Khamis, 3 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PEMUDA PAS TELUK INTAN ANJUR SEMINAR PILIHAN RAYA / ڤمودا ڤاس تلوق اينتن انجور سمينر ڤيليهن راي

Posted: 03 Mar 2011 06:09 AM PST


TELUK INTAN, 3 Mac - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Teluk Intan akan menganjurkan Seminar Pilihan Raya dengan tema Mempertahankan DUN N56 Changkat Jong. Program akan diadakan pada 6 Mac 2011 bersama hari Ahad di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Menurut Ketua Penerangan DPP Teluk Intan, Sdr. Mohd. Nur Basyir, seminar yang bakal dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin akan menampilkan tiga orang pembentang kertas kerja dalam kalangan pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Aziz, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din. 

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pemuda PAS cawangan-cawangan seluruh Teluk Intan agar dapat hadir beramai-ramai ke seminar tersebut.

"Antara objektif seminar ini adalah untuk meniupkan semangat kepada para pemuda PAS dalam berhadapan pilihan raya khususnya dalam mempertahankan kemenangan DUN Changkat Jong yang telah dimenangi pada PRU12 yang lepas," tambah beliau lagi.

Pada sebelah malamnya pula, para pimpinan DPP Pusat yang terdiri daripada Ustaz Nik Mohammad Abduh, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Sdr. Nazri Din akan berceramah di tempat yang sama.

intanhijau.blogspot.com

JOM PROTES SAMAN EKOR DENGAN KERTAS UNDI / جوم ڤروتس سامن ايکور دڠن کرتس اوندي

Posted: 03 Mar 2011 04:38 AM PST


JASIN, 3 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.

Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.

"Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor," katanya.

Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum.

"Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat.

Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini.

"Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara," ujarnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang