Khamis, 3 Mac 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Tulisan Yusuf Qardhawi sanggah Harussani.

Posted: 03 Mar 2011 02:16 AM PST

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Berhubung dengan kenyataan dari Mufti Perak, Harussani Zakaria (Gambar), disini kami terbitkan satu petikan daripada kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi mukasurat 222 - 224, cetakan pertama 1998 oleh Maktabah al-Qardhawi.

Petikan ini menunjukkan betapa seriusnya soal memilih pemimpin dan ianya sesuatu ajaran dari Islam. Sebagaimana yang saya tulis dalam Facebook dimana jika masih ada yang berpandangan bahawa mengaitkan undi dengan agama adalah salah maka selayaknya pandangan ini hanya sepatut keluar sari mulut seorang mufti di negara yang mengamalkan ajaran komunis kerana komunis memang menganggap bahawa agama itu adalah bahaya dan candu kepada masyarakat.

Mengundi Adalah Satu Bentuk Daripada Kesaksian

Jika kita melihat kapada sistem-sistem seperti pilihanraya atau pungutan suara, ia pada pandangan Islam adalah satu bentuk kesaksian terhadap kelayakan calon. Oleh itu seorg saksi iaitu adil dan latar belakangnya yang baik seper apa yang di Firmankan Allah yang bermaksud:

"Adakanlah dua saksi yg adil di antara kamu".

- [At-Talaq 65: 2]

Firma Allah lagi yang bermaksud:

"Dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi".

- [Al-Baqarah 2: 282]

Kita boleh meringankan syarat adil dan sifatnya di sini mengikut kesesuaian keadaan yang memungkinkan seramai mungkin rakyat memberikan kesaksiannya. Tidak akan digugurkan hak ini melainkan mereka yg telah disabitkan oleh Mahkamah jenayahnya yang mencemarkan kehormatan atau yang seumpamanya.

Sesiapa yang bersaksi kepada seorang yang tidak soleh bahawa dia adalah yangg soleh, maka sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang besar iaitu persaksian dusta yangg telah digandingkan oleh Allah dengan dosa syirik menyekutukan Allah sebagaimana firman-Nya yg bermaksud:

Maka jauhilah kekotoran syirik yg disebabkan penyembahan berhala serta jauhilah perkataan yang dusta.

- [Al-Hajj 22: 30]

Sesiapa yg bersaksi kepada seorang calon bahawa dia adalah seorang yang baik dan sesuai untuk sesuatu jawatan hanya disebabkan dia adalah kerabatnya, anak negerinya, atau untuk kepentingan peribadi yang diharapkannya maka dia telah melanggar perintah Allah.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan sempurnakan persaksian kerana Allah.

- [At-Talaq 65: 2]

Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya dalam pilihanraya sehinggalah calon yg amanah dan sesuai kalah, dan ia dimenangi secara majoriti oleh orang yang tidak mempunyai sifat kuat lagi amanah, maka sesungguhnya dia telah melanggar perintah Allah yang menyuruh memberikan kesaksian sedangkan dia telah dipanggil untuk melakukannya lalu dia menyembunyikan persaksiannya ketika seluruh umat Islam amat memerlukan persaksiannya.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi.

- [Al-Baqarah 2: 282]

Firman Allah lagi yg bermaksud:

Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikan , maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.

- [Al-Baqarah 2: 283]

Sifat2 dan syarat-syarat sedemikian adalah lebih utama bagi sifat dan syarat seorang calon.

Dengan kita menambah syarat-syarat dan petunjuk-petunjuk tersebut kepada sistem pilihanraya, kita akhirnya akan dapat menukarkannya menjadi satu sistem Islam walaupun pada asalnya ia diambil daripada orang lain.

Muka tak malu ?, Badrul Hisham akan hadir persidangan DUN Selangor

Posted: 03 Mar 2011 02:02 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PELABUHAN KLANG 3 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata, beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung bulan ini.

Beliau berkata, sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

21 mengaku tidak bersalah sertai HINDRAF

Posted: 03 Mar 2011 12:54 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 16 lelaki dan lima wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyertai pertubuhan haram iaitu HHINDRAF di Little India Brickfields di sini dua minggu lalu.

Berita Harian/-

Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan

Posted: 03 Mar 2011 12:45 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.

Beliau mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lalu bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terbabit.

Katanya, keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.

Berita Harian/-

Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia meningkat

Posted: 03 Mar 2011 12:40 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SINGAPURA 3 Mac – Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah AS$62.1 bilion, meningkat sebanyak AS$11.1 bilion berbanding tahun lepas, demikian menurut senarai kekayaan terbaharu yang disiarkan oleh Forbes Asia.

Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gabungan kekayaan itu naik hampir 22 peratus daripada senarai pada 2010.

"Sumber kewangan yang lebih baik itu datang daripada sokongan kekukuhan ekonomi negara yang berkembang 7.2 peratus tahun lepas, kadar tertinggi sejak 2000," kata Forbes.

Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.

Robert, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia.

Kekayaan beliau bernilai AS$12.5 bilion, naik sebanyak setengah bilion daripada tahun lepas.

Sumber terbesar kekayaannya ialah pegangan beliau dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.

Ananda, 72, berada di kedudukan ke-2 dengan kekayaan bernilai AS$9.5 bilion, naik daripada AS$8.1 bilion tahun lepas Maxis Communications Bhd miliknya merupakan penyedia perkhidmatan telefon selular terbesar di Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah menjadikan tiga syarikatnya sebagai syarikat persendirian: syarikat penyiaran satelit Astro All Asia Networks plc, syarikat kuasa dan perjudian Tanjong plc, dan pengendali satelit Measat Global Bhd.

Senarai 10 orang paling kaya Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien (AS$12.5 bilion); 2) Ananda Krishnan (AS$9.5 bilion); 3) Puan Sri Lee Kim Hua (AS$6.6 bilion); 4) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5 bilion); 5) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion); 6) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$4.7 bilion); 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.7 bilion); 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.5 bilion); 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (AS$1.25 billion); dan, 10) Tan Sri Tiong Hew King (AS$1.2 bilion).

Utusan Malaysia/-

Gaddafi benarkan siasatan antarabangsa diadakan

Posted: 03 Mar 2011 12:37 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 3 Mac - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menyatakan beliau akan membenarkan satu siasatan antarabangsa diadakan kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan berdasarkan laporan-laporan palsu berhubung keadaan di negara itu.

Bagaimana PBB boleh membuat keputusan berdasarkan 100 peratus laporan palsu,'' katanya dalam satu ucapan.

Beliau berkata, Libya juga perlu menyiasat kejadian yang berlaku dari al-Bayda sehingga ke Benghazi di mana kedua-dua bandar itu berada di timur negara ini telah jatuh ke tangan pemberontak.

Utusan Malaysia/-

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tren komuter

Posted: 03 Mar 2011 12:34 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KLANG 3 Mac – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru lahir ditemui ditinggalkan dalam tren komuter yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusop berkata, mayat bayi malang yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

"Mayat bayi ini dibungkus dengan kain dan diletakkan dalam beg plastik sebelum ditinggalkan di dalam tren," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat.

Utusan Malaysia/-

PRK DUN Kerdau: Pengundian pos bermula hari ini

Posted: 03 Mar 2011 12:24 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH 3 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada pukul 10 pagi di Plaza Majlis Perbandaran Temerloh di sini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, sejumlah 50 kertas undi pos dikeluarkan, masing-masing 14 untuk pengundi terdiri daripada anggota polis dan 36 petugas SPR.

"Kita sudah keluarkan semua kertas undi itu, dan proses pengundian bermula pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, SPR menyerahkan kertas-kertas undi anggota polis kepada Pegawai Penyelaras Undi Pos Polis, Cif Insp Mohd Irwan Ismawi Sapawi untuk dibawa ke pusat pengundian polis di Balai Polis Kerdau di sini.

"Semua anggota kita sudah bersedia, dan kami jangkakan ia akan selesai sebelum pukul 5 petang ini," kata Tarif.

Utusan Malaysia/-

PENDUDUK KAMPUNG PUJUT 7 DIARAHKAN PINDAH SECARA PAKSA

Posted: 03 Mar 2011 12:12 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Baru-baru ini rombongan PAS kawasan Miri telah melawat 7 buah keluarga di Kampung Pujut 7, yang telah diarahkan berpindah oleh pihak berwajib dalam tempoh 60 hari ke suatu tempat yang agak terpencil dan tiada kemudahan asas yang sepatutnya telah disediakan. Kisah sedih komuniti kecil itu, yang tinggal di pinggiran sungai Pujut dan berhampiran Jambatan Permyjaya,

telah beberapa kali dilaporkan dalam akhbar sebelum ini dan dalam berita yang berkaitan setinggan Miri, namun tiada usaha dari pihak berwajib untuk membantu meringankan bebanan mereka untuk memindah barang-barang rumah mereka. Mereka berharap ada bantuan dari pihak yang berwajib tetapi sehinggalah arahan pindah dikeluarkan baru-baru ini tidak ada seorang pun dari wakil pihak berwajib datang menolong menyelesaikan masalah mereka, menurut kata mangsa yang diarah berpindah.

Surat arahan berpindah masih ada di Pejabat Tanah dan Ukur (Land and Survey) Miri. Mereka yang terlibat diarahkan berpindah ke Tanah Lot, Desa Indah di Permyjaya, berhampiran dengan EMart. Namun, apa yang menyedihkan mereka tidak diberi sebarang pampasan perpindahan, malah, tanah penempatan baru mereka juga merupakan tanah hutan berpaya yang masih belum sesuai untuk dijadikan tapak perumahan.

Selain itu, segala kos perpindahan rumah dan pembinaan rumah baru tidak dibantu oleh kerajaan. Segala kerja dan kos mengangkut, barang keperluan rumah, kayu, zink dan papan rumah ditanggung sendiri oleh penduduk yang rata-rata merupakan penduduk berpendapatan rendah dan miskin. Ini amat membebankan mangsa yang terlibat terutama sekali mereka yang ramai keluarga serta kurang pendapatan.

Pada 27 Feb yang lepas, suatu lawatan prihatin oleh YB Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai telah diadakan. YB Firdaus, yang ketika itu sedang dalam lawatan kerja beliau di Miri, telah menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Turut hadir dalam lawatan tersebut Yang diPertua PAS Miri Hj Jofri Jaraiee, Pengerusi dan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Saudara John dan penyelaras Seketariat Menuntut HAK Tanah Rakyat (HAK) saudara Arif.

Mangsa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan lawatan tersebut. Rombongan menyatakan kesungguhan mereka untuk membantu mangsa dengan membawa kes mereka ke peringkat atasan. PAS dan Pakatan Rakyat Miri sentiasa prihatin tentang masalah rakyat yang kurang berkemampuan serta yang dizalimi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



PAS Miri

Bankrap: Alasan MB ibarat Pak Pandir

Posted: 03 Mar 2011 12:00 AM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 3 Mac: Kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Pahang berhutang sejumlah 2.17 billion dengan kerajaan pusat adalah biasa dan sama seperti negeri-negeri lain ibarat alasan 'Pak Pandir', kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Watak dongeng Melayu itu sinonim dengan kenyataan 'bukan anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga' kata Tuan Ibrahim, hanya untuk melepaskan diri dari dia dilihat lemah atau bersalah.

Katanya, menteri besar Pahang itu sepatutnya melihat peningkatan hutang tahunan negeri kepada kerajaan pusat telah sampai ke tahap membimbangkan.

"Apa yang mendukacitakan, bilamana anggaran hasil negeri hanya RM532 juta sedangkan belanja mengurus sahaja RM600 juta, pembangunan RM270 juta menjadikan jumlah bajet keseluruhan RM871 juta.

"Ini bermakna lebih dari RM300 juta bergantung kepada hasil pinjaman dari kerajaan Pusat," katanya pada sidang media harian PAS di pusat media PRK Kerdau di sini.

Semalam, Adnan terpaksa menafikan dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri hampir bankrap ekoran defisit bajet 13 tahun berturut-turut dan hutang dengan kerajaan pusat makin meningkat.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya defisit dua kali.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu," katanya.

Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan masih lagi dibayar dengan jumlah RM11,838 seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Selain itu, tuntutan melampau bagi projek Rumah Rehat Bentong turut dipersoalkan.

"Papan tanda 'Surau' yang harga pasaran RM60 dibayar kepada kontraktor RM542, lampu hiasan ruang tamu yang harganya hanya RM1,500 dibayar kepada kontraktor dengan harga RM38,700," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus membuka mata disaat mereka berdepan masalah ekonomi, kerajaan negeri pula melakukan pembaziran.

Katanya, sekarang adalah masa terbaik untuk membuat perubahan memilih calon dari Pakatan Rakyat.

"Pemilihan calon BN pada pilihan raya ini hanya akan meneruskan keadaan selepas 12 kali pilihan raya umum, inilah hasilnya.

"Rakyat perlu memilih wakil rakyat yang akan mengangkat isu-isu ini kepada kerajaan negeri," katanya.

Petugas BN menyamar ahli PAS

Menyentuh suasana kempen yang masuk hari kelima, beliau mendakwa mendapat maklumat seramai 200 petugas BN menyamar sebagai ahli PAS.

Mereka ini katanya, bergerak bertemu pengundi dan cuba menimbulkan provokasi.

Beberapa kain rentang bersifat provokasi juga telah ditemui dipasang di merata tempat, dan beliau memaklumkan laporan polis akan dibuat hari ini.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang banner dan bendera kempen yang dipasang petugas PAS.

Insiden itu katanya berlaku sejak awal kempen dan terbaru awal pagi tadi.

"Sehingga kini sebanyak 16 kain rentang dan berpuluh bendera hilanh dan enam kain rentang lagi baru hilang pagi ini.

"Saya menyeru kepada kanak-kanak nakal ini untuk menghentikan tindakan ini," nasihatnya.

Insiden itu didakwa berlaku di beberapa tempat termasuk Desa Murni, Kampung Ketam dan Kuala Tekal.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah.

Pemimpin PR Tegakkan Keadilan, Bukan Jaja Politik Murahan

Posted: 02 Mar 2011 11:45 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 MAC : Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional kerana mahu menegakkan pemerintahan yang bersih dan tuntas kepada keluhuran undang-undang, dan bukan untuk mencetuskan serangan peribadi semata-mata, kata Penasihat DAP Lim Kit siang.

Justeru beliau menolak tanggapan Umno bahawa parti-parti Pakatan Rakyat mencalar sistem demokrasi apabila mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pemerintahan Umno-BN.

"Kita tidak memusuhi parti atau rakyat tetapi individu atau pemimpin yang melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa. Itu harus dibezakan.

Kit Siang menolak bahawa permusuhan politik antara Pakatan dan Umno-BN memberi kesan buruk kepada rakyat.

Beliau bersetuju dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan gagasan pembangkang itu menentang Umno-BN atas soal-soal prinsip dan
kepentingan awam demi membawa kebaikan kepada rakyat.

"Saya rasa itu satu trend yang tidak sihat. Kita mahu berikan satu demokrasi yang sihat, tulen dan bersih. Dakwaan yang tidak bersih mengotori politik yang sepatutnya memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara," tegas Kit Siang.

Anwar dalam siri ceramahnya di Merlimau kelmarin menegaskan beliau tidak pernah bermusuh dengan ahli Umno atas dasar peribadi.

Sebaliknya, apa yang ditentang ialah sikap pemimpin zalim Umno dan budaya rasuah yang masih menebal dalam parti itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menegaskan, PAS senantiasa berpegang teguh kepada asas perjuangannya dan tidak berpolitik untuk mencari musuh semata-mata.

"Inilah prinsip yang telah PAS laksanakan dalam sejarah perjuangan kita sejak kali pertama PAS ditubuhkan dan kita memang tidak pernah mencipta permusuhan dari segi peribadi tetapi apa yang kita perjuangkan adalah ketidakadilan dan dasar-dasar perjuangan Islam dan prinsip-prinsip kemanusian. Itu yang sebenarnya perkara yang kita bertentangan dengan mereka," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perjuangan Pakatan Rakyat berpaksi kepada agenda untuk menegakkan
pemerintahan adil dan saksama.

"Pakatan jelas tidak pernah bermusuh dengan Umno sebagai parti tetapi kita memusuhi penyelewengan, penipuan dan kezaliman yang dibuat pimpinan tertentu dalam Umno. Benda ini bukan perkara baru, kita sudah tegaskan berkali-kali, termasuk Datuk Anwar sendiri,"katanya.

Nik Nazmi berkata, realiti politik semasa adalah ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Keadilan Rakyat menjadi sasaran Umno dengan menggunakan pelbagai taktik kotor demi menghakis kekuatan pembangkang.

"Umno ini hidup dengan menggunakan khidmat pelacur-pelacur politik di mana mereka dibayar dan diberi ganjaran dan kepentingan dengan tujuan menyerang kembali dengan menabur fitnah kepada Keadilan dan Pakatan. Jadi pada pendapat saya itu merupakan amalan yang kolot, kotor dan tidak sihat. Tetapi ia menjadi amalan mereka,"katanya.

Tv Selangor/-


Empat Sifat Orang Mukmin Sidiq, Amanah , Tabilq dan Fatanah.

Posted: 02 Mar 2011 11:32 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Abu Basyer

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap orang mukmin yang ingin menjadi para daie yang istiqamah perlulah mewarisi sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun mungkin sebagai manusia biasa kita tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat yang mulia ini kerana para Nabi dan Rasul bersifat maksum, tetapi sebagai asas akhlak yang mulia perlulah empat sifat ini menjadi pakaian dan perhiasan untuk para daie yang mukmin, yang berhasrat menjadi pewaris para nabi untuk menegakkan risalah Allah S.W.T.

Perwatakan seorang mukmin mestilah dihiasi dengan sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana juga diharumi dengan sifat mengasihi dan menyayangi serta sentiasa mengalirkan kegembiraan dalam perhubungan, menjadikan akhlaknya sentiasa menjadi ikutan masyarakat.

Dalam dirinya tercantum segala sifat-sifat mahmudah yang sejati. Pada waktu siangnya bekerja keras untuk mencari nafkah untuk keluarga dan pada masa yang sama menyampaikan mesej dakwah dan tarbiah kepada masyarakat. Di waktu malamnya solat tahajud, berdoa dan bermunajat sehingga menitiskan air mata penyesalan mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Sahabat yang dikasihi,

Di sini akan difokuskan kepada empat sifat dasar yang merupakan sifat yang perlu ada pada setiap orang mukmin yang menjadi pemimpin umat. Sifat-sifat tersebut adalah siddiq, amanah, fatanah dan tabligh. Apabila sifat sifat ini lahir dalam kehidupan maka ianya akan menjadi contoh kepada umat Islam lain yang mengharapkan keredaan Allah S.W.T.

Sifat-sifat tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Siddiq (Benar)

Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain.

Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as -Siddiq.

DariAbdullah bin Masud, Nabi S.A.W. bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya siddiq (benar) itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan pula akan membawa kepada keburukan,dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama)Allah, Allah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Surahal-Ahzab ayat 35).

Selain mendapatkan keampunan dan ganjaran yang besar dari Allah, golongan siddiqin juga akan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama nabi, orang syahid, serta salihin.

Seorang mukmin akan sentiasa berkata benar tidak berbohong, mungkir janji dan lidahnya tidak suka mengumpat dan memfitah orang lain walaupun terhadap orang fasik yang menghina dan menyerang peribadinya. Setiap nasihat dan tunjuk ajarnya membuatkan seseorang tertarik untuk mendekatkan diri dengan Islam kerana tuturkata yang lemah lembut dan penuh hikmah.

Kedua : Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. Oleh kerana sifat amanah suduh hilang atau berkurangan maka kesan daripadanya menyebabkan hutang negara bertambah kerana membazirkan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bangkrap akibatnya negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Selain daripada itu kesan sifat tidak amanah ini juga maka kadar jenayah semakin meningkat kerana tidak ada amanah diperingkat penguasaan undang-undang.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Ketiga : Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud : "Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. "

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran ayat Ayat 104)

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)

Berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan diperintahkan supaya hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya." (Hadis riwayat Muslim)

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas)

Sifat keempat ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Kita dapati ada dikalangan para pendakwah yang cuba menyampaikan Islam dengan cara yang keras dan kurang hikmah hingga menyebabkan orang yang bukan Islam menganggap Islam itu ekstrim dan agama yang tidak ada toleransi. Ada setengahnya pula menyerang peribadi-peribadi tertentu untuk menjadi bahan ketawa. Perlulah diingatkan cara berdakwah yang berkesan adalah tidak mendedakkan keaiban seseorang dan berdakwah dengan cara lemah lembut dan penuh hikmah kerana inilah cara dakwah Rasulullah S.A.W. , betapa ramai orang kafir yang memusuhi Nabi S.A.W. tetapi akhirnya memeluk Islam kerana melihat ketinggian akhlak dan peribadai baginda.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita sama-sama mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah. Sifat yang mulia ini adalah sifat yang wajib dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Jika kita mempunyai sifat-sifat yang mulia ini barulah kita layak mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan termasuk dikalangan hamba yang dirahmati Allah S.W.T. dan akan layak memasuki syurga-Nya.

SUDAH LAMA PEMIMPIN UMNO KHIANATI BANGSA MELAYU.

Posted: 02 Mar 2011 11:23 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecahbelahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihanraya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi reality sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa melayu di Malaysia selama ini.

Memetik ucapan beliau " Yang merosakkan Melayu sejak merdeka dulu adalah Umno. sudah 53 tahun merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir,nasib orang melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?. Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?" umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang melayu digadaikan, hak keistimewaan orang melayu dihakis , bahasa melayu diketepikan"

" Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun"

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia,matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

ustazabubakar.worpress.com


Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?

Posted: 02 Mar 2011 11:09 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said .

Sertai PAS: Umno Kuala Krau tolak menolak

Posted: 02 Mar 2011 11:02 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 3 Mac: Ketua Pemuda Umno Kuala Krau, Wan Salman Wan Ismail menafikan bekas Ketua Umno cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif dan 11 ahli lain menyertai PAS namun beliau meminta meminta penjelasan lanjut dari Ketua Penerangannya pula.

"Kita (Umno) telah berhubung dengan Muzamil dan beliau tidak menyertai PAS," katanya ketika dihubungi hari ini oleh laman web Free Malaysia Today (FMT).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas ketua Umno Jengka 25 ke dalam parti Islam itu malam semalam.

Muzamil bersama 11 ahli Umno cawangan berkenaan (gambar) telah menyerahkan borang penyertaan tersebut kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di rumahnya.

Wan Salman, bagaimanapun, enggan mengulas apabila diberitahu ada gambar yang menunjukkan Muzamil menyerahkan borang keahlian PAS kepada Abdul Hadi. Sebaliknya beliau mahu wartawan mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Krau, Datuk Mohamed Jaafar.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Mohamed tidak berjaya. Seorang lagi ahli jawatankuasa Umno Kuala Krau, Mohd Ali Hanafiah Ahmad ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu perkara tersebut.

Selasa lalu, seramai 12 ahli Umno dari Felda Jengka 25 bertindak keluar parti untuk menyertai PAS.

Ahli-ahli Umno termasuk bekas Ketua Cawangan Umno Jengka Jengka 25, Muzamil Mualif menyertai PAS selepas dua hari Perdana Menteri mengadakan lawatan ke situ dengan mengumumkan projek pembangunan berjumlah jutaan ringgit.

Ahli-ahli Umno itu dikatakan kecewa dengan Najib ketika berkunjung ke Jengka yang disifatkan tidak serius mahu membantu masyarakat peneroka.

Satu majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diadakan sempena kemasukan tersebut di rumah bekas Ketua Cawangan Umno itu sendiri, Muzammil Alif yang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muzammil merupakan pengasas Umno di Jengka 25 dan menjawat jawatan ketua cawangan di situ selama 15 tahun.

Beliau juga merupakan pembantu kepada bekas Adun Sanggang, Allahyarham Datuk Abdullah Kia.

Harakahdaily/-

Umi Hafilda hanya tentera upahan - Halim

Posted: 02 Mar 2011 10:15 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 3 Mac: Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan Ummi Hafilda sebagai askar upahan Umno BN untuk membantu kempen mereka.

Abdul Halim (gambar) tidak menolak kemungkinan Ummi dibayar Umno BN untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR.

"Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar.

"Saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagaimanapun berkata, Ummi digunakan pada waktu yang tidak tepat dan tidak memberikan impak yang besar kepada pada PRK di Merlimau ini.

Katanya, PRK ini melibatkan calon PAS dan BN, tiada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang sedang difitnah Ummi.

"Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum, Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?

"Ini politik kotor yang digunakan Umno untuk mempengaruhi pengundi. Ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon, ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).

"Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita," katanya.

Tambahnya, Umno BN harus mengetengahkan isu tempatan yang melibatkan kebajikan rakyat daripada membawa isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

"Bukan isu pun, di sini isu tempatan banyak...Ummi Hafilda (gambar) ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan.

"Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia.

"Saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil...tiada kesan.

"Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan Melaka dan tak ada intergriti ketua menteri itu ada kesan.

"Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," sindir beliau.

Malam tadi, Ummi Hafilda menyampaikan ceramah dengan membawa fitnah yang sama mengenai Anwar dan Azmin di Kampung Chinchin, dekat sini.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria.

CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus

Posted: 02 Mar 2011 10:06 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN 3 MAC : Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.

-Malaysiakini

"Dewa Puisi" Li Bai (7)

Posted: 02 Mar 2011 08:00 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Bandar Jinling sudah kehilangan suasana sebagai hab politik kebangsaan yang bercorak imperialis, menurut pandangan Li Bai. Ketika mengunjungi bandar itu, Li Bai mendapat layanan yang ramah dari rakyat tempatan. Pada saat makan jamuan perpisahan, ada penyanyi perempuan yang cantik diatur menemani Li Bai, sedangkan kawan-kawannya seorang demi seorang mengangkat cawan untuk minum arak dengannya sambil menyuarakan kata-kata berdoa. Kesemua layanan yang disediakan dalam suasana mesra itu memang sukar dilupakan oleh Li Bai.

Selepas meninggalkan bandar Jinjing, Li Bai memilih meneruskan perjelajahannya ke bandar Yangzhou melalui sungai Yangtze. Yangzhou merupakan satu bandar antarabangsa yang makmur ketika itu. Li Bai belum pernah melihat pemandangan bandar yang begitu makmur lagi riuh rendah. Beliau turut memutuskan bersama dengan kawannya menginap di sana lebih lama sedikit sehingga tibanya musim panas. Mereka bersiar-siar di bandar itu dengan menikmati pemandangan alam yang indah sebebas-bebasnya.

Setelah tiba musim gugur, Li Bai jatuh sakit di Huannan (satu tempat yang dibawah pentadbiran Yangzhou). Beliau berasa agak gelisah kerana terpaksa menerima rawatan di tempat yang jauh dari kampung halamannya, malah menghadapi harapan yang tipis bagi menubuhkan kerjayanya. Yang boleh membantu Li Bai meringankan penderitaannya dalam merindu kampung halamannya ketika itu hanyalah surat-surat sahaja yang dikirim dari kawan-kawannya.

Setelah sembuh di Huannan, Li Bai memutuskan menjelajah ke Gusu. Raja Fucai dari Negeri Wu, dan gundik yang paling dimanjakannya, Xisi, yang diikhtiraf sebagai seorang dari empat jelitawan yang paling tersohor dalam sejarah purba China, pernah makan, minum dan nonton secara semewah-mewahnya tanpa mengira malam atau siang harinya di sana.

Ketika mengenang kembali sejarah silam itu, Li Bai menghasilkan sebuah puisi yang bertajuk "Wu Qi Qu" yang berorientasikan rumusan terhadap sejarah. Puisi itu kemudiannya mendapat pujian tinggi dari He Zhizhang, seorang penyajak yang tersohor yang lebih senior daripada Li Bai ketika itu. Beliau menyifatkan karya ciptaan Li Bai tersebut "mampu mengharukan dewa-dewi."

Ini mencerminkan bahawa Li Bai ketika meneruskan penggunaan tajuk yang konvensional dalam menghasilkan sejumlah puisi untuk kegunaan Jabatan Muzik Diraja, tidak lupa menambah isi kandungan yang segar dalam karya-karya seumpama itu. Li Bai bukan sahaja berminat mengimbas kembali cerita-cerita yang romantik yang berlaku di Gusu pada zaman purba, tetapi juga berminat menikmati pemandangan yang indah di situ yang tentulah tidak lepas dari gadis-gadis tempatan yang cantik. Ketika mengunjungi Gunung Niaoluo yang pernah menyaksikan Xisi mencuci pakaiannya yang dibuat dari kain kasa, Li Bai tidak lupa menghasilkan puisi-puisi yang menggambarkan kehidupan gadis-gadis tempatan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Selepas itu, Li Bai memutuskan menamatkan penjelajahannya di bahagian timur dan pulang kampung dengan berjalan menuju ke barat. Setelah tiba di Jingmen, bandar yang pertama yang beliau singgah setelah memulakan penjelajahan sebelum itu, Li Bai berasa malu jika terus pulang kampung kerana masih belum mencapai apa-apa pun jasa atau kemajuan dalam merealisasikan cita-citanya. Dihantui rasa ragu-ragu, Li Bai sedar tak sedar sudah tinggal di Jingmen selama tiga bulan. Akhirnya, beliau memutuskan untuk memulakan semula penjelajahannya, tak kira diseksa oleh rasa rindu terhadap kampung halamannya.

Kali ini, Li Bai terlebih dahulu bertolak ke pinggir Tasik Dongting di mana dikebumikan bangkai Wu Zhinan, rakan akrabnya, untuk memindahkan bangkai itu ke Jiangxia (Bandar Wuchang, Provinsi Hubei sekarang).

CRI/-

"Dewa Puisi" Li Bai (6)

Posted: 02 Mar 2011 07:00 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Li Bai berasa gembira ketika bertemu dengan Sima Zhen, dan turut menyerahkan karyanya kepada penganut Tao yang tersohor itu untuk meminta tunjuk ajar.
Pada mula-mulanya, Sima Zhen sudah pun terpikat oleh Li Bai yang kelihatan tampan dan berkrisma, tubuh badannya tinggi, dan tingkah lakunya bersopan santun.

Apalagi setelah membaca karyanya yang mempunyai corak tersendiri, Sima Zhen terkagum dan terus menyuarakan pujiannya, "orang ini ibarat dewa dari kayangan, malah bakatnya dalam bidang kesusasteraan boleh menjadikannya sebagai teladan dewa-dewi."

Perkataan Sima Zhen tersebut adalah pujian yang tertinggi terhadap seseorang yang berbakat mengikut ajaran Tao. Maksudnya hampir sama dengan pujian yang disuarakan oleh He Zhizhang (seorang penyajak yang tersohor) kemudiannya yang amat terkagum dengan kebakatan miliki Li Bai dan terus melontarkan perkataan "Zhe Xian Ren" yang bermaksud "dewa yang hidup dalam buangan di khalayak".

Sementara itu, Li Bai berasa amat digalakkan selepas diberi penghargaan yang begitu tinggi daripada Sima Zhen. Penyajak itu memutuskan untuk mengejari cita-cita yang mulia, malah menjelajahi dunia yang penuh dengan fantasi yang digambarkan oleh Sima Zhen. Kerana menurut pandangan Sima Zhen, dunia seumpama itu sesuai dengan "dewa yang berbakat" seperti Li Bai.

Dirangsang oleh rasa gembira, Li Bai segera menghasilkan sebuah "Fu" (sejenis bentuk sastera tradisional China pada zaman purba) dengan diberi tajuk "Da Peng Yu Xi You Niao Fu". Beliau menyifatkan diri sendiri sebagai "Da Peng", sejenis burung helang yang raksasa lagi bergerak pantas. "Fu" itu merupakan artikel yang pertama yang membantu Li Bai menyebarkan namanya di negara China.

Jiangling, bandar pertama dalam penjelajahan Li Bai sejak beliau meninggalkan kampung halamannya, dilihat sebagai permulaan proses perjuangan penyajak itu dalam arena politik, dan permulaan riwayat hidupnya sebagai sasterawan bagi menghasilkan karya-karya yang cemerlang satu demi satu.

Setelah meninggalkan bandar Jiangling, Li Bai memilih berjelajah melalui bandar Yueyang, dan terus menuju ke selatan hingga destinasinya, Tasik Dongting. Pada suatu hari, ketika Li Bai bersiar-siar di Tasik Dongting dengan menaiki perahu, seorang kawannya yang bernama Wu Zhinan yang menemaninya sejak sekian lama selepas beliau meninggalkan kampung halaman di Provinsi Sichun, meninggal dunia secara mendadak akibat penyakit parah.

Li Bai berasa agak sedih dan terus berlutut di sebelah jenazah kawannya. Kemudian, beliau menangkis sekuat-kuatnya sehingga menjadikan mereka yang berjalan kaki melalui tempat itu pun terharu.

Li Bai terpaksa menerima kenyataan yang amat menyedihkan itu. Memanglah malang jika ditimpa nahas seumpama itu dalam perjalanan penjelajahan. Beliau mengebumikan jenazah kawan itu di pinggir Tasik Dongting untuk sementara waktunya, lalu meneruskan penjelajahannya ke timur.

Li Bai bercadang memindahkan bangkai kawan itu balik ke kampung halamannya apabila beliau menyelesaikan penjelajahan ke kawasan bahagian tenggara negara ini.

Selepas itu, Li Bai tiba di Gunung Lu di mana beliau menghasilkan sebuah puisi yang sangat terkenal yang bertajuk "Wang Lu Shan Pu Bu" yang bermaksud "melihat air terjun di Gunung Lu".

CRI/-

Khalil : Rakyat ditindas dengan saman ekor.

Posted: 02 Mar 2011 06:49 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 3 Mac : Isu rakyat yang sedang hangat diperbincangkan mengenai saman ekor yang makin ligat memburu rakyat yang dihukum tanpa ada satu pun langhah yang lebih mesra rakyat melainkan rakyat terus diburu supaya membayarnya, demikian respon Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"Rakyat perlu tahu ke manakah wang mereka setelah bekerja siang dan malam, pihak lain tiada hak ke atas wang yang diusahakan, tapi BN telah menunjukkan bahawa mereka ada kuasa atas wang rakyat," ujarnya.

Tambahnya, rakyat perlu pembelaan dalam isu aliran keluar masuk wang simpanan mereka, dan tiada siapa pun yang boleh memaksa rakyat untuk berbelanja terhadap perkara di luar perancangan.

"Siapa lagi kalau bukan pemerintah yang menjamin hak ini, tapi umno BN telah khianat dalam isu ini, rakyat dipaksa untuk membayar saman ekor yang tidak demoratik itu" tegasnya.

"Terdapat 15 juta saman ekor yang telah dikeluarkan, mereka disenarai hitamkan berdasarkan undang-undang yang belum dikuat kuasakan lagi, mereka paksa rakyat patuh undang-undang," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana rakyat boleh dididik dengan saman ekor sedangkan yang nampak hanya lebih banyak kepada unsur menghisap darah rakyat ?

Dalam pada itu Khalil menjelaskan, undang-undang yang mengatakan rakyat wajib membayar dan disenarai hitamkan adalah satu kezaliman kepada rakyat. Kerajaan tidak berhak berbuat begitu kepada rakyat dan menafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan.

"Maklumat ini perlu disebarkan kepada rakyat dengan segera," tegasnya.

'Berita sebegini mesti disebarkan kepada pengetahuan umum, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memuji langkah membantah saman eskor seperti yang diadakan dilaman Facebook," jelasnya lagi.

"Setiap rakyat bertanggungjawab untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan saman ekor bila berkuasa di Putra Jaya. Kerana itu rakyat wajib bangkit untuk tumbangkan BN yang zalim di PRU 13 nanti," tegasnya.

HAPUS SAMAN: KOMITMEN PR KE PUTRAJAYA

Posted: 02 Mar 2011 06:38 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang telah memberikan jaminan bahawa semua saman ekor yang telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dihapuskan jika rakyat memberikan sokongan kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) untuk sampai ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

DPPN Pk yakin bahawa menyenarai hitamkan semua kenderaan kerana tidak membayar kompaun saman adalah bertentangan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Hak terhadap harta : (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini bermakna JPJ dan PDRM bertindak bertentangan dengan peruntukan sedia ada kerana setiap tindakan menyenarai hitamkan kenderaan mestilah melalui proses undang-undang di Mahkamah.

DPPN Pk yakin jaminan daripada PAS / PR mampu merungkai kekalutan undang-undang tersebut yang seolah-olah tidak mengikut lunas peruntukan yang ada dan hak bagi seorang rakyat di bawah kerajaan berdaulat yang mengamalkan Sistem 'DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA BERPELEMBAGAN'. Hala tuju untuk sampai ke Putrajaya adalah komitmen yang akan memastikan semua bentuk penindasan kepada rakyat akan dikeluarkan daripada kepompong penindasan yang kian meruncing.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dr B Chandran tekad bantu PAS

Posted: 02 Mar 2011 06:16 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Proaktif tarik bukan Islam

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan melakukan gerakan secara proaktif kepada bukan Islam khusus di negeri ini berhubung sasaran parti bagi merealisasikan hasrat 'Pas Ganti UMNO'.

Wakil DHPP Terengganu, Dr B Chandran berkata, pihaknya akan menjalankan kempen penerangan untuk menjelaskan kepada golongan bukan Islam berhubung kepentingan untuk mewujudkan kepimpinan pentadbiran Islam di bawah Pas.

Menurutnya, keyakinan terhadap kerajaan Pas akan dikongsi dengan masyarakat bukan Islam lain yang masih tidak melihat kehebatan Islam mampu mewujudkan keadilan sejagat.

"Kita sebagai orang bukan Islam nampak adanya sebuah kepimpinan Islam yang baik di Kelantan dan kita melihat tiada masalah pentadbiran di negeri itu dan tiada rungutan daripada kaum lain.

"Jadi, kita melihat perlunya sebuah pentadbiran Islam di Terengganu kerana Islam mempunyai 'standard' tersendiri.

"Kalau Islam dapat diwujudkan dan ditadbir oleh orang Islam kita yakin orang bukan Islam akan mendapat keadilan sama," katanya.

Dalam masa sama, beliau mendakwa kerajaan sedia ada tidak mampu memberi keadilan khususnya terhadap kaum India yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan.

Beliau menjelaskan, MIC tidak mampu membela kaum tersebut dan mendakwa UMNO parti yang kuat dan mampu mempengaruhi sesuatu keputusan.

"Kita sedar berlaku ketidakadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan apabila mereka tidak prihatin kehendak masyarakat India," katanya.

Beliau turut mendakwa UMNO tidak menjaga kepentingan kaum Melayu tetapi lebih kepada kroni.

"Dulu kita sokong 110 peratus BN dengan mengharapkan keadilan tetapi itu tidak berlaku," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tiada pilihan melainkan berusaha membantu Pas untuk menubuhkan sebuah pentadbiran Islam kerana yakin hanya pentadbiran Islam sahaja boleh melakukan keadilan.

Beliau juga turut yakin dengan perundangan Islam apabila menganggap tiada perundangan lain yang boleh mengatasi perundangan Islam.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Harussani buat kenyataan hanya yang untungkan Umno

Posted: 02 Mar 2011 06:03 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Tok Guru Nik Aziz Kesal Dengan Kenyataan Terbaru Harussani
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Yang Dipetik Dari Laman Facebook Beliau..


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak di dalam Sinar Harian hari ini. Kata beliau, jangan guna hukum untuk tarik undi. Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Tidakkah seluruh amalan dlm hidup ini tertakluk pada hukum? Samada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Jika masuk tandas pun ada hukum, takkanlah memilih pemimpin tidak ada hukumnya? Tidakkah Nabi meninggalkan kota Mekah untuk berjuang menegakkan negara di Madinah, ertinya perjuangan menegakkan negara merupakan sebahagian perjuangan baginda. Terfikir saya, muftikah ini?

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pilihanraya adalah satu pilihan bagi Pas dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Dan undi tentunya diperlukan untuk menang dalam pilihanraya.
kalau dah tak boleh cakap soal hukum dalam menarik undi samalah seperti memisahkan agama dari politik dan apa pula hukumnya orang yang memisahkan agama dari politik.

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dipertikaikan Harussani harus dilihat dalam kontek lebih luas dan dinilai secara keseluruhan ucapan beliau bukannya ambil separuh dan hentam secara membuta tuli.

Yang menariknya kenapa kenyataan Harussani dikeluarkan menjelang hari hari terakhir tempoh berkempen PRK Kerdau dan Merlimau.Mungkin ada maksud yang tersirat.

Ambo sebenarnya masih menunggu respon Harussani berkaitan isu lawatan Najib ke makam Mustaffa Kamal Ataturk LIHAT DISINI .Namun sehingga hari ini masih belum ada apa2 kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak ini.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat.


Anak Lelaki di Belakang Bapa Yang Berkuasa

Posted: 02 Mar 2011 05:45 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Ada pepatah Arab yang menyebut 'Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.' Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya. Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.

Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.

Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarak atau nama sebenarnya Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara.

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni.

Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.

Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini. Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah, Uday Saddam Hussein al-Tikriti. Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad. Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday. Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq.

Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.
Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo.

Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss.

Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss. Jenayah kedua Uday.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi .

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas. Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akan dipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib. Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan.

Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday. Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'Haidar' bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.
Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku.

8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau. Jangkaan awal beliau akan lumpuh. Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat.

Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.

Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun berkuasa. Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008
menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan 'plagiarism' pada thesis PhD beliau. Plagiarism didefinisikan sebagai 'The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own' (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri).

Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut.

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.

Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya.

Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini akan mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan Negara akan diambil alih oleh orang asing.

Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih 'aman' dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Hadi : Umno Rendah Martabat Islam Demi Kelangsungan Politik

Posted: 02 Mar 2011 05:30 PM PST

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 3 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbirannya

Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu.

"Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama.

"Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Chinchin sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini malam tadi.

Ini merupakan ceramah pertama Hadi semenjak kempen pilihan raya kecil kawasan Merlimau berlangsung.

Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno,lapor The Malaysian Insider.

"Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam.

"Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara telah melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

"Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah.

"Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno," kata Hadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Menurut Hadi, Umno tidak layak untuk menunjukkan model Islam terutamanya kepada orang bukan Islam kerana parti Melayu terbesar itu telah banyak melakukan penyelewengan termasuk rasuah.

"Umno amalkan rasuah, politik wang... inilah politik suku agama suku, ini PAS tidak boleh.

"Jadi Umno tak boleh tunjukkan model Islam kepada orang bukan Islam," katanya.

Tv Selangor/-

Tiada ulasan:

Nuffnang