Majlis dirasmikan Yb Dato' Hj. Phahrolrazi dalam acara yang dianjurkan oleh Taliworks Langkawi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. bertempat di Loji Air Sg. Baru, Simpang Empat,Perlis.
Turut hadir dalam majlis tersebut ,Dato' Hj. Azemi bin Din Ketua Pegawai Eksekutif SADA,Ir Ng Seik General ManagerTaliworks dan Pengurus Taliworks En. Amran bin Abu Bakar.
Sambutan yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang, turut meraikan kehadiran pelajar-pelajar dari sekolah berhampiran sebagai lawatan ilmiah berhubung kepentingan air. Beberapa acara turut diisi sebagai inisiatif menanam pengetahuan kepada pelajar mengenai pembekalan air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan