Ahad, 6 Mac 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


DPK: YDP turun padang...

Posted: 05 Mar 2011 09:30 AM PST

5 Mac 2011- Ramah Mesra  bersama Ahli Pas Kg. Perpat kurang 2 jam sedikit sebanyak dapat menyampaikan beberapa info terkini serta merungkai salah faham ahli terhadap masalah yang berlaku ketika ini.Dalam pada itu, ucapan tahniah dinyatakan kepada penduduk kg. perpat atas kesungguhan serta usaha ,mereka dapat membina sebuah surau melalui kutipan sesama ahli tanpa menunggu peruntukan dari kerajaan negeri.

Ucapan ringkas yang disampaikan oleh YB Ir. Phahrolrazi menyentuh berkaitan  isu terkini kerajaan negeri.  Seterusnya penyampaian sumbangan 'Khemah Kedah Sejahtera' oleh kerajaan negeri bagi kawasan Kg. Perpat sambil diterima oleh MKK Kg. Perpat .





Dari kg. Perpat Ke Sematang Gunung


Majlis kedua pada tengah hari ini diteruskan lagi  dengan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS bg Cawangan Sematang Gunung  kali ke-29, hadirin yang sabar menanti kehadiran YDP  bagi merasmikan majlis tersebut tidak patah semangat walaupun waktu sudah menunjukkan 1.30 tengah hari.








Majlis diakhiri dengan Penyerahan Sumbangan & Hadiah kepada ibu tunggal dan fakir miskin serta pelajar cemerlang kawasan Sematang Gunung.Semoga bantuan dan hadiah tersebut dapat meringankan bebanan, juga menambah semangat belajar generasi ini.



Tiada ulasan:

Nuffnang