Khamis, 3 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Membantah Campur Tangan Asing Dalam Bentuk Ketenteraan di Libya

Posted: 02 Mar 2011 07:28 PM PST



Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyuarakan penentangan sekeras-kerasnya cadangan campurtangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menyelesaikan masalah di Libya.




Campurtangan pihak ketenteraan di atas nama Majlis Keselamatan itu sekali akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya, sepertimana campurtangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga kini malah akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.

Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan. Dalam masa yang sama OIC dan Liga Arab juga mestilah menunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Rabu, 27 Rabiul Awal 1432 H /  2 Mac 2011 

Hapus Saman Ekor : Kenyataan Akhbar Presiden PAS

Posted: 02 Mar 2011 04:35 AM PST


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya


Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011


Tiada ulasan:

Nuffnang