Jumaat, 1 April 2011

.

.


ROMBONGAN PERTAMA PAS PAHANG BERANGKAT KE SARAWAK

Posted: 01 Apr 2011 12:50 AM PDT

Assalamu'alaikum warahmatuLLAH,

Syukur kepada ALLAH kerana kesemua 13 orang petugas PAS Pahang selamat tiba di KLIA jam 11.37 pagi tadi. Sehingga saya menulis mereka dijangka telah sampai di Kucing Sarawak.

Saya alhamduliLLAH berkesempatan bersama mereka, sekaligus mengiringi untuk ke piliharaya negeri Sarawak PRKN. Rombongan ini terdiri daripada empat lelaki dan sembilan wanita. Mereka diketuai oleh Che Zuhar dan setiausahanya ialah Sdr Razali Ramly.
Semoga kalian diberi kekuatan oleh ALLAH dalam menjalankan gerakerja pilihanraya di sana. Bersama dengan gerakerja pilihanraya ialah menyampaikan dakwah di bumi sarawak.

Pas Pahang telah diamanahkan untuk bertugas dan mengepalai gerakerja piliharaya di Dun Tanjung Datuk bersama negeri pembantunya Johor dan Melaka.

Dalam kesempatan yang singkat, saya telah merakamkan ribuan terimakasih bagi pihak PAS Pahang kepada mereka. termasuk beberapa pesanan dan nasihat buat mereka.

"Siiru 'ala barakatiLLAH = Berjalan-geraklah kamu sekalian dengan berkat daripada ALLAH".

Setapak 4:09petang.

Tiada ulasan:

Nuffnang