| Anwar As I Know Him From His Schooldays Posted: 09 Sep 2012 01:24 AM PDT DSAI ….. ' I AM INDEBTED TO YOU, SIR TEACHER …. 'I AM OBLIGED TO YOU ALL MY LIFE ,YB DSAI ' These poignant words 'I am indebted to you, Sir 'from an ex-student of national and international refute and fame make me proud and happy. All his teachers at MCKK bear testimony to the fact that he had always expressed his appreciation and gratitude to every teacher for some new knowledge gained or some new skills acquired or even for some ,little favours such as words of advice or encouragement .Even as a student at MCKK, he kept in touch with his Primary School teachers thanking them for all they did for him to make him a better student –a better person . Here is an interesting incident that shows the breed of teachers of yesteryears as well as the character of Anwar as a pupil.…His letter of thanks to his English language teacher, Mr.Francis Ho , was returned to him with the all his mistakes underlined in red . Anwar proudly showed this to the class ,and promptly sent back a new letter with all the corrections made ,.of course ,with an additional ' Indebted ' note attached . When YB Anwar returned to MCKK, after decades, as the Minister of Education, to officiate ' The Speech Day', 'the non-teaching staff' were over-whelmed by his presence, .and tried to keep their distance as a mark of respect for their YAB. Anwar went searching for them– houseboys, the cooks ,the sweepers– put everyone at ease by thanking them for looking after his welfare during his schooldays In his own characteristic way ,he made everyone feel important when he declared to them ,''Kejayaan saya adalah kejayaan awak juga' The two outstanding attributes that set him apart from the rest of his peers are his humility and his love for humanity As a student in MCKK, he was loved and respected not just by his peers but by all the teachers and non-teaching staff as well .He was simple and humble in his ways and was always polite and courteous in his speech As a self-disciplined student ,he is one of the few, if not the only one ,[during my 25 years in MCKK] who spent the entire college life without getting punished for breaking any of the countless stringent college rules and regulations. He was considered a Role Model for his peers not just by the teachers but by his peers as well .The teachers appointed him as a Prefect .His peers elected him unanimously as the Secretary-General of B.R. UGAMA, ,a post which speaks itself for the religious credentials of the holder. Any indication of his ambition. ,for eg the choice of profession? Nothing ! However ,there was more than enough evidence to show that he was deeply . disturbed with the prevailing social conditions -the widening disparity between the ''HAVES'' and 'HAVE-NOTS'', as he termed them, This disparity' was a recurrent theme in his 'writings' and ''speeches. [ In the early 1960's ,students at Form 3 Level in MCKK were not writing 'Guided Composition' but'' Free Essay's and even detailed 'Reports' based on research on political, economic and social problems both at local and international levels. Anwar who had proved himself to be skilled orator /speaker from his first appearance on the stage within weeks of joining MCKK was by now a school debater . His tyle of presentation spiced with subtle humour and deeper meanings embedded in the words and expressions was too persuasive for any opponent to counter his arguments.] Anwar combined both his ' writing skills' and his 'speaking talents' to put forward his ideas ,first, among the classmates and schoolmates during the weekly society meetings, and ,later, to the many followers from other -schools in particular from other residential schools.'. He would provide valid and reliable statistical evidence based on data collected from educational institutions, government .departments. and private sectors, to argue his case. He would point out that it was just NOT the British but the 'ALLIANCE' that had failed miserably to provide for and protect the interests of the' BUMIS— group identified by Anwar as 'HAVE-NOTS '' In his' writings and speeches', he attacked the ESTABLISHMENT for not being sensitive or responsive to the needs of the' Bumis 'and continued to attack the ''new colonial masters ''for their failure to remove or least reduce the disparity in income ,position and status between the'HAVES' and 'HAVE-NOTS'- Many misunderstood his stand and labelled him as a 'racist' but the mixed group of teachers at MCKK were well-aware that he was in fact fighting hard for social justice, for greater opportunities for education and employment and a fairer distribution of income for the' BUMIS ' He never asked for' special privileges' .. He was confident that given equal opportunities the majority of the 'BUMIS' were equally able and capable of competing successfully with the 'NON-BUMIS' on their own MERITS and in their own terms.. AUGUST 23 was a' Special Day' for my wife and me. DSAI came to wish us the best of health .The last time I met DSAI was 13 years ago. I expected to see changes in him. .It was the same old Anwar…joking and happy, recollecting pleasant memories .of the past. There was no change in him- no bitterness about people or life.! We said farewell and as he departed ,.I realised he was still on the SAME OLD MISSION —to fight for THE RIGHTS OF ALL THE 'HAVE NOTS' Mr.Nadarajah |
| Anggota Polis Sahkan Pengawal Peribadi Anwar Tidak Acu Pistol Posted: 09 Sep 2012 01:07 AM PDT KeadilanDaily Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka. Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin. "Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka. Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin. Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung. Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah. "Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng)," katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu. Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat. Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video. Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama. |
| Jadual Penuh Jelajah #Merdekarakyat 9 September 2012 (Ahad) – Kuala Lumpur Posted: 08 Sep 2012 12:58 PM PDT 9 September 2012 (Ahad) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | MASA | PROGRAM | LOKASI | | 11.00 – 12.00 tghari | Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Lembah Pantai | Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam | | 12.30 – 1.30 ptg | Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Bandar Tun Razak | Padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak | | 2.00 – 3.00 ptg | Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Pusat | Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru | | 3.30 – 4.30 ptg | Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Batu | Dataran 1, PPR Batu Muda | | 4.45 – 5.45 ptg | Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Setiawangsa | No 9 -2, Jalan 46B/26, Pusat Bandar Sri Rampai, Setapak | | 6.00 – 7.00 ptg | Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Wangsa Maju | Tapak Pasar Malam, Taman Melati (Dekat LRT Terminal Putra/LRT Gombak) | |
| Hina Najib Pantas Dihukum, Hina Pembangkang Dibiar Bebas Posted: 08 Sep 2012 12:54 PM PDT KeadilanDaily Negara yang dipemerintah umno BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan, beliau berkata demikian ekoran mengulas pelakuan remaja yang didakwa menghina gambar Datuk Seri Najib Razak ditangkap polis 5 September lalu. Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan. "Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan). "Apakah mereka ingat rakyat ini najis?" katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu. "Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan 'corruption' tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen," katanya lagi depan lebih 5,000 hadirin, sambil menegaskan, pelaksanaan undang-undang yang adil, seharusnya tidak memandang keturunan seseorang. "Justeru, pemimpin yang tidak ikut 'rule of law' (kedaulatan undang-undang), sebaliknya 'rule of the jungle' (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan," katanya diikuti sorakan hadirin. Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu. Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat. Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan. Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat. |
| Jangan Ikut ‘Syaitan’ Posted: 08 Sep 2012 12:49 PM PDT Malaysiakini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ”syaitan yang dikenali” seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu. Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong “syaitan” kerana mereka akan selamat sekiranya bersama “malaikat” yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat. Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, dengan kenyataan Dr Mahathir yang seolah-olah mengakui mereka merupakan ”syaitan”, beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini. “Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat. ”Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan,” sindir Anwar lagi. Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi “‘lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal”. |
| Bas Merdeka Rakyat Disimbah Cat Lagi Posted: 08 Sep 2012 12:44 PM PDT KeadilanDaily Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini. Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan. Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno. "Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya. Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan. Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan. Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam. Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam. Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. |
| Interview with Tariq Ramadan : What is the impact of the Islamic awakening movement on Malaysia? Posted: 08 Sep 2012 10:07 AM PDT |