Ahad, 6 Mac 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rimas lihat sampah bertimbun

Posted: 05 Mar 2011 05:27 AM PST


Sinar Harian 5 Mac 2011

CHENGKAU - Penduduk di sini, memohon agar pihak yang berkaitan dapat mengutip sampah dengan lebih kerap lagi kerana mereka tidak tahan dengan bau busuk dan longgokan sampah yang dibuang hingga mencacatkan pemandangan.

Penduduk, Chong Kan Wah, 62, berkata, peniaga di sini, akan membuang sampah pada setiap hari dan jika keadaan ini dibiarkan dalam tempoh lama, sudah tentu sampah semakin bertambah.

Menurutnya, pihak berkaitan seharusnya mengutip sampah dengan lebih kerap bagi mengelakkan sampah bertimbun selain menambahkan tong sampah sedia ada bagi menampung jumlah sampah yang banyak.

"Saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemimpin setempat untuk mengambil serius masalah penduduk kerana keadaan di sini begitu kotor," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Malah, Kan Wah berkata, selain diselongkar haiwan sama ada kucing atau anjing liar, sampah yang lewat diangkat akan berulat dan menjadi punca bau busuk yang mengganggu penduduk ketika melalui kawasan ini.

"Timbunan sampah ini juga mengundang banyak kucing dan anjing liar datang ke kawasan ini untuk mencari makanan, di samping kehadiran lalat yang banyak di sini," katanya.

Menurutnya, masalah sampah bukanlah isu baru kerana banyak tempat mengalami masalah seperti ini, namun itu tidak bermakna pihak berkaitan perlu memandang ringan masalah berkenaan.

"Mereka perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini, supaya tidak berulang lagi. Langkah proaktif perlu difikirkan bukannya bertindak setiap kali menerima laporan tetapi selepas itu perkara sama tetap berlaku," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8832228.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang