Nuffnang

Direct Free Kick

Posted by Tanpa Nama | Posted on 1:28 PTG

Direct Free Kick


22 TAHUN, RUGI RM100 BILION

Posted: 19 Mar 2011 10:31 AM PDT

Bekas penulis Asian Wall Street Journal, Barry Wain, di dalam bukunya "Malaysian Maverick" telah melaporkan Kerajaan Malaysia kerugian RM100 bilion sepanjang Tun Dr. Maharhir Mohamed menjadi Perdana Menteri.

 
Pembaziran ini berlaku akibat dari amalan rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan beliau.
 
Projek-projek atau kontrak-kontrak menjadi mahal sekiranya ia tidak diberi kepada pihak yang benar-benar melaksanakannya tetapi kepada pihak yang hanya akan mengambil komisyen. Yang buat kerja orang lain. Ianya cara mudah untuk membuat duit tetapi rakyat akan rugi.
 
Bayangkan jika RM100 billion ini dapat diselamatkan. Kita boleh mempunyai rangkaian lebuhraya yang lebih canggih dari sekarang tanpa perlu membayar tol untuk menggunakannya. Kita mungkin telah ada sistem LRT dan MRT yang lebih canggih dari negara-negara maju. Kita mungkin telahpun menjadi negara maju.
 
Malah bukan sahaja di bawah pemerintahan beliau tetapi rakyat turut rugi selepas pemerintahan beliau. Satu contoh ialah pembelian dua buah kapal selam Scorpene di mana RM557 juta telah dibayar sebagai "komisyen" kepada pihak ketiga. Kes yang sama juga berlaku di dalam pembelian kapal selam Agosta.
 
Pembaziran bukan hanya boleh berlaku di dalam projek-projek mega tetapi pada projek-projek kecil. Bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi di kampung-kampung.
 
Seorang Ketua Kampung di Terengganu, saudara isteri saya, pernah memberitahu saya bagaimana projek membuat parit di kampung beliau pernah diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor dengan nilai hampir RM20,000. Tetapi akhirnya projek itu dilaksanakan dengan kos kurang dari RM5,000 oleh pihak lain. Ini bermakna rakyat telah rugi RM15,000. Kalau ada 100 projek begitu maka rakyat akan rugi RM1.5 juta.
 
Bukan membuat parit sahaja boleh merugikan rakyat malah menempah bihun pun boleh merugikan rakyat. Ada orang pernah menawarkan saya untuk membekalkan bihun dan minuman dengan harga RM5 seorang untuk satu program mesra rakyat. Kalau dibeli di warung atau gerai, harga bihun adalah RM2 sepinggan dan teh secawan RM1. Ini bermakna pembekal itu telah "mark-up" RM2.  Kalau saya menempah untuk 200 orang, ini bermakna rakyat akan rugi RM400. Walaupun ia tidak setinggi komisyen untuk membeli kapal selam tetapi duit rakyat telah tetap dibazirkan. Di akhirat tetap akan disoal.

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP