YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
TERUJA DENGAN KEHADIRAN RAMAI DI RUMAH TERBUKA PARLIMEN KUALA NERUS Posted: 09 Sep 2012 09:50 AM PDT Sebahagian daripada rakyat yang hadir pada Rumah Terbuka Parlimen Kuala Nerus baru-baru ini Saya dan isteri sangat menghargai kehadiran anda semua. Assalamualaikum. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh rakyat, khususnya penduduk di Parlimen Kuala Nerus yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Nerus di pejabat saya, di Seberang Takir beberapa hari yang lalu. Saya dan isteri sebenarnya sangat teruja dan gembira menerima kehadiran saudara-saudari semua - sama yang tinggal do Parlimen Kuala Nerus, atau pun mereka yang berada di luar kawasan saya. Alhamdulillah saya lihat kehadiran tetamu sangat baik sekali dan ia saya terjemahkan sebagai satu hubungan yang baik antara rakyat dengan pemimpin telah terjalin sejak sekian lama. Sebenarnya, itulah juga suasana yang dapat kita lihat di mana majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan pemimpin UMNO dan BN di mana-mana pun. Ia satu sambutan yang bukan sahaja meriah tetapi telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada pelbagai lapisan rakyat. Di peringkat Parlimen Kuala Nerus, saya sangat gembira dengan sambutan rakyat yang hadir. Saya bersyukur kerana segala persiapan telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun saya memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan pada majlis tersebut tempoh hari. Saya berdoa agar majlis sedemikian bukan sahaja dapat diadakan lagi tetapi juga dapat mempertemukan semula kita pada masa akan datang dalam majlis seumpama itu. Kepada semua, salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. |
Posted: 09 Sep 2012 09:14 AM PDT Ramai rakan-rakan media yang hadir. Siap dengan pakaian raya dan ahli keluarga. Menyampaikan duit raya kepada anak wartawan Terengganu Tahniah saya ucapkan kepada Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang berjaya menganjurkan Malam Keluarga Aidilfitri di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu beberapa hari lalu. Kebetulan saya menerima undangan daripada Presiden KAWAT, Ayob Mamat yang kebetulan adalah rakan saya. Walaupun saya tiba lewat sedikit sebaik tiba dari ibu negara kerana tugas rasmi, saya dapat rasakan majlis tersebut diadakan dalam suasana meriah. Bukan sahaja dengan hadiah yang banyak dan saya difahamkan seorang ahli mendapat tidak kurang hamper pada malam tersebut. Pada malam itu juga, KAWAT turut menyediakan hadiah duit raya kepada semua ahlinya yang hadir dan Presiden KAWAT turut mengumumkan bahawa setiap ahli kelab itu akan diberikan insuran perlidungan percuma. Baguslah kalau begitu. Saya melihat ahli-ahli KAWAT yang dinaungi rakan-rakan media di Terengganu itu sangat spoting dan mereka pun jelas dilihat gembira dengan majlis yang dianjurkan itu. Saya berharap dan berdoa agar KAWAT terus maju jaya dan berusaha untuk kekal sebagai kelab media yang paling aktif di negara ini. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan