Jumaat, 16 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


MB Amat Kesal dan Mengucapkan Takziah Kepada Saudara Islam Mesir

Posted: 15 Aug 2013 07:15 PM PDT

From Malaysia We Support Morsi

Posted: 15 Aug 2013 07:02 PM PDT


PETALING JAYA: PKR berkata, pertumpahan darah yang berlaku hari ini akibat serangan ganas pihak pemerintah tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri, adalah amat mendukacitakan.
Ia merupakan satu mala petaka besar kepada tamadun kemanusiaan dan amalan demokrasi dunia, kata Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
"Adalah nyata, rakyat yang diserang itu, termasuk wanita dan kanak, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata apa-apa.
"Justeru, tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera, nyatalah terlalu keras, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh pemikiran yang waras," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Laporan-laporan setakat ini menunjukkan bahawa lebih 3,000 orang telah terbunuh dan puluhan ribu yang cedera parah.
Dr Muhammad Nur berkata, penindasan tentera berterusan ini merupakan satu tamparan buruk kepada perkembangan demokrasi yang baru saja bertunas dan dinikmati oleh seluruh rakyat Mesir.
Para penyokong Dr. Muhammad Morsi, seolah-olah dengan sengaja dihimpit dan ditekan, supaya akhirnya terpaksa bergerak secara 'underground', tidak dapat mengawal diri dan akhirnya bertindak secara ekstrim.
Jika ini berlaku, maka berpeluanglah pihak tentera dan para penyokongnya mengganyang mereka secara habis-habisan, kata beliau lagi.
`Kita amat sedih'
"Kita amat sedih dan simpati kepada seluruh rakyat Mesir yang berterusan terperangkap dalam konflik yang belum nampak kesudahannya ini.
"Jika tidak dihentikan, ia akan menjadikan negara Mesir yang luas dan paling ramai penduduk ini, berpecah belah dan sukar untuk distabilkan kembali.
"Paling membimbangkan, andai tiada langkah-langkah yang dilakukan, boleh berlaku perang saudara yang dahsyat sebagaimana di Syria sekarang ini," tambah beliau.
Justeru, semua pihak yang merasakan diri punyai maruah dan wibawa, perlulah mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan jenayah Jeneral Al Sisi ini, kata Dr Muhammad Nur.
Katanya, kesahihan penguasaannya ke atas kerajaan Mesir hendaklah ditolak.
Paling utama, peluang menikmati amalan demokrasi yang baru saja bermula, dikembalikan semula kepada rakyat Mesir dengan segera, tanpa syarat, katanya.

fmt

Ku Li vs Najib

Posted: 15 Aug 2013 06:43 PM PDT


Pemilihan Umno Oktober depan menyaksikan nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kembali menjadi perhatian ramai.

Ini kerana sejak 26 tahun lalu, anggota Parlimen paling lama di Malaysia itu yang lebih dikenali sebagai Ku Li pernah mencabar penyandang jawatan presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pemilihan tahun 1987.

Ketua Umno bahagian Gua Musang itu pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan tertinggi Umno itu pada tahun 2004 namun gagal mendapat 30 peratus atau 57 pencalonan untukk layak bertanding jawatan tersebut.

Justeru, persoalan kini timbul sama ada Ku Li akan mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah sistem baru yang tidak lagi memerlukan syarat kuota pencalonan untuk berbuat demikian.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir, ketika diajukan persoalan tersebut berpendapat bahawa Ku Li tidak perlu lagi berbuat demikian memandangkan 'zaman' beliau dalam Umno sudah lama berlalu.

"Saya fikir zaman untuk Tengku Razaleigh sudah berlalu. Fasa Umno pada zaman beliau dan fasa pemimpin (seangkatan) Ku Li sudah jauh," kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak itu kepadaMalaysiakini.

Menurutnya lagi, langkah terbaik buat Ku Li kini adalah memberikan ruang kepada pemimpin lain untuk bertanding jawatan itu.

Ku Li merupakan menteri kewangan Malaysia sewaktu zaman perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan bertanggungjawab mengasaskan Petronas dan Bank Bumiputera  Malaysia Berhad.

Di bawah sistem pemilihan baru yang akan dilaksana kali ini, syarat memenuhi keperluan kuota sudah dimansuhkan dan sesiapa sahaja boleh bertanding dengan syarat mendaftarkan diri untuk berbuat demikian.
Tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai, antaranya:
  • 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
  • Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
  • Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:
  • Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian.
  • Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian.
  • Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian.
  • Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Ketua Wanita - 20 peratus atau 38 bahagian.
  • Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian.
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang