Sabtu, 19 Mac 2011

.

.


MALASNYA AKU............nak

Posted: 18 Mar 2011 07:38 AM PDT

assalamu'alaikumwarahmatuLLAH.

Malasnya aku nak up-date blog ini. Dah hampir dua tiga bulan sebegini. Ideal ada, bahan ada tetapi untuk menulis dan mengarang sangatlah malas. Itu sebab kadang-kadang bahkan acap kali aku buat dalam bentuk "image" sahaja nota-nota atau bahan-bahan kuliah kat blog ini.

Aku masih ingat seorang ustaz berkata bahawa Sayyiduna Umar berkata supaya dibunuh sifat malas ini. Fuhhh! Tengah-tengah aku menulis inipun terasa malas.

Benarlah doa Nabi saw; s
"Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud :
Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" -(Riwayat dari Muslim)
Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.

Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tampa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.

Dalam hadis di atas Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.

Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya. Ya ALLAH tolonglah aku dalam menghadapi rasa malas ini. tk

Tiada ulasan:

Nuffnang