|  i n t a n h i j a u  | 
- DUN SARAWAK BUBAR ISNIN INI
- KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA
- TAIB NAK NGUNDOR DAH...
- KALAU SAH, KENAPA KAWAL KETAT...?
| Posted: 19 Mar 2011 08:52 AM PDT KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri  Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa  Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan  raya negeri diadakan. Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian. | 
| KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA Posted: 19 Mar 2011 02:00 AM PDT  INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA 
 
 
 
 
 sumber: berita harian | 
| Posted: 18 Mar 2011 11:29 PM PDT Ketua Menteri Sarawak  Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu  bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN  Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.  Taib  - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan  memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan  peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan. Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini. Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya. Taib  yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila  orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada  negara dan pelbagai bangsa.(malaysiakini) | 
| KALAU SAH, KENAPA KAWAL KETAT...? Posted: 18 Mar 2011 06:38 PM PDT KUALA LUMPUR 18 Mac: Pakatan Rakyat Perak  meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin  Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April  ini bebas daripada campur tangan polis. Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin(gambar)  pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan  ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan,  pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat. Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan  yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan  Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK). "Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak  ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun  124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan  melaksanakan tugas kami. "Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan  kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram  biar rakyat menentukan," katanya yang dilapor TV Selangor. Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk  Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang  dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas. "Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan  tarikh akhir pada 15 Mac untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan  lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa  rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih  dijalankan secara telus dan adil. Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti. | 
| You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 


 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan