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2 petang, kelmarin. |
Posted: 21 Apr 2011 07:15 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - VALENCIA - Real Madrid menewaskan musuh tradisi, Barcelona 1-0 dalam satu aksi final yang penuh dramatik untuk merangkul gelaran pertama Piala Raja Sepanyol sejak tahun 1993 awal pagi semalam. Kemenangan Real itu pasti memberi- kan kelebihan psikologi ke atas Barce- lona menjelang pertemuan separuh akhir Liga Juara pada 27 April ini dan 3 Mei depan. Gol tunggal perlawanan yang diperoleh menerusi tandukan Cristiano Ronaldo pada minit ke-102 masa tambahan, sudah cukup untuk menghadiahkan trofi pertama buat Jose Mourinho sejak membimbing kelab itu, Mei tahun lalu. PARA pemain Real Madrid meraikan kejayaan pasukan itu memenangi gelaran pertama Piala Raja Sepanyol sejak tahun 1993 awal pagi "Kejayaan ini adalah hadiah untuk se- mua peminat Real Madrid selepas kelab ini gagal mengecapi sebarang kejayaan sejak beberapa tahun lepas. "(Jose) Mourinho adalah seorang jurulatih yang menakjubkan," kata penja- ga gol Real, Iker Casillas. Sementara itu, Mourinho pula menga- kui pertembungan itu adalah amat sengit dan menarik. "Saya rasa ia satu perlawanan yang hebat yang mana semua pemain bekerja keras, memberi tumpuan penuh dan me- laksanakan tugas masing-masing dengan baik," kata Mourinho. "Barca adalah sebuah pasukan yang sentiasa inginkan kemenangan dan apabila tidak dapat menjaringkan gol, mereka mula berasa kecewa. "Baru-baru ini ada orang kata saya adalah jurulatih yang hanya hebat dalam mengejar kejuaraan dan bukan dalam permainan bola sepak. "Saya tidak kisah dengan kata-kata itu, malah gembira untuk menjadi diri saya yang sebenarnya. "Sekarang, saya telah memenangi empat piala di empat negara berlainan." Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berharap para pemainnya bangkit secepat mungkin. "Kami gagal bermain dengan baik dan menguasai permainan dengan rentak kami. Pemain juga banyak kehilangan bola," kata Guardiola. "Kami perlu lupakan kekalahan ini dan bangkit pada perlawanan selepas ini. Real bermain dengan baik pada ba- bak pertama dan beraksi seperti apa yang saya jangkakan. "Ia masih gaya permainan yang sama di Bernabeu, namun dengan beberapa pemain yang berbeza." AFP |
Posted: 21 Apr 2011 07:00 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SUNGAI SIPUT: Akibat ingin mengelak melanggar kera melintas jalan, penoreh getah maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan. Bagaimanapun, dalam kejadian di Kilometer 16 Jalan Karai Jawang - Sungai Siput, di sini, kira-kira jam 8.45 pagi semalam, Mohd Ridzwan Mohd Idris, 23, dia tetap gagal mengelak kera itu menyebabkan haiwan berkenaan mati. "Luluh hati mendapati mayat terbujur di atas jalan raya itu rakan baik saya sendiri," kata Aminuddin Alang Yahaya, 25, rakan arwah Mohd Ridzwan. Mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Kemiri Trosor maut serta-merta di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. Ketika kejadian, arwah dalam perjalanan ke kebun getah keluarganya di Kampung Berala, Sauk kira-kira setengah jam dari rumahnya. Aminuddin yang juga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Kuala Kangsar berkata, kali terakhir dia terserempak dengan arwah petang kelmarin ketika dia keluar bekerja dan hanya sempat melambai arwah. "Ketika pulang tempat kerja pagi tadi (semalam), saya lihat orang ramai berkerumun di jalan raya. Sebaik mendekati, saya terkejut mendapati mayat itu rakan baik saya," katanya di sini, semalam. Sementara itu, bapa arwah, Mohd Idris Kamaruddin, 53, yang ditemui di bilik forensik Hospital Sungai Siput (HSS) semalam berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya menuruti segala arahan dia berikan termasuk membantunya di kebun getah. "Arwah mengikuti semua kehendak saya, malah dia (arwah) dengan senang hati membantu saya di kebun getah," katanya. Katanya, ketika kejadian, dia tiba di kebun getah kira-kira jam 7 pagi dan menunggu arwah. Mohd Idris berkata, selepas sejam menunggu, dia dimaklumkan rakan arwah terbabit dalam kemalangan lalu ke tempat kejadian. "Setiba di sana, arwah sudah meninggal dunia dan saya sempat melihat bangkai kera dirempuh arwah kira-kira tiga meter daripada mayat arwah," katanya. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Abdul Azman Salim ketika dihubungi semalam berkata, motosikal arwah hilang kawalan selepas merempuh kera melintas jalan sebelum terbabas dan meninggal dunia di tempat kejadian. |
Pengkhutbah Islam diusir di Jerman Posted: 21 Apr 2011 06:45 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - BERLIN 22 April – Jerman mengarahkan seorang pengkhutbah Islam dari Jamaica meninggalkan negara ini dalam tempoh tiga hari. Pihak berkuasa mengarahkan pengusiran terhadap Bilal Philips yang lahir di di Jamaica, tetapi membesar di Kanada itu selepas satu perhimpunan Islam diadakan di Frankfurt, kelmarin. Philips dikritik kerana menyifatkan homoseksual sebagai jahat dan berbahaya serta menyokong pelaksanaan hukuman mati untuk mengurangkan jenayah. AFP |
Posted: 21 Apr 2011 06:30 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - SUBANG JAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, di sini, mempertaruhkan nyawa setiap kali melintas jalan di hadapan sekolah berikutan tiada jejantas di situ. Setiap hari pelajar berdepan risiko kemalangan kerana kenderaan yang lalu lalang seolah-olah berlumba sehingga tidak mengendahkan pelajar melintas. Tinjauan Metroplus mendapati keadaan menjadi sesak apabila tamat sesi persekolahan kerana pelajar berasak-asak melintas jalan untuk pulang ke rumah. BERBAHAYA...pelajar terpaksa melintas jalan walaupun pemandu memandu laju. Lebih menakutkan, ada ketikanya 'lori hantu' melalui kawasan berkenaan dan memandu laju tanpa mempedulikan pelajar yang menggunakan laluan itu. Pelajar, Ahmad Fakhrul Zahir Zulkifli, 15, berkata dia mengalami trauma apabila pernah melihat kejadian pelajar dilanggar kereta di kawasan berkenaan. "Pemandu memandu laju dan tidak mempedulikan kami yang ingin melintas. Saya kadang kala berasa ragu untuk melintas, namun kerana ingin cepat pulang ke rumah saya redah saja. "Saya juga pernah melihat pelajar dilanggar kereta sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan di sini sehingga terpaksa meminta ayah menghantar saya ke sekolah ketika itu," katanya. Sementara itu, pelajar tingkatan lima, Muthoharoh Yusof, 17, berkata dia yang sering pulang lewat petang gusar apabila melihat kenderaan dipandu laju tanpa mempedulikan pelajar melintas jalan. "Sejak sekolah ini dibuka pada 2004, kami bertarung nyawa setiap hari untuk ke sekolah. Kami harap pihak berkuasa segera membina jejantas di sini. "Sikap mereka (pemandu) yang melanggar lampu isyarat merah membahayakan kami. Saya nyaris dilanggar sedangkan ketika itu lampu isyarat berwarna merah," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan orang ramai mengenai masalah bahaya di kawasan berkenaan. "Sejak dulu orang ramai menggunakan lampu isyarat untuk melintas di tempat itu, mengenai bahaya yang perlu ditempuh oleh pelajar di situ kami akan menyiasat perkara ini. "Jika keadaan memerlukan jejantas dibina di situ, kami akan segera bertindak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya. |
Posted: 21 Apr 2011 06:15 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KARACHI 22 April – Sekurang-kurangnya 16 terkorban dan lebih 30 lagi cedera dalam satu letupan di sarang perjudian di selatan Pakistan, lewat semalam. Letupan itu berlaku di kelab perjudian terbesar di bandar Karachi yang dikenali sebagai Rummy Club, menurut pegawai kanan kerajaan, Sharfuddin Memon. "Ia adalah jenis bom buatan sendiri yang disembunyikan di dalam beg plastik dan diletakkan di kelab itu," kata Sharfuddin. – AFP |
Posted: 21 Apr 2011 06:00 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - MERSING: "Jaga diri awak baik-baik," itu pesan terakhir Mohd Fadli Suliman, 26, kepada tunang yang bakal dikahwini minggu depan, Siti Salwani Jamaluddin, 20, sebelum dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Felda Nitar-Mersing di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kereta Perodua Kancil dipandu Mohd Fadli ke tempat kerja bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier dari arah bertentangan. Akibatnya, Fadli tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Salwani berkata, sebelum kejadian, Fadli pulang ke rumah keluarganya yang berhampiran dengan kediamannya di Felda Nitar 2 untuk makan tengah hari. "Fadli berkerja di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau, Kluang, sebagai pekerja pembersihan dan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. "Selesai makan, Fadli terus ke rumah saya sebelum berpesan supaya saya menjaga diri, tidak sangka itu pesan terakhirnya sebelum dia dijemput Ilahi," katanya ketika ditemui di Hospital Mersing. Menurut Salwani, semua persiapan untuk melangsungkan perkahwinan sudah siap dan dia tidak menyangka hasrat mereka berumahtangga tidak kesampaian. "Kami mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat tetapi Tuhan lebih sayangkannya," katanya. Ibu Fadli, Salmah Ali, 60, berkata, sebelum kejadian, anaknya itu berkelakuan pelik kerana tidak menghabiskan nasi dihidang. "Dia tidak pernah berkelakuan sedemikian tetapi saya tidak mengesyaki akan berlaku sesuatu yang buruk. "Saya memang terkilan kerana tidak dapat melihat anak naik pelamin namun menganggap apa yang berlaku ini sebagai takdir dan reda dengan kejadian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. "Kancil dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Harrier itu. "Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya. Menurut beliau, pemandu Toyota Harrier yang berusia lingkungan 50-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. |
Kanak-kanak Korban Terbaru H5N1 Posted: 21 Apr 2011 05:45 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - PHNOM PENH 22 April – Seorang budak perempuan berusia lima tahun menjadi mangsa kedua virus selesema burung di Kemboja bulan ini. Menurut Kementerian Kesihatan Kemboja dan Pertubuhan Kesihatan dunia (WHO) semalam, budak perempuan dari wilayah Prey Veng meninggal dunia pada 16 April lalu. Dia juga merupakan mangsa ke-13 yang terbunuh akibat virus yang turut dikenali sebagai H5N1 itu dalam tahun ini. AGENSI |
Posted: 21 Apr 2011 05:31 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - KOTA KINABALU: Seorang lelaki anggota geng curi kabel yang hanya memakai seluar dalam maut, manakala rakannya parah selepas ditembak ketika cuba menyerang polis menggunakan parang di Kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kedua-dua lelaki terbabit ditembak selepas cuba menyerang sepasukan polis sebaik menyedari kegiatan mereka dikesan. Difahamkan, sebelum kejadian itu, beberapa petugas Telekom Malaysia (TM) yang melihat kegiatan kedua-dua suspek berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kegiatan itu. Berdasarkan laporan, sepasukan enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua kereta diletakkan di tepi jalan dan pemeriksaan di kenderaan itu menemui beberapa gulung kabel di tepi kenderaan terbabit dipercayai dicuri. Pada masa sama, dua lelaki yang berseluar dalam menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar beberapa anggota polis yang turut melepaskan tembakan amaran ke udara, tetapi tidak diendahkan. Malah, seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik sebelum cuba melibas parang sehingga memaksa tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri suspek. Melihat keadaan rakannya yang tersungkur, suspek kedua yang juga bersenjatakan parang berpatah balik dan cuba menyerang polis, tetapi menerima nasib sama apabila ditembak di kaki dan paha. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek pertama lingkungan 30-an mati di tempat kejadian, manakala suspek kedua berusia 38 tahun cedera di kaki dan paha kanan. |
Hingus Wartawan Wanita Keluar Semasa Buat Liputan Posted: 21 Apr 2011 04:59 PM PDT 18 Jamadilawal 1432H. [MOD] - TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam. SAPHIA KHAMBALIA masih membuat liputan di depan kamera walaupun hingusnya meleleh di Toronto, Kanada baru-baru in Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini. Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini. Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh. Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan