Anwar Ibrahim |
- Anwar As I Know Him From His Schooldays
- Anggota Polis Sahkan Pengawal Peribadi Anwar Tidak Acu Pistol
- Jadual Penuh Jelajah #Merdekarakyat 9 September 2012 (Ahad) – Kuala Lumpur
- Hina Najib Pantas Dihukum, Hina Pembangkang Dibiar Bebas
- Jangan Ikut ‘Syaitan’
- Bas Merdeka Rakyat Disimbah Cat Lagi
- Interview with Tariq Ramadan : What is the impact of the Islamic awakening movement on Malaysia?
Anwar As I Know Him From His Schooldays Posted: 09 Sep 2012 01:24 AM PDT DSAI ….. ' I AM INDEBTED TO YOU, SIR Any indication of his ambition. ,for eg the choice of profession? Nothing ! However ,there was more than enough evidence to show that he was deeply . disturbed with the prevailing social conditions -the widening disparity between the ''HAVES'' and 'HAVE-NOTS'', as he termed them, This disparity' was a recurrent theme in his 'writings' and ''speeches. [ In the early 1960's ,students at Form 3 Level in MCKK were not writing 'Guided Composition' but'' Free Essay's and even detailed 'Reports' based on research on political, economic and social problems both at local and international levels. Anwar who had proved himself to be skilled orator /speaker from his first appearance on the stage within weeks of joining MCKK was by now a school debater . His tyle of presentation spiced with subtle humour and deeper meanings embedded in the words and expressions was too persuasive for any opponent to counter his arguments.] AUGUST 23 was a' Special Day' for my wife and me. DSAI came to wish us the best of health .The last time I met DSAI was 13 years ago. I expected to see changes in him. .It was the same old Anwar…joking and happy, recollecting pleasant memories .of the past. There was no change in him- no bitterness about people or life.! We said farewell and as he departed ,.I realised he was still on the SAME OLD MISSION —to fight for THE RIGHTS OF ALL THE 'HAVE NOTS' Mr.Nadarajah | |||||||||||||||||||||
Anggota Polis Sahkan Pengawal Peribadi Anwar Tidak Acu Pistol Posted: 09 Sep 2012 01:07 AM PDT Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka. Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin. "Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng). Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin. Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung. Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah. "Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng)," katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu. Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat. Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video. Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama. | |||||||||||||||||||||
Jadual Penuh Jelajah #Merdekarakyat 9 September 2012 (Ahad) – Kuala Lumpur Posted: 08 Sep 2012 12:58 PM PDT 9 September 2012 (Ahad) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
| |||||||||||||||||||||
Hina Najib Pantas Dihukum, Hina Pembangkang Dibiar Bebas Posted: 08 Sep 2012 12:54 PM PDT Negara yang dipemerintah umno BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan, beliau berkata demikian ekoran mengulas pelakuan remaja yang didakwa menghina gambar Datuk Seri Najib Razak ditangkap polis 5 September lalu. Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan. "Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan). "Apakah mereka ingat rakyat ini najis?" katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu. "Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan 'corruption' tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen," katanya lagi depan lebih 5,000 hadirin, sambil menegaskan, pelaksanaan undang-undang yang adil, seharusnya tidak memandang keturunan seseorang. "Justeru, pemimpin yang tidak ikut 'rule of law' (kedaulatan undang-undang), sebaliknya 'rule of the jungle' (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan," katanya diikuti sorakan hadirin. Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu. Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat. Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan. Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu. Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat. | |||||||||||||||||||||
Posted: 08 Sep 2012 12:49 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan banyak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ”syaitan yang dikenali” seperti ditulis dalam blog bekas perdana menteri itu. Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong “syaitan” kerana mereka akan selamat sekiranya bersama “malaikat” yang dikiaskannya sebagai Pakatan Rakyat. Berucap di hadapan seribu penyokong pembangkang di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, “Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat. ”Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telah pun mengaku bahawa mereka ini syaitan,” sindir Anwar lagi. Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi “‘lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal”. | |||||||||||||||||||||
Bas Merdeka Rakyat Disimbah Cat Lagi Posted: 08 Sep 2012 12:44 PM PDT Selepas kejadian di Kelantan yang pelakunya masih bebas hingga kini, bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat di Kampung Kelubi di sini, hari ini. Bas itu disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Kampung kelubi, Jasin kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan. Kejadian itu dilakukan kira-kira 30 samseng Umno yang turut menghalang laluan bas, selain menayangkan kain rentang yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepada pemimpin KEADILAN. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysia Kinipercaya perbuatan tidak bertamadun itu didalangi Pemuda Umno. "Kami tahu kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," katanya. Minggu lalu, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Khadijah, Kelantan. Sekalipun berlaku keganasan terhadap konvoi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan parti peringkat pusat dan negeri, konvoi itu kemudian meneruskan perjalanan. Mengikut jadual, mereka akan hadir Rumah Terbuka AidilFitri KEADILAN Melaka di Jalan Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka dan Rumah Terbuka keadilan PKR Tangga Batu pada jam 8 malam. Konvoi kemudian akan bertolak ke Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka untuk acara Ceramah Perdana di Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka, antara jam 9 hingga 12 tengah malam. Pada waktu sama, konvoi juga akan berada di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. | |||||||||||||||||||||
Interview with Tariq Ramadan : What is the impact of the Islamic awakening movement on Malaysia? Posted: 08 Sep 2012 10:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan